Seorang ibu muda memeluk dan mengucup penuh sayang kedua-dua anak-anaknya yg masih kecil sambil diperhatikan suaminya. Kemudian, dia meraih lembut tangan suaminya, lalu mengucupnya. Mereka berkata-kata seketika. Matanya berkaca2 tapi digagahkan untuk tabah demi kedua putera dan puterinya. Agar mereka tidak sedih dgn perpisahan ini. Dari atas bas, ibu muda itu tersenyum dan matanya tidak lekang dari memandang suami dan anak-anaknya. Dia menghadiahkan 'flying kiss' bertalu-talu kepada mereka bertiga (yang tidak henti-henti melambai-lambai kepadanya) sebaik bas bergerak, berlalu pergi.
Senario 2
Seorang ibu tua, memeluk dan mencium anaknya penuh kasih selepas si anak menyalami dan mencium tanganya. Mereka berpelukan sambil si ibu tidak putus-putus menitip pesanan buat anak perempuannya itu. Sebelum menaiki bas, si anak mencium kedua-dua belah pipi tua ibunya. Ibu tua itu tidak berganjak dari tempatnya sehinggalah bas perlahan-lahan meninggalkan dia, sehingga lambaian anaknya hilang dari pandangannya.
Itulah pemandangan yang Mama lihat, semalam, diperhentian bas Pasir Mas ...
Seorang ibu terpaksa meninggalkan suami dan anak-anak yg masih kecil lantaran tugas mendidik anak bangsa di ibukota.
Seorang ibu terpaksa merelakan satu-satunya anak perempuannya ke ibukota, bekerja.
Mama dapat rasakan betapa pedih dan pilunya getar perpisahan dijiwa ibu muda itu kerana ...
Mamalah ibu tua itu ...
Kita serupa ...
No comments:
Post a Comment