Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

27 December 2017

Bila hujan berhenti seketika ....

Minggu lepas Alhamdulillah cuaca baik ... tak hujan beberapa hari. Matahari pun keluar walaupun kadang2 sembunyi balik awan2 tengkujuh yg masih tebal.
Rata2 penduduk taman kami sibuk dengan pelbagai aktiviti luar rumah terutamanya aktiviti bersih kawasan rumah yg sekian lama terbiar sejak musim hujan tiba.
Kami tak terkecuali ...
- Ambil peluang sidai pakaian di luar.
- Potong rumput dan bersih sekitar rumah dan Kebun Biasa2 kami.
- Kutip buah limau nipis yg banyak luruh
- bunga kantan yg ada sampai buruk, layu dipokok ... kutip mana yg elok
- buah durian belanda ada sebiji hampir masak (agaknya sebab musim hujan, tak ada kesan2 di tebuk lalat buah/serangga lain) ... yg lain, bilang2 ada dlm 8 - 10 putik masih muda. 2 bulan lagi InsyaAllah, ada rezeki, menjadi dan masaklah semua.
- tebang pokok2 pisang yg sakit, buang daun2 pisang kering dan ambil anak2 pisang yg mula meliar untuk agih pada jiran2 yg minta benih untuk tanam.
Itu antaranya aktiviti kami ... buat sikit2, bukan dalam satu hari. Almaklumlah faktor usia, kenalah lebih berhati2. Ingat mengingati ... sebab bila berkebun ni, semangat datang mulalah tak leh nak berhenti ...
" ... sikit lagi, sikit jer lagi ..." bisikan dlm hati.
Sedar2 ... zohor/magrib menghampiri ...
Dan malam nanti ... sakit segala sendi, kejang urat saraf badan sana sini .. pasti!!
Nyesal la sekejap ... tapi biasanya esok ulang kembali ... 😅😅😅
Kalau anak2 tahu, pasti kena marah kami
Terbalik dah kini ...
Tapi kami tahu, mereka risaukan kami ...
Eh!!! Melarat malalut apalah Mama sampai kesini pulak cerita ceriti ...
OK!! Stop dulu, hingga lain kali ...


p.s. ... kat pasar semalam, sebatang bunga kantan rega RM2.00 sebatang!!! Maknanya dah Rm6.00 utk bunga kantan yg Mama ambil tu. Daun limau purut sebanyak tu, kalau beli l, dalam RM1.00 kot. Dah RM7.00 situ weiii !!! Hmmm ... dlm zaman semua rega barang asyik naik, jom tanam yg kita guna harian, lengkuas, serai, kunyit, pandan, pokok kari, cili padi, limau nipis, purut, kasturi dan yg seangkatan ... banyak boleh jimat tu. Yg lebih? Beri jiran, jual ... pahala dapat, duit boleh simpan!!
Ah! Sudah ... cukup la bebel Mama oiii ... pi masak nasi ... 😅😅😅😅!!!


14 December 2017

Kek Nanas Terbalik ....

Mula terjebak dgn Kek Nanas Terbalik ni setelah menonton 'Kids Baking Championship'. Bila lihat kek yg dibuat oleh Kaniyah Cary, berusia 11 tahun, Mama macam ... "Oh! Lawanya ... 😍". Terus jatuh hati dgn kek ini. Apalagi,  Google cari resipi, pun tiada yg berkenan ...
Tiba2 teringat Mama pernah nampak resipi ni dlm buku 'Bukan Sekadar Resipi' karya Roza Roslan. Bila jumpa resepi, ... terus cuba! Kebetulan ada sebiji nanas yg dibeli suami hari tu. Memang cantik dan sedap sekali ... suami pun turut memuji kerana dia memang suka kek2 yg berasaskan buah2an. Selepas kek tu habis, suami minta dibuatkan lagi. Kali ini Mama guna nanas dlm tin pula (sebagaimana resepi asal Pn. Roza).

Cubaan pertama ... nanas segar
Nanas dlm tin cantik tersusun

Resepi Kek Nanas Terbalik (Roza Roslan)

100 gm mentega
100 gm gula kaster (Mama guna 75 gm)
2 biji telur (A)
75 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk badam
2 sudu besar susu segar/buttermilk
1/2 sudu teh esen vanilla
Topping;
1 tin kecil kepingan nanas (bulat)
25 gm mentega
25 gm gula perang
25 gm cheery merah

Cara buatnya;

1. Cairkan mentega utk topping dlm bekas pembakar. Taburkan gula perang ke atas mentega cair dan susun kepingan nanas dan ceri di atasnya. Ketepikan. Panaskan oven 170°C.
2. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata dan sebati.
4. Tuang adunan perlahan2 ke atas dulang kek bersusun nanas tadi. Hati2 agar nanas tidak beralih.
5. Bakar selama 45 minit, atau hingga kek masak. Cucuk bhgn tengah dgn lidi, jika keluar licin bermakna kek telah masak.
6. Sejukkan kek di atas redai kek selama anggaran 30 minit sebelum terbalikkan bhgn atas kek dari tin pembakar ke atas pinggan hidang.

p.s. cubaan dgn lebihan strawberries dan blueberries juga menjadi. Lepas ini akan experimen dengan oren atau pisang pulak ... Kiwi pun mesti lawa nih. Mungkin letak sedikit warna hijau dlm adunan utk 'matching'kannya ... hmmm. 

Strawberries dan blueberries - meriahnya


13 December 2017

Kek Pisang yg 'scary' ...

Pisang yg dituai dalam N3 8/12/17 lalu sudah masak. Lalu kami manafaatkan sebagaimana agihan berikut;
1. Guru mengaji Qur'an
2. Jiran sebelah rumah
3. Jemaah masjid taman kami
4. Jemput pisang ...
Dan baki terakhir ... kek pisang (as usual is a must ... one of my favourite cakes)
Konon kali ni nak hias ala2 apam pisang. Hasilnya ...

Huhu .... 'scary' pulak kejadian hirisan2 pisang tu. Cam 'muka2 yg menakutkan' kan???. Lain kali tak nak dah hias macam ni. Rasa lucu pun ya jugak ... 😅😅

09 December 2017

Resipi ... donut ubi kayu dan bingka ubi kayu

Lanjutan entri Mama 5/12/17 lalu ...
Resipi diabadikan utk rujukan anak cucu ...

DONUT UBI KAYU

300 gm ubi kayu
400 gm gandum
2 biji telur
5 sudu besar susu debu
11 gm yis segera
1 sudu teh baking powder
5 sudu besar gula kaster
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh pelembut roti
100 gm marjerin
100 - 150 ml air (suaikan)
Cara buat:
1. Rebus ubi hingga empuk. Sejukkan dan lenyek halus.
2. Campur bahan2 lain kecuali air (pastikan yis dan garam tidak diletak bersekali - asingkan)
3. Dgn gunakan cangkuk roti, uli doh sambil masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga adunan lembut dan tidak melekat.
4. Bentukkan doh jadi bulat, tudung dgn 'plastic cling' dan rehatkan doh +/- satu jam atau doh naik 2x ganda.
5. Tumbuk doh dan bentukkan ikut suka. Letak atas dulang yg ditabur tepung gandum. Rehatkan lagi +/- 20 - 30 minit.
6. Panaskan minyak 'deep frying' dan goreng donut hingga kekuningan. Angkat, toskan dan hias ikut suka.

BINGKA UBI KAYU
(resipi dari blogger Norazlita Aziz N3 22/10/15 ... ubikayu parut tak perlu perah agar bingka lembut)

4 cawan ubi kayu parut
2 cawan santan pekat
1 cawan gula pasir/ gula merah (Mama guna nise@gula melaka - cairkan dgn santan dan tapis)
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (Mama tak guna)

1. Panaskan oven 200°C
2. Masukkan semua bahan ke dalam loyang 7" × 7" /8" × 8"
3. Gaul/ kacau hingga sebati semua bahan. Gula hancur dan santan sekata.
4. Bakar 1 - 1 1/2 jam atau bahagian atas bingka keperangan.
5. Keluarkan dan sejukkan dahulu 3 - 5 jam sebelum potong/hidang.


p.s. bingka Mama jadi macam lempeng sebab Mama buat setengah dari adunan resipi di atas tapi guna loyang 7" × 7" juga. Amar kata sedap, 'crispy' ... haha

08 December 2017

Pisang ... rezeki musim hujan


Alhamdulillah cuaca elok pagi ni. Matahari menampakkan diri ...
Apalagi, marathon basuh baju lah Mama sepagi ...
Sebab dah dua hari hujan berterusan turun ... kadang2 lebat, kadang2 berhenti ...
Ambil peluang jenguk Kebun Biasa2 kami ...
Rata2 pokok pisang belakang kabin banyak yg macam sakit, nak mati ...
Sayangnya ... kata Mama dalam hati ...
Ke belakang rumah pula Mama rondai ...
Pokok betik tunggal, buah lebat sangat dah nak menyembah bumi ...
Mujur ada kayu Mama tongkat dan tali yg Mama ikat sebelum ni ...
Biarlah masa dan keadaan tentukan nasibnya nanti ...
Lepas tu tepi rumah pulak Mama jejaki ...
Pisang yg setandan Mama dok intai hari2 dah kena tebuk sebiji ...
Ayahnya dan Amar pun tak lengah lagi ...
Pisang emas setandan didapur kini ...


p.s. dok terbayang jemput2 pisang, kek, apam, penkek ... apa lagi???



06 December 2017

Amar ... boring

Sebaik cuti akhir tahun bermula ... Amar dah mula tak keruan. Tak 'best' cuti sekolah. Tak leh jumpa kawan2. 'Boring'!!! ... tak ada benda nak buat!! Itu luahan dia ... "Tak 'best' la Mama jadi anak bongsu" ... ungkapan yg seringkali dia sebut bila 'boring' ... duduk sorang2, takder kawan. Nak main, cakap ggn siapa? Mujur ada komputer, henpon ... whatssapp, games, penyelamatlah kiranya.
Kalaulah dia tahu abang2 dok 'jealous' pada dia anak bongsu. Pada mereka semua yg Amar kehendaki, dapat! Bilik tak perlu 'share' macam asrama. Pakaian, kasut ... semua baru. 'No pass on' macam dulu2. Makan tak payah berebut/ikut giliran/catu ..., 'cornflakes' sekotak dia sorang ... depa dulu 4 orang, jenuh nak sukat timbang biar adil ... 😄😄😄. Pendek kata ... tak payah 'sharing'!!!
Apa nak kata, setiap sesuatu ada kelebihan dan kekurangannya. Syukur kita bukan di Somalia, Syria ... (moga dijauhkan Ya Allah. Aamiinn ... )
Kesian jugak ... nak pergi jalan2, musim hujan ... lagipun Ayahnya sibuk tolong urus pembinaan rumah kawan baik dia yg menetap diJohor ditanah pusaka dikampong. Sekarang ni dalam fasa terakhir pembinaan ... hari2 kena pergi jenguk kerana nak siapkan sebelum akhir tahun ni. Terikat ... amanah seorang kawan yg perlu diutamakan.
Lalu kami benarkan dia ajak kawan2 baik dia datang rumah. Main 'game' sama2. Kadang2 dia pergi rumah kawan2 dia, kadang2 mereka jumpa di 'cc' (computer center). Pesan berjela2 Mama pasti mengiringi ... begitulah dengan abang2 dan kakak dia dulu. Pesanan 'walau Ayah dan Mama tak nampak apa yg anak2 buat, ingat!! Malaikat kiri kanan 24 jam dok tulis perbuatan kita. Spies Allah yg tak siapa dapat elak!' itulah yg sering kami ulangi.
Bila kawan2 Amar datang ke rumah, dapatlah Mama tunjuk 'skill', masak macam2 ... baru seronok dan selera Amar makan. Kek, pizza, donut, speghetti ... itu feberet mereka. Kami pun dapat kenal kawan2 dia, katanya dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah anak2 yg baik dan hormat orang tua belaka.
Dan mujur juga ada PYO dan Bambam ... sibulus yg suka main kejar2 dan menyorok dgn Amar ... 'sparring partner' bergusti pun ya ... haha.
Dan mulai bulan ini Amar selalu pesan dan betulkan kami; Ayah dan Mamanya; jangan lagi bahasakan dia "Adik"!!! 'A M A R' ulang dia berkali2 setiap kami tersasul (acapkali lah ... dah terbiasa. Lagi pun tu kan gelaran manja ... sebut nama terasa tak mesra ...
... kannn!) Kalau ke tempat awam lagilah dia pesan berkali2 sebelum keluar rumah dan turun dari kereta. Pun ... tak lulus2 lagi kami ... hahaha. Maaflah dik, jadi bongsu gitulah. Susah Ayah dan Mama nak biasakan dan lepaskan.
Tahun depan Amar dah 15 ... PT3. 2 tahun lagi 17, SPM ... maknanya 3 tahun jer lagi Amar tinggal bersama kami. Bila dia ke pengajian tinggi ... dah tak sama lagi. Rumah Biasa2 Kami hanyalah persinggahan ... sebagaimana abang2 dan kakaknya kini. Ketika itu ... Ayah dan Mama pula yg sunyi ... huhu.
How much we dread it, its a reality.
Till then ... lets make the most of what we have now Adik. Oppsss sorry ... AMAR! 😊
p.s. melalut sampai ke sini pulak Mama ni ...

05 December 2017

Ubi kayu pemberian jiran ...

Suatu pagi terdengar bunyi motosikal hon depan rumah ...
Bila keluar tengok, tak ada siapa pon!!
Rupa2nya ada seketul ubi kayu diletakkan jiran dalam raga motosikal suami ...
Alhamdulillah ... rezeki musim hujan.
Seronok sunggoh Mama sebab memang dok berkira2 nak beli ubi kayu, tapi tak jadi2. Musim hujan begini, kalau diKelate memang pelbagai jenis ubi akan dijual ditepi2 jalan jer.
Dan inilah hasil dari seketul ubi kayu itu ...
Hari pertama - ubi kayu direbus dan cicah kelapa parut.
Petang ubi kayu rebus yg masih bersisa Mama buat donut. (Carian resipi melalui En. Google spt biasa. Dpt resipi dari negara jiran, Indonesia ... donut singkong depa panggilnya)
p.s. tuan ubi pun dapat merasa sama ... tp dia macam musykil betul ke ubi kayu boleh buat donut ... hihi.
Hari ke 2, ubi kayu yg berbaki dijadian sira ubi kayu petangnya. Manakala malamnya Mama buat bingka ubi kayu (kegemaran Mama) ... untuk sarapan keesokan paginya.
Puas hati ... nanti nak beli ubi itik pulak. Ini pun feberet Mama.
Tengahari tadi Ayahnya belikan putu halba (dibuat dari ubi kayu) ... kegemaran kami berdua nih. Musim hujan jer jumpa kuih ni. Kuih musim hujan kerana musim lain tiada ... Kami pun musykil kenapa. Agak Mama kerana putu halba ni sedap dimakan panas2, dah sejuk ia kurang 'umpphhs'. Jadi musim hujan, cuaca sejuk 'barulah menyangkut' (sesuai) kata oghe Kelate. 😊😊😊




02 December 2017

Welcoming December ... my musing

The last week of November was cold and grey ...
Rain was pouring as if forever, as if insisting to stay ...
As I watched the chidren playing gleefully in the rain
Happy carefree memories flooded by like a choo choo train
I couldn't help but smile
Treasure this moments guys, before times fly by
Today ...
As December came a knocking ...
As new year fast approaching ...
I pray may it only bring good things...
I looked back ...
Locked in my time vault; my yesterdays
To be opened whenever I want to bask in their warmth ....


p.s. Couldn't help but wonder, are my blogging friends doing ok when I see no new posts on their blogs. InsyaAllah ok!!

21 November 2017

Anak ... keperluan berubah ikut zaman

Keperluan anak2 selama dalam jagaan kita ... berbeza dengan peningkatan usia ...
Mama dan Ayahnya akan cuba penuhi ... sedaya kami ...
Pun ... tidak semua dipenuhi 100%
Ada had ... ada syarat ...
Ada boleh ... ada tidak ...
Diiringi penjelasan ... agar faham
Anak2 tahu ... kami ajar mereka begitu
Sekarang tinggal no 5 dan no. 6 ...
Keperluan berubah ikut zaman masing2
Zaman abang2 dan kakak mereka dulu ... basikal, playstation (ps), walkman dan komputer adalah kebanggaan jika memilikinya ... macam2 cara mereka usaha untuk milikinya ... kumpul duit sekolah dan duit raya bersama untuk beli ps dan walkman. Manakala basikal dan komputer ... mereka menjanjikan prestasi akademik bagus ... untuk dapatkan dari kami pula.
Begitulah ...
Zaman sekarang henpon adalah kemestian.
Smart henpon ...
Kami berpendapat ianya bukan keperluan bagi budak sekolah ... jadi anak no 5 hanya mendapat henpon bila dia melanjutkan pelajaran ke IPTA.
No 6 ... Alhamdulillah bukan jenis yg meminta2. Lalu jadilah dia hanya seorang yg tidak memiliki henpon dlm kelasnya (ting 2). Sebagai Ketua Kelas, gurunya mencadangkan agar dia memilikj henpon supaya senang guru2 berurusan bila ada keperluan ... seperti pertukaran jadual, guru ada mesyuarat, dan sebagainya.
Tapi kami masih berpegang ... 14 adalah usia muda utk memiliki henpon dan akses pada alam maya tanpa sempadan. Risau ...
Lalu Mama membenarkan no henpon Mama jadi talian hayat dia. Maka masuklah Mama dlm grup whatsapp kelas, geng bff, grup teakwando, grup drama ... itu antaranya.
Lalu lauan trafik whatsapp Amar dan grup2 Mama sendiri serta grup keluarga semakin sibuk ... yg lucunya, bila kawan2 Amar tidak mendapat jawapan dari tuan empunya diri, siap whatsapp begini lagi;
"Makcik ... minta Amar jawap segera. Penting!!"
Hahaha ...
Balik sekolah ... henpon Mama jadi milik Amar. Kalu henpon hilang, dgn Amarlah jawabnya.
Begitulah ia berlarutan ... hinggalah Mama dah tak sanggup nak men'delete' gambar2 dan 'posting2' dari semua grup yg ada yg menyebabkan henpon asyik 'hang' ... lalu Mama mengemukan syor kepada Big Boss agar Amar diberi smart henpon dgn 'talian' paling asas n murah.
(p.s. kami tiru Bill Gates n isteri, mereka pun beri anak2 mereka henpon pada usia 14 tahun, dgn beberapa syarat!)
Akhir bulan Oktober lepas kami terpaksa meminda peraturan 'no smartphone until 17) ... zaman sudah berubah. Pun ... syarat2 nya tetap ada. Jika langgar, ia berkesudahan dgn penarikan semula kebenaran itu.
Amar pun akur dan berjanji ... senyum meleret dia. Akhirnya tak ketinggalan lagi. Kawan2 dia pun 'suprise' jgk ... tapi seronok kerana tiada lagi 'orang tengah' dan mata ke 3 ...
Amboii ... cepat bebenor Mama di'buang' dari grup mereka ... hahaha
Moga Amar dan rakan2nya bijak memanafaatkan kecanggihan teknologi zaman mereka dan menjauhi perkara2 yg dilarang agama. Aamiinn ....
Peringatan:
Jadilah teman anak2 ... kenali rakan2 mereka ... ajaklah mereka ke rumah sekali sekala, raikan mereka. Ambil tahu di mana mereka dan tetapkan waktu mereka perlu ada dirumah. Ingat ...
Jangan sekali2 pandang rendah pengaruh rakan2 ...
Itulah.






15 November 2017

Kerabu ayam ... kegemaran keluarga

Resipi lagi ... tapi jangan tak tahu. Ini resipi istimewa ... kegemaran keluarga.
Lauk yg tak pernah mengecewakan. Pasti bertambah2 warga Rumah Biasa2 kalau makan dgn nasi panas2. Juga cara terbaik nak suruh hero2 Mama makan sayur/ulam tanpa paksaan. Walaupun satu jer lauk ... ianya lengkap dengan sumber protin, sayuran, ulaman segar, kuah, serat dan mineral (haha ... ala2 pakar pemakanan pulak hari ini 😅)

Kerabu Ayam ... meriah, warna warni lauknya
(ini versi kurang pedas ... cili padi hijau)

Ia resipi yg senang. Resipi ini kuantiti bahan ikut suka hati. Nak lebih/kurang bahan yg mana ... pilihan/selera sendiri. Nak lebih ayam, nak pedas, nak lebih sayur/ulam, nak masin masam manis, nak kurang/lebih kuah ... terserah. Bak kata pepatah ... 'Tepuk dada tanya selera'.

Cara buatnya:
1. Potong ayam kecik2 (Mama suka lebihkan kaki, sayap ayam), bersihkan.
Rebus dengan hirisan halia dan bawang putih serta sedikit garam dan gula hingga empuk.
2. Sementara tunggu empuk, hiris nipis sayuran/ulam yg ingin dimasukkan ke dalam kerabu. Asas utama;
Serai, bunga kantan, tomato, bawang besar, cili padi dan jus limau nipis.
Sayuran; putik/baby jagung, celery, timun, kacang panjang, daun ketumbar, lada benggala (kuning, merah, hijau)
3. Bila ayam dah empuk, masukkan sayuran yg perlu dimasak sebentar - putik/baby jagung dan celery. Masak anggaran 2 minit.
4. Angkat dan ketepikan sebentar. Agak2 suam, masukkan semua bahan2 hiris dan jus limau nipis di atas. Perasakan dgn garam, gula dan sos ikan (opt.). Masukkan garam terakhir sebab sos ikan sendiri dan masin. (1 -2 sudu makan sos ikan sudah memadai utk 500 - 600 gm ayam). Kacau sebati dan sendukkan ke dalam mangkuk. Siap.

p.s. hidangan ni lebih 'special' kerana serai, cili padi, limau nipis dan bunga kantan adalah tuaian dari Kebun Biasa2 kami. Alhamdulillah ... organik semua.

13 November 2017

Kek Oren Idaman .... akhirnya

Sewaktu pergi ziarah cucu sedara terbaru sebelah suami ... kakak ipar hidangkan kek oren. Sedapnya ... tapi cucu2 kakak ipar tak minat. Kata mereka ...
"Nenek! Ini kek orang tua ... buatlah kek coklat!!"
Ha ha ha ... memang betul. Hanya kami yang tua2 (kebetulan waktu tu ramai juga sedara dan jiran2 datang ziarah cucu baru kakak ipar) saja menjamah kek oren tu. Warga muda lebih suka biskut dan puding.
Balik rumah teringat2 sedapnya kek oren tu. Nak makan banyak/tapau ... malu. Haha Apa lagi, rujuk En. Google lah. Pilih resipi konon yg paling senang (cara "blender' semua bahan) ... Tak jadi, tak sama baik rupa dan rasa. Tak puas hati, Google lagi ... resipi lain pula ... pun hasilnya tak seperti kek oren kakak ipar tu. Kecewa sangat!!
Terdesak (tua2 ni kehendak mengalahkan cucu pulak ... hehe), whatsapp kakak ipar minta resipi. Dapat resipi terus cuba ...
Allah Ya Allah ... semerbak sebuah rumah wangi bau oren. Puas hati tercapai hajat ... kek oren idaman.


Resipi Kek Oren SIL (sis in law)

160 gm mentega
120 gm gula kaster (versi kurang manis)
160 gm gandum *
1 sudu teh baking powder *
(* ayak bersama)
3 biji telur (A)
8 sudu besar jus oren/4 sb sunquick oren
1 sudu besar parutan kulit oren
2 sudu besar susu segar/cair (opt)

1. Panaskan oven 170°C, lenser dulang kek.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.
3. Masukkan telur satu persatu sambil pukul sebati.
4. Masukkan gandum + b.powder sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
5.  Masukkan parutan kulit oren, jus oren dan susu. Gaul sebati.
6. Tuang ke dlm acuan dan bakar 45 - 55 minit/masak.

p.s. ... terima kasih K. Yah kerana layan permintaan adik ipar yg kempunan ni walaupun sibuk melayan kerenah 7 orang cucu2 ... 😊.




01 November 2017

When furs fly ....



Our front lawn, the aftermath after a fierce brawl between dear Bambam and tresspasser Mama named Lanun ...
Thats our Bambam's furs alrite ... huhu
(p.s. ... thats Amar's shoe Mama threw at Lanun to break the fight. Succeded!)
Rule no. 1:  Never ever try to break the fights physically cos the two rivals will see you as enemy no 3 and join forces to attack you instead ... trust me. Just use water or anything not harmful to break them ... eg shoes, slippers, or simply make noise ... but keep the distance please!


Bambam's dishevelled face and body after the fierce fight. Lucky Mama was at home ... it could have been worse. Poor dear ...
Upon full body inspection, Mama spotted blood!! Rushed inside immediately to get necessary aids to clean n treat the wound.


After cleaning the blood and further thorough inspection, phewww!!! Its not Bambam's blood. Poor Lanun ... hope he's doing ok coz Mama haven't seen him around or even nearby since!!
Good job Bambam. You defended your territory well ...
But this is not the end coz there will always be new trespassers who will try to claim Bambam's territory (our house and its surrounding compounds i.e.) ...
Just yesterday morning Mama spotted one big orange bushy tail cat passing by ... just simply passing by.
Furs will fly again for sure ...

30 October 2017

Mengapa menyepi ....

Lama jugak menyepi ... bermula cuti Deepavali
Sibuk ... anak2, cucu2, menantu2 balik bercuti
Girang hati kami diRumah Biasa2 tak terperi
Besan dari Johor pun bertandang juga
Membalas kunjungan kami tempoh hari kata depa
Sambil nak kenal negeri Serambi Mekah
Seronok, murah, peramah ... itu yg mereka kata ... Alhamdulillah
Bila cuti habis ... semua balik asal
Bertiga kembali ... rindu pun menebal
Nak jadi cerita ... ayahnya demam, batuk, selsema ... maka sibuklah Mama jadi misi pula. Pesakit pertama tak kebah lagi, Si Bongsu pula dijangkiti ... bertambah kalut misi. Akhirnya dengan misi misi sekali rebah ... dah tua, antibodi tak kuat doh 😅😅😅
Sebaik rasa sihat ... nampak buah2 limau kasturi merimbun dipohon. Kutip2 dapat sebesen ... beri jiran2 tapi masih banyak yg tinggal. Lalu Mama operasi jeruk limau kasturi ... kira cam eksperimen kali pertama ... carian cara jeruk melalui Mr. Google seperti biasa. InsyaAllah dalam 3 minggu akan tahu hasilnya.


Cara buat: Limau kasturi basuh dan biar kering betul2 ... dipotong melintang 1/3 dr atas. Jangan putus ya. Buang biji dan masukkan asam boi (guna mangkuk utk tadah jus limau yg keluar). Letak dlm botol kering yg telah ditabur 1 sudu makan gula. Susun limau kasturi yg telah dimasukkan asam boi. Cukup selapis, tuang jus kasturi yg ditadah tadi dan tabur gula (dlm 2 sudu makan). Ulang proses hingga selesai ... pastikan tabur gula lebih sedikit utk lapisan paling atas. Tutup botol, tulis tarikh buat pd botol dan biarkan sehari. Hari kedua Mama dah simpan dlm peti ais ... Jgn lupa 'at least' seminggu sekali kacau/balikkan limau yg atas dan bawah, agar sekata jeruknya nanti.

Dapat 3 botol ... sebotol dah dikebas adik
Itu antaranya sebab menyepi seketika ...

p.s. Hmmm ... jeruk lemon yg dibuat akhir tahun lepas masih berbaki. Buat acar buah tentu sedap ni ... tak pernah buat tapi apa salahnya. Mr. Google kan ada .....



12 October 2017

Kerepek pisang tanduk ...


Pisang tanduk yg dituai awal kerana pokok induk sakit. Dua sikat, 10 biji semuanya ... kalau pokok tak sakit, tentu besar lagi buahnya.
Operasi kerepek pisang dgn sebiji pisang tanduk yg belum masak ...
Potong pangkal dan hujung pisang. Toreh memanjang sampai isi, 4-5 torehan agar senang kupas

Alat pemotong utk sagat pisang
Maaf dah 'seasoned' modelnya ...
Sebelum mula sagat pisang, panaskan minyak. Mama sagat dalam bekas dulu ... tak berani nak sagat terus dalam minyak panas. Goreng dlm 5 - 6 minit, masukkan air garam dlm 1 sudu kecil, kacau sampai bunyi berdesir hilang. Masak sebentar lagi dan angkat ke dalam bekas yg dialas tisu dapur utk serap lebihan minyak. Dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara.


Inilah kerepek yg terhasil dari sebiji pisang tanduk. Resipi asal masukkan sedikit serbuk kunyit utk warna. Mama tak bubuh pun. Warna ori pun dah cantik sangat. Alhamdulillah menjadi kerepek pisang tanduk walaupun pertama kali buat. Krupp krapp krupp krapp ... ranggupnya. Tak sempat simpan dalam balang pun ... tangan Ayahnya, Si Amar dan Mama silih berganti ... sedar2 dah licin. 😄😄😄

p.s. Itu cerita petang semalam. Dan sudah tentu pisang tanduk yg berbaki akan dibuat kerepek lepas ni.
Resipi asal Mama Google. Dan yg paling berkenan resepi dari blog Ummi Waheeda: Bukan Sekadar Resipi (entri 5/12/2011). Tq dear.

10 October 2017

Cerita petang ini ....



Hasil tuaian petang ni ...
Dari Kebun Biasa2 kami ...
Pisang emas dah masak beberapa biji ...
Ada bekas makhluk 'kenduri' ... hihi
Pisang nipah@kebatu dan pisang tanduk belum masak kami tuai ...
Buat kerepek sedap katanya deme ni ...
Kita tengoklah apa jadi ...
Ini kena entri lain kali ...
Sekian untuk petang ni ...

05 October 2017

Stress test ... reflection

Tuesday 22/9/2017 ... my stress test appoinment is at 8.00 am.
We left home early, at 6.30 am since the hospital is about 50km away. Plus to avoid morning traffics ... especially schools area along the road taken and rushing office workers whom mostly working hour starts at 8.00 am.
Had light breakfast in the car ... a few cream crackers and mineral water. We reached our destination, Klinik Pakar Perubatan, Hospital Raja Oerempuan Zainab II (HRPZ II) five minutes to 8.00 am. Hubby dropped me whilst he parked the car (quite a task too finding parking space at hospital vicinity).
I made it just in time ... and was person no 4 to undergo stress test that morning. Called hubby and asked him to go for breakfast first because person no 1 just being called for his stress test. So it'll take sometimes for my turn.
By 9.00 am hubby, daughter, son-in-law and my two cute grandchildren arrived just in time as my name being called ...
With nodes and wires attached, the stress test began with warming up on the treadmill set to walking mode. Whoaaa!! After so long (used to be an athelic during schooling days; active in badminton, hockey in college; pingpong, badminton and bowling during working years ... ) ... was quite taken aback for the first few steps. Its been so long since I last did any heavy exercises ... except walking here and there, doing this and that ... doing household is no simple tasks ... always on the move chores ... (p.s. but one doctor said that those are not considered as exercises ... huhu). As I adapted to the pace, the technician said he'll begin the real test if I'm ready. It'll be in 4 stages ... 3 minutes duration each. The treadmill will move faster with each stage. He'll stop the test when I cannot cope ... which I must tell him. He also told me not to feel burden and exert myself. Only I know my limit ...
The first 3 minutes ... ok and quite 'kacang' really.
The next 3 minutes, 2nd stage ... felt like I'm participating in walking marathons ... haha. Puffing and adjusting my steps as the machine got faster.
Here the concerned technician kept asking is 'makcik' ok to go on ...
p.s. 3 minutes feels like forever ... 😅😅
My blood pressure and heart beats were also taken and monitored with each stages.
Then came the 3rd stage ... the machine starts rolling ... and this is when yours trully panicked!! Seemed like having to run to catch up ... but the technician asked me to widen my steps instead to match the speed so as not to be dragged down by the machine (which it almost did ...) By now my breathing really feel like 'fish out of water' ... haha. My knees starts weakening and felt like buckling over anytime. Finally I gave up in the 2nd minutes. Too tired, exhausted and weak to go on ... breathing like a horse!!
I was told to lie down and relax as the nurse took my blood pressure and heart beats. Again later after I stabilised and breathing normally.
Pheww ... that was one hell of a test and and exercise for an old lady 😅😅, but I guess I did well. The technician said it was good as I managed to reach stage 3, considering my age!!

Waiting to see the doctor after stress test

Next was the verdict of my stress test ...
I was quite nervous as the nurse called out my name. Then, when the soft spoken, sweet doctor told that the test shown that my heart is ok. So is the previous Echocardiography (5/6/2017) ... no complications whatsover. I'm off aspirin, no need for futher follow up and just go for my regular check-up at local clinic after this.
Alhamdulillah ...
I was smiling ears to ears as I walk out the consultation room. Hubby, daughter and son-in-law were the happiest. Soon the rest of the family clan were rejoicing over the good news.
Suddenly my heavy heart felt light ...
Life around me are so beautiful ...
I smiled at everybody ...
When 2 years old gandson grabbed my hand ... I felt like skipping with joy with him ...
Yes ... after the mild heart attack episod last April, I did take great care of my diets. I walked few rounds every morning and evening. Giving is better than receiving. I'm closer to HIM ...
Yes ... all those helped a lot. Its a routine now ...
The mild heart attack was scary ...
The stress test???
... you don't want to repeat it!!!

28 September 2017

SMS Dan Kejutan ...

Bulan ni bulan dapat mesej penuh kejutan ....
Mesej #1:

Terus panik ... bilamasa pulak kami bershopping diPutrajaya ... walhal memang sah hari tu dok rumah kami di Kelate!!
Terus ke ATM semak baki ... tak jejas pun!!
Lapor dlm grup whatsapp dgn anak2 ... rupa anak #4 yg shopping. Debit card dia ada no tel Mama sebagai 'rujukan' ... tu yg Mama pun dpt makluman. Pheww ... kes selesai!!

Mesej #2:

Panik kali ke 2. RM268.00 !!! Dengan Go Shop??? Lagi haru ... Mama mana reti nak beli2 cara 'online' ni ... Terus telefon no toll free tu. Memang sah pesanan tu. Bila tanya barang apa dan nama pemesan ... budak yg jawab tu cakap tak boleh beritahu. Ikut akta entah apa. Dah no Mama ... takkan tak boleh beritahu ... mati2 dia cakap tak boleh 'disclose id' pemesan dan jenis barang serta status bayaran. Cuma dia 'hints' mungkin ada sedara mara yg pesan. Cuba tanya mereka! Malas nak bertekak ... Pun lapor dlm grup keluarga!! Nanti kalau dia hantar, kalau dah bayar, ambil jerr. Kalau belum, COD ... hantar balik. Itu pesanan anak2.
Tup tup ... dapat panggilan dari anak #1 ... sambil gelak dia cakap sebenarnya menantu Mama yg pesan tu, alamat hantar terus ke pejabat anak. Konon2 hadiah kejutan 'anniversary' perkahwinan. Menantu pun heran macamana Mama plk yg dapat mesej dari Go Shop ... berkecai plan dia. Dah tak 'surprise' dah .... hahaha ... kesian plk.

Mesej #3:
Telefon suami ... tak dapat. Sekejap kemudian Mama dapat mesej ni ....


"Amboii! ... amboii! ... cheq dok tgk wayang nooo ..."
Tunjuk kat doter yg kebetulan balik bercuti ... hahaha ... gelak sakan kami. Yg lucunya ... kat Kelate mana ada 'cinema' @ wayang gambar. Bila tunjuk kat suami, dia pun terkejut ... ada la tu tertekan status ke apa dgn tak sengaja. Warga tua cam kami mana lah reti nak 'setting' henpon. Hihi ...

Mesej #4:


Haiiyyaaa ... bilamasa pulak nama Mama jadi Ah Fong???
 "Putöng nimen shuó shenmô. Wó pu chetau lĕ ..."
Pening ... pening ... biar je lah.

p.s. susah jgk bila ada gadjet moden ... bila begini harubiru jadinya ... 😷

27 September 2017

Halwa mata ....


Dilangit biru ... awan memutih

Dikaki langit ... senja nan merah

Merakam detik keindahan alam ciptaan Allah snw ... itu antara hobi Mama ... biarpun hanya dengan kamera henpon biasa2 je.
Ia seketika cuma ... halwa mata, gamam dan tak jemu menikmatinya ... panorama alam kurniaan DIA ... yg berubah sentiasa ... walaupun ditempat yg sama.
Syukur berada dinegara yg aman dan indah ini. Moga berkekalan ... Aamiin ...

20 September 2017

Karipap ....

Karipap ...
Kudapan kegemaran Mama.
Dulu2 beli ... dan biasalah bila yg dibeli ... acapkali kurang menepati piawaian selera
- kurang inti, pedas sangat, kurang perisa, ubi banyak pada daging/isi ayam, terlalu berminyak ... ada je yg tak kena.
Nak buat sendiri tak reti dan rasa susah, renyah ... itu pemikirannya. Huhu ...
Nak jadi cerita, satu hari (maaf 'history' sikit) ... arwah kakak ipar bertandang ke rumah. Dia bawak karipap yg dia buat sendiri ... sambil minta maaf kalau tak sedap sebab lama dah tak buat.
Apa yg melekat dihati Mama ialah ... kakak ipar yg dah berusia 60an, tinggal berdua dgn anak OKUnya, boleh buat karipap sendiri utk sarapan ... Mama yg muda ni (waktu itulah) ... tak pernah berani mencuba!!!
Itulah detik permulaan 'mahu cuba dan buat sendiri'  karipap dan apa jua juadah yg diingini. Terima kasih K. Wan Yah, beri inspirasi .... (moga roh arwah ditempatkan bersama org2 yg soleh. Aamiinn ...)

Yg tinggal .... karipap sarapan pagi ni
Sejak dari itu ... mulalah giat cari resipi dan cuba buat sendiri. Tentulah tidak terus suksess ya ... hihi. Selepas 'try n errors' ... akhirnya melekat dgn resipi doh karipap yg ini ... 'it never fails me'. Dah cuba resipi2 doh lain ... yg cairkan dulu majerin, yg guna air ais, macam2 ... tak berkenan. 'Lain padang, lain belalang' ... lain orang, lain selera kann ...
Dan yg 'best' buat karipap sendiri ialah ... intinya yg pasti mewah dan padat ... oksigen kureng 😄😄

Ini resipi doh karipap Mama;
250 gm gandum
70 gm majerin
- gaul dgn hujung jari /'rub-in' hingga berderai
70 - 100 ml air suam (suaikan)
secubit garam.
Gaul sebati semua bahan dan uli hingga jadi doh. Rehatkan dlm 20 minit, canai ... terap, bubuh inti (yg ni ikut suka masing2 ... resipi masing2 ... nak inti daging/ayam ka, ubi saja ka, kari ka kurma ka, sardin ka, ikan ka, telur ka ... ikut selera ya) ... pastu klim dan bila selesai. Goreng atau frozen.

p.s. tip tak melekat masa frozen, letak dulang karipap2 yg siap klim dlm 'freezer' +/- 5 minit atau beku sedikit. Lepas tu alih simpan dlm bekas tupperware/tipuware 😆.
** guna api kecil ya kalau nak goreng yg frozen ...

19 September 2017

Jaga diri ....

Sewaktu muda dulu ... tidak pernah terfikir waktu tua
Rasa lambat lagi waktu itu akan sampainya
Tak apa ... muda lagi, badan masih kuat bertenaga, antibodi masih 'power' pertahan tuannya, semua masih 'tiptop' keadaannya
Kita 'enjoy' makan apa saja ...
'Exercise' ... tak releven, sihat jer ...
Ibadah ... dah tua, pencen ... kita 'full speed' ler, taubat, solat jemaah, sedekah, naik haji, ... bla bla bla .....
Silap!!!
Siapa kita untuk tahu bila tamat usia?
Anak Mama, usia 25 ... meninggal sakit tiba2 ... demam jer. Hingga kawan2 futsal dia pun tak percaya.
Anak2 tahfiz, anak2 syurga ... usia 6 - 17 tahun ... meninggal dlm kebakaran angkara dendam yg membara. Allahhu ...
Itu antaranya ...
Waktu mudalah waktu yang terbaik untuk pelaburan hari tua ...
Jaga diri ...
Buatlah persiapan dari muda ... bila tua cuma perlu 'maintenance' saja, bukan 'major overhaul' ... InsyaAllah
Jasad kita, roh kita ... amanah dari Allah snw ... kita akan ditanya nanti bagaimana kita jaganya, gunanya ... itu pasti!!
- bagi jasad, makanlah utk hidup, bukan hidup utk makan
- bagi roh, amal ibadah jgn ditinggalkan, malah seboleh mungkin sentiasa ditambahbaik (upgrade), usia pertambahan usia.
Ingatlah ... kita tuai apa yg kita tanam.

p.s. mama dan ayahnya diusia meniti 60an ni makin terasa dimamah usia. Syukur kami tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis (setakat ni), tapi bila demam lambat nak semboh, deria rasa, pengelihatan dan pendengaran semakin merudum, sakit lenguh badan sendi bila kerja lebih sikit dah sinonim ... itu antaranya. Allah snw dah tarik sedikit demi sedikit pemberianNYA ... sebagai peringatan.

17 September 2017

Drafts ...

Been a while since this blog was last updated ...
So many things to tell since then ...
Things that happens and touched your life ... least this 'purba' me forgets.
Well ... me did wrote a few ... but never get to publish them ...
Somehow me thinks the stories are
.... not so relevent so as to be told ...
.... not worth mentioning ...
.... need a few editing and touch up here and there ...
.... need more facts ...
.... 'halfway' coz sometimes the mood to write just evaporates midway ...
Thus ... they all became dormant in the 'draft' zone ...
Waiting to be updated, edited, completed, touch up or whatsoever ....
Too many 'drafts' really ...
The choice is either ...
Publish ... or ... Delete!!!
Sighh ....
Here we go againnnn ..............

02 September 2017

Korban ... Aidiladha 1438H

Korban dikampong sudah tidak semeriah dulu lagi ...
Dulu2 ... sekampong 3 - 5 ekor lembu mampu direbahkan sehingga ada ketika tidak tahu sapa yg beri daging korban. Tengok2 tergantung dibirai tangga. Jemputan makan dgn pelbagai menu berasaskan daging tak henti2 ... mula dari tengahari hingga malam.
Mungkin sebab dulu2 orang kampong bela lembu sendiri ... kelapa, serai, kunyit lengkuas halia ... ambik tepi, belakang rumah jer ... 'free'.
Sekarang ... jangan mimpi. Tahun lepas sebahagian korban RM500. Tahun ni RM600 ... itupun lembu beli dari Siam. Kalu lembu tempatan ... lagi mahal. Dan realiti ... dikampong kami hanya seekor lembu rebah tahun ni ... itupun yg keluarga suami; Suami, abang2 dia, kakak ipar dan anak2 saudara; masing2 ambil sedikit untuk diri dan selebihnya agih pada orang2 kampong. 




Mungkin juga kerana kampong kami kini rata2 tinggal warga2 tua ... kebanyakkan sudah kematian pasangan hidup. Yg muda pun tak berapa muda ... adalah beberapa keluarga ... anak beranak juga.
Ada yg duduki rumah pusaka. Ada yg semata2 menjaga ibu bapa yg tua dan uzur. Ada yg dibuang kerja, tiada pilihan ... kembali ke kampong saja penyelesaiannya. Ada yg bersara, mahu habiskan sisa usia dikampong lahir mereka. Itu antaranya.
Itupun korban ... korban harta, perasaan, masa, tenaga, pangkat, kuasa ... sebagaimana ibadah korban ... jika ikhlas kerana Allah snw, ganjaran dan nilainya ... tak terbayangkan. Hanya DIA Yg Maha Mengetahui.


p.s. Sebelum beredar utk solat Jumaat,
jamuan ringkas yg amat menyelerakan.
Nikmat makan beramai2 setelah penat melapah daging korban. Tak sedar bertambah2 ... 😊



19 August 2017

When the sea wears diamonds ....





I came to the beach ...
To ease my heavy heart ...
To please my eyes ...
To drown my worries ...
To bask in morning glow ...
To smell the sea ...
To watch the waves dance ...
To feel the gentle breeze ...
The beauty ... the serenity ...
So soothing ...
Ah! The vast sea that never fails to amaze ...
I left ...
For now ...
... my heart is light, free and content!
I'll be back ...
InsyaAllah ... ❤❤❤

12 August 2017

Mahu tanam apa ye?

Kali ni pun nak cerita pasal tanam menanam jugak. Nampak gayanya itulah genre entri Mama bulan Ogos ni ....(cam drama pulak yerr ... haha). Jom layan ...

Ini tanah jiran se taman kami.
Dari terbiar bersemak samun ... dia dan rakan2 pencen ditaman kami (termasuk suami) berpakat untuk bertani ... suka2 ... ambil sorang satu batas ... tanam jer lah apa yg mahu ... selain keluar peluh pagi petang, boleh kongsi hasil nanti.
Itu perancangannya ...
Tak sangka menjadi ... kongsi wang dan tenaga bajak tanah dgn 'bulldozer', beli dawai dan pukat pagar kebun (sebab babi hutan masih banyak berkeluasa), buat batas dan cuci kawasan ... itu antaranya.


Minggu lepas ketika geng2 lain dah mula bercucuk tanam. Ada tanam pisang, bendi, cili dan beberapa sayuran lain. Suami masih berteka teki. Antara hendak dengan tidak ... tak mahu 'hangat2 tahi ayam' katanya ...
Tapi dorongan dan sokongan geng2 dia dgn tag 'untuk suka2, campak jer mana benih/anak pokok yg ada ... pagi petang kita sama2 jaga/jirusnya' ... Mama lagilah sokong (nanti dapat sayur 'free' ... 😅), suami akhirnta setuju ambil satu batas.
Hasilnya ... gandingan suami dan anak teruna no.5, Mr. Cool yg sedang cuti semester hingga awal September ni ... sederet anak pisang tandok, emas, kebatu dan kelat keling dah siap ditanam (ambil dari Kebun Biasa2 kami).
Alhamdulillah ...

Mr. Cool ... hmmm!
Cam kekok jer gaya pegang cangkul tuh ... hehe!

Ruang kosong antara pokok2 pisang tu dok rancang nak tanam sayur atau ubi.
Hari ni nak semai benih terung, cili, bayam hijau, sawi, labu dan jagung (amboi banyak bebenor projek tu ... hihi).
Yang ini tugas Mama.
p.s. benih2 tu dah lama beli, entah ok lagi ke tidak, tak tahulah.
Moga usaha kami membuahkan hasil. Niat berbudi pada bumi ... moga hasilnya nanti dapat sama2 merasai. InsyaAllah ....

07 August 2017

Pasal pokok lagi ...


Limau kasturi, limau purut dan limau nipis berbuah serentak.
Perasaan ... gembira dan tak sabar nak petik hasilnya.
p.s. hanya mereka2 yg bercucuk tanam faham betapa teruja dan gembira melihat apa yg ditanam membuahkan hasil ... biarpun sebiji cuma 😅


Diusia begini ... ketenangan, kehijauan sekitar, kicau burung, bunyi unggas, desir angin ... adalah terapi jiwa. Teringat Dasar Bumi Hijau yg diajar disekolah dulu. Ia sepatutnya relevan sampai bila2 ... itulah.


Tanamlah serai, kunyit, cili padi, pandan, lengkuas ... ianya bahan asas masakan kita, sekurang2nya lepas untuk kegunaan sendiri. Nak guna, petik jer sebanyak yg perlu ... segar2 gitu. Tak ada laman yg luas ... dalam pasu pun boleh!! 

01 August 2017

Oh! Manggis ... cubaan kali ke 3

Cerita hari Isnin 31/7/17 ...
Dah 2 kali kami tanam pokok manggis ... dua2 kali gagal. Pokok yg pertama beli dipasar minggu pekan kami ... mati kering gitu jer.
Yang ke 2 beli di nurseri ... manggis hybrid katanya. 4 tahun dapat makan hasil. Dah masuk tahun ke 2 tak besar2 ... dok tara tu jugak. Akhirnya suami pindah tanam luar pagar ... biarkan saja. Nak hidup ... hidup lah. (p.s. petang tadi pergi lihat ... dok cenonet kiut macam tu la ... 😷)
Paginya kami sarapan di Tok Bali. Alang2 dah di sana, kami ke pasar minggu Kuala Besut ... saja ronda2. Masa nak balik singgah gerai jual anak macam2 pokok. Lama dah teringin nak tanam pokok delima ... Alhamdulillah ada anak pokoknya. Beli!
Dan suami beli anak pokok manggis lagi ... hybrid jugak. Cubaan final katanya. Kalau tak hidup, membesar jugak yang ini ... 'no more' !!! Tu dia aihh ...
Dan tersangkut anak pokok cempedak durian ... pakcik penjual rekomen. Siap tunjuk gambar isi cempedak yang kuning keemasan warnanya dalam 'tab' dia ... (canggih dan pandai 'marketing' pakcik ni) ... 😊.
Oh! ya ... pakcik penjual pesan, anak manggis tu tanam tempat ada naung, macam tepi pokok pisang. Tak boleh panas terik. Dah besar ... tebanglah pisang tu!
Anak cempedak dan delima ... ok jer tempat panas ...
Petang tu jugak terus tanam seperti saranan pakcik tu, ambil berkat hari Isnin sambil selawat banyak2 dan zikir 'Ya Hayyu Ya Qayyum' serta doa agar menjadi anak2 pokok yang ditanam ni.
InsyaAllah ....


25 July 2017

Menuai apa yg di tanam ....

Pagi ni lepas 'tawaf 7x' kawasan rumah ... petik sayuran dan ulaman yang ada keliling Rumah Biasa2 kami ...

Tuaian pagi ni ...
Bunga kantan, serai, cili padi, pucuk serai kayu dan pucuk belalai gajah. Nak buat kerabu ... 

Banyak juga bunga kantan terbiar sampai ada yang dah kembang. Rasanya selain kerabu, laksa penang atau asam pedas pun sedap jugak ni.

p.s. buat anak2, menantu2 dan cucu2, jangan tunggu tua dan dah kena 'warning' dengan ujian sakit, baru bersungguh2 nak amal 'pemakanan sihat' dan senaman ... jangan tiru Mama ye ... huhu

21 July 2017

My cats n I ....

Taking a walk early morning and evening has been my routine since 'the mild heart attack' episod last April ... its one of the doctor's order too.
Just a morning walk around our compound ... but am enjoying it because of these two loyal furry companions ... always there either; just looking, joining me, simply running around or spying on the birds and bees 😄;
Thanks guys!!!

The walking trail ... a few rounds
early morning and evening
PYO's favourite ... hide and seek ❤

Bambam's favourite ... lazing around unless
called, provoked or chased .... haha!!
Am increasing the number of rounds by the days ... also getting ready for my 'stress test' appoinment next month.
p.s. InsyaAllah everything will be fine.
(Doa, usaha dan selebihnya tawakkal)



14 July 2017

Penangan Whatsapp ... Akok Kedut

Ini 'mainan' baru Mama ...

Trio Cupcakes Maker
Terjebak bulan puasa lalu ...
Hahaha!!! Biasalah orang pompuan ... topik utama bulan puasa ... masak apa untuk berbuka dan sahur.
(Dekat raya, cerita lain pula. Hihi ...)
Kisahnya, sorang rakan tunjuk akok kedut dia buat guna 'mainan' ni!!
Hasilnya ... melalui grup kami saja 'benda ni' terjual melebihi 20 unit.
Talk about women's buying power 😄😄😅
Itulah ...
p.s. sehingga kini ... ikut 'posting' rakan2 Mama, 'mainan' ni boleh masak bukan saja akok dan 'cupcakes' ... tapi makaroni bakar, kueh cara, pulut bakar, penkek ... itu yg dah dicuba ya! Wah!! terujanya ....
Mama?? Eh!! Tak aih! Tak simpan ehh! ... dah keluar kotak pun. Iya! Sunggoh!! ...
Tak caya?? ... ni buktinya 😊😊

Akok durian dan penkek

Tak laku laa akok2 yg femes di Kelantan puasa tahun depan ... hihi!!