Pages

Labels

Ceritalah (251) Me (147) diari ibu (138) kucing (70) Resipi (67) Pesanan (63) Amar (62) Rumah Biasa2 (37) Kebun Biasa2 (35) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) Nature (2) ipoh (2)

12 August 2017

Mahu tanam apa ye?

Kali ni pun nak cerita pasal tanam menanam jugak. Nampak gayanya itulah genre entri Mama bulan Ogos ni ....(cam drama pulak yerr ... haha). Jom layan ...

Ini tanah jiran se taman kami.
Dari terbiar bersemak samun ... dia dan rakan2 pencen ditaman kami (termasuk suami) berpakat untuk bertani ... suka2 ... ambil sorang satu batas ... tanam jer lah apa yg mahu ... selain keluar peluh pagi petang, boleh kongsi hasil nanti.
Itu perancangannya ...
Tak sangka menjadi ... kongsi wang dan tenaga bajak tanah dgn 'bulldozer', beli dawai dan pukat pagar kebun (sebab babi hutan masih banyak berkeluasa), buat batas dan cuci kawasan ... itu antaranya.


Minggu lepas ketika geng2 lain dah mula bercucuk tanam. Ada tanam pisang, bendi, cili dan beberapa sayuran lain. Suami masih berteka teki. Antara hendak dengan tidak ... tak mahu 'hangat2 tahi ayam' katanya ...
Tapi dorongan dan sokongan geng2 dia dgn tag 'untuk suka2, campak jer mana benih/anak pokok yg ada ... pagi petang kita sama2 jaga/jirusnya' ... Mama lagilah sokong (nanti dapat sayur 'free' ... 😅), suami akhirnta setuju ambil satu batas.
Hasilnya ... gandingan suami dan anak teruna no.5, Mr. Cool yg sedang cuti semester hingga awal September ni ... sederet anak pisang tandok, emas, kebatu dan kelat keling dah siap ditanam (ambil dari Kebun Biasa2 kami).
Alhamdulillah ...

Mr. Cool ... hmmm!
Cam kekok jer gaya pegang cangkul tuh ... hehe!

Ruang kosong antara pokok2 pisang tu dok rancang nak tanam sayur atau ubi.
Hari ni nak semai benih terung, cili, bayam hijau, sawi, labu dan jagung (amboi banyak bebenor projek tu ... hihi).
Yang ini tugas Mama.
p.s. benih2 tu dah lama beli, entah ok lagi ke tidak, tak tahulah.
Moga usaha kami membuahkan hasil. Niat berbudi pada bumi ... moga hasilnya nanti dapat sama2 merasai. InsyaAllah ....

No comments: