Pages

Labels

Ceritalah (238) Me (139) diari ibu (136) kucing (67) Amar (61) Pesanan (61) Resipi (61) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (31) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Cucu (3) Haji (3) Migraine and I (3) ipoh (2) Nature (1)

31 October 2012

Raya Korban, Rendang Daging dan ... Pulut Kukus

Hanya pada Raya Korban ajelah dapat merasa dapat daging percuma. Buka sedikit woo ... berkilo2. Mama time Raya Korban ni memang pastikan freezer 3/4 kosong ... gerenti penuh lepas tu dgn daging dan tulang lembu, hehe (^_^). Itu yang seronoknya tinggal diKelantan, dan tak heranlahlah dari pagi hingga petang raya tu, kejap2 ada je jiran, saudaramara, budak2 datang rumah hantar daging korban. Ibarat tukar2 daging korban gitu sebab boleh katakan setiap rumah pasti ada yg buat korban, sekurang2nya satu bahagian. Cam rumah Mak Mertua Mama, tumbang sekor lembu tiap2 tahun ... bahagian anak menantu aje. Belum lagi cucu, cicit, ciat (anak cicit Mak) yg berjumlah 130 orang (and counting ... hehe). Kalau semua pakat nak korban, naiya ... sapalah nak uruskannya. Sekor pun hampir tengahari baru selesai .. huhu. Sebab itulah kena ambil giliran nak korban, kena booking awal!! Antara aksi kerja2 melapah daging korban ...


Kesian anak2 Mama (yg tengah tu anak sedara)
kena proses yg eeeiiiuuw ... haha

Dan sinonim juga dengan Raya Korban diKelantan ni, pastinya bermula tengahari hingga malam, bahkan keesokan harinya pun ... ada saja jemputan2 makan. Menu utama ... apalagi kalau bukan daging!!! Gulai, kerutuk, singgang, kerabu, air asam, kerabu, goreng, bakar ... antara resipi utama. Memang meriah sunggoh suasana ditempat korban ... diluar rumah kaum Adam sibuk melapah daging. Dalam rumah pula, kaum Hawa sibuk mengupas bawang halia dan masak nasinya. Pastu gotongroyong masak ... kalau keluarga besar, macam kenduri rasanya. Masak kat luar ... periuk besar, kawah gulai semua keluar. Dan kalau malas nak masak, bahagi2kanlah aje daging tu. Simpan sikit buat makan dan tunggu orang jemput makan ... hehehe  (^_~)!! Ni bukan kempen atau promosi atau gimik ya. Ia realiti dan kalau nak merasa, kenalah datang sendiri ke Kelantan untuk lihatnya.
Berbalik pada Mama ... maaf, panjang pulak intro ... (-_-'), sebab orang Kelantan kurang gemar masak rendang time raya, dan ianya faberet Mama. Kenalah masak sendiri ... kebetulan ada lagi ketupat palas yg bakal besan Mama beri (lebihan Muaz dan Ayahnya makan cicah nise (gula melaka) cair). Mama tambah pulut kukus ... just in case tak cukup! Hehe ... Jom kita lihat resipi rendang yg Mama selalu buat.

RENDANG DAGING

Bahan-bahannya:

1 kg daging - potong ikut suka
3 cawan pati santan
Air secukupnya utk empukkan daging

Bahan2 kisar;
3 btg serai
6 cm halia
6 cm lengkuas
7 biji bawang merah
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih
12 tangkai cili kering (tambah jika suka pedas)

Bahan2 lain;
10 helai daun limau purut/ 3 helai daun kunyit
2 - 3 kpg asam gelugor
kerisek (Mama tak guna ..)
garam gula secukup rasa

1. Masukkan daging, santan, air dan bahan2 kisar kedalam periuk.
2. Masak hingga mendidih - kacau sekali sekala.
3. Masukkan bahan2 lain dan masak lagi hingga daging empuk
dan santan pekat. Kecilkan sedikit api dan biarkan agar daging mesra
dgn perencah. Masak hingga agak kering dan pecah minyak. Angkat.



PULUT KUKUS (tanpa santan)

1/2 kg beras pulut
2 kpg asam gelugor
1 helai daun pandan

1. Cuci beras pulut dan rendam 2 - 3 jam bersama asam gelugor.
(Mama rendam semalaman. Jika mahu kuning, gaulkan sedikit kunyit debu)
2. Toskan beras pulut dan panaskan air kukusan.
3. Alas kukusan dgn kain net, letak beras pulut ... ratakan agar sekata masak.
Guntingkan daun pandan ke atasnya.
4. Kukus 15 - 20 minit.
5. Angkat, buang daun pandan dan tuang pulut ke dalam besen.
Renjis2kan air dan kacau agar sebati. Renjis air lagi, kacau ..
ulang hingga pulut nampak agak basah. Tuang 1 sudu makan minyak
masak, kacau rata agar pulut tak melekat bila masak
6. Kembalikan pulut ke dalam kukusan dan kukus lagi 15 - 20 minit
(atau wap keluar). Angkat dan sedia untuk dihidang.

p.s. jika pulut masih tak berapa masak, ulang proses 5 & 6 tanpa
perlu masukkan minyak lagi hingga puashati pulut masak elok!

Mama tak gunakan santan sebab rendang tu dah guna santan pekat, taklah muak dan yg penting ... nak kurangkan kolestrol. Dah berusia ni ... kena beringat sangat. Ni pun kira dah langgar arahan doktor 2X ... 1) Jangan makan daging, dan 2) Elakkan guna santan dlm masakan ... huhu. Maap lah Puan Doktor, hamba tak tahan dugaan raya ... lepas ni hamba pantang. Sunggoh!! 
~ Sendiri buat sendiri tanggungla ... agaknya itulah jawapan Puan Doktor .. huhu (~_~')

p.s. Hubby suka makan pulut + kelapa parut gaul garam + ikan kering goreng. Cam arwah Abah (Al-Fatihah).




30 October 2012

Adik banyak dosa ke Mama?

Amar batuk2 lagi  ... katanya dada kiri dia terasa sakit. Mama perasan kebelakangan ni dia mudah benar batuk2. Awal bulan ni dah batuk2, jumpa doktor  ... katanya ada lelah sikit2. Mama risau sebab masa dia umur 5 & 6 tahun, dia tiba2 diserang lelah setelah demam, selsema dan batuk2. Melihat dia sukar bernafas, pukul 2 pg kami ke hosital. Terus doktor pakaikan inhaler. Kami agak terkejut kerana adikberadik dia yg lain tak pernah begini. Selepas itu, Mama lebihkan perhatian padanya. Jaga makan minum, persekitaran dan aktiviti dia ... Alhamdulillah, bila mula bersekolah, lelah dia tak menyerang lagi. Hinggalah pertengahan tahun ini, tanda2 lelah mula timbul kembali. Semalam, umpamanya ... doktor cakap, memang ada lelah sikit2 ... Mama agak, cuti raya baru2 ini dia dan Muaz berada dikampung beberapa hari kerana sepupu2 mereka pun balik. Riuh rendah rumah Mak ... seronok Mak melayan cucu2nya. Dan pastinya Amar tidak berpantang makan minum ... terutama minuman berais dan bergas (kebetulan cuaca panas sekarang ni ...).
Semalam dia moyok jer masa diklinik ... tak banyak cakap seperti biasa. Selepas ambil ubat2 dan ketika tunggu Ayahnya amik kereta, dalam samar2 cahaya lampu jalan, tiba2 Amar peluk Mama dan kata,
"Mama! Adik ni banyak dosa ke ?"
Terkedu Mama dengan pertanyaan sebegitu dari dia, budak berusia 9 tahun ...
"Adik rasa ya ... sebab Adikkan sakit sokmo!"
Mama kelu nak kata apa2 ... terkejut dan tak sangka begitu jauh tafsiran dia. Mama hanya upaya peluk dia erat2 dan gosok kepalanya ...
(p.s. kejap lagi nak beri jawapan kepada rumusan dia semalam ... agar dia sentiasa berbaiksangka dan redha dgn setiap ujian dan dugaan dari Allah snw padanya  ... MasyaAllah)

28 October 2012

Hari ini belajar ... Instagram

Kat menu tentera perkataan Instagram. Klik kat situ, keluar nama Mama ... nak masuk kena tulis password. Eh! Bila pula Mama berinstagram ...
Rupanya anak sulong Mama yg buka akaun tu ... dia nak Mama dia yg tua ni up-to-date gitu. Dapat share gambar2 yg Mama suka ... pemandangan, flora dan fauna, famili, kucing   ... apa saja yg ingin dikongsi.
Oh! Mama suka ... pun dia pesan, berhati2 share gambar2 tu ... ianya sesuatu yg satu dunia boleh lihatnya ... kita boleh pilih, nak buat amal maupun dosa dengannya ... sama cam FB juga!!!
Lalu Mama pun, buat sekian kali, bila bab gini ... belajar dgn anak2 yg jauh ke depan. Mama tidak mahu terkebelakang ... walaupun tak seiringan, sekurang2nya ... in-touch with  time.
Begitulah cara Mama ... berubah mengikut masa. Tua bukan alasannya ... biarlah hanya fizikal sahaja, tapi minda tetap muda ... berubah mengikut masa, sentiasa refresh agar bergerak sokmo. Tak mo berkarat ... ditelan zaman. Lepas ni lagi rajinlah Mama memerhati alam sekeliling ... cari shots yg Mama rasa penting, buat kapsul kenangan yg satu hari kan hilang ditelan perjalanan zaman.
Good luck to me ... (^_^)

26 October 2012

Pengorbanan ...

"Berkorban apa saja,
Harta atau pun nyawa,
Itulah kasih setia,
Sejati dan mulia"
.... antara lirik lagu P.Ramlee

... itulah hakikat pengorbanan yg sanggup dilakukan demi yg dikasihi, didunia ini.
Manakala pengorbanan dlm bentuk ibadah, demi meraih kasih Ilahi, mungkin boleh dikatakan begini ...

SOLAT ... korban masa
PUASA ... korban makan, minum,nafsu
ZAKAT ... korban harta
HAJI ... korban harta, masa dan tenaga

Apapun pengorbanan yg kita lakukan, demi siapa jua ... yg penting keikhlasan, faham tujuan korban kita itu ... nawaitu!
Moga Aidiladha kali ini lebih bermakna buat kita semua.

SALAM AIDILADHA
dari Mama dan keluarga.

25 October 2012

Donut Bantal ...



Alhamdulillah zest (semangat) Mama dah pulih. Dah mari semangat nak memasak ... hehe   setelah hampir 2 minggu dibelengu sendi kaki kiri yg bengkak dan lutut yg sakit, tak leh berdiri lama2. Masak simple2 ajelah ... kadang2 beli lauk jer untuk Amar dan Muaz. Semalam kaki dan lutut dan improve banyak .... tu yg buat kuih tako. "Mama ... nak donut yg Mama buat. Boleh tak?" Semalam Amar buat permintaan. Jadi awal pagi tadi, Mama pun berdonutlah ... haha. Mama suka buat donut berbentuk bantal ... senang nak salut gula, senang nak makan (cucuk dgn garfu jer ... tangan pun tak melekit dgn gula) dan senang goreng dan simpannya. Ini resipinya ... yg sesuai dgn selera kami, selepas di +/- drpd beberapa resipi yg Mama cuba.

DONUT BANTAL

Bahan-bahannya: 

300gm gandum - ayak
25gm majerin/mentega
25gm lemak sayuran
1 biji telur
11gm yis segera
20gm gula kastor
100 gm air
1sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh pelembut roti
1/2 sudu teh garam halus

Cara buatnya:

1. Campur semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk besar.
(yis dan garam letak berasingan)
2. Gaul seBati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.
Uli hingga adunan jadi doh lembut dan licin. Bulatkan doh, tutup 
bekas dgn plastik dan biarkan 45 - 60 minit, atau doh naik 2X ganda.
3. Tumbuk doh, uli dan bentukkan ikut suka.
(Mama uli panjang2 halus mcm keropok lekor Losong .. dan guntingnya mcm mini bantal
ke dalam minyak panas masa nak goreng. Hati2 dgn minyak panas tu ... huhu
Oh ya! pastikan donut yg telah dibentuk diletakkan atas dulang yg ditabur gandum,
agar tak melekat!)
4. Rehatkan donut2 tu ... biar naik lagi. Agak2 20 - 30 minit.
5. Goreng donut dgn menggunakan deep-frying (minyak dalam?) hingga 
kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
Salutlah ikut suka - gula kaster, coklat cair ... ikut selera.
(Mama guna gula aising ... letak dlm penapis teh dan tabur atasnya)

p.s. Mama, bila buatnya, akan buat 2 sukatan aduanan. Goreng hawa2 perang, 
sejukkan dan simpan untuk digoreng bila2 masa.

Cute kan Donut Bantal Mama ... (^_^)

23 October 2012

Kuih Tako


Semalam cuba buat kuih Tako, sejenis pemanis mulut dari Thailand. Ia seakan2 kuih Tepung Pelita kita, yg gunakan daun pisang untuk sarangnya. Manakala Tako pula, guna daun pandan. Kebetulan balik kampung hari tu nampak daun pandan mak mertua yg rimbun dan panjang2 daunnya, sangat elok untuk buat sarang Tako. Yg kat rumah tu, dah tanam dalam pasu .... cute mute macam tuannya lah daun tu .... tak sesuai langsung.
Resipi dah ada, semenjak Amar bersungut nak makannya ... daun pandan dah ada, cuma tepung hongkee yg warna putih dan hijau jer tak jumpa2. Kat supermarket ari tu, yg merah dan kuning adalah ... mana sesuaikan! Resipi yg guna tepung hongkee ni Mama amik dari N3 05/08/11 blog Ita, Masam Manis di http://fromintankitchen.blogspot.com. Dek tak jumpa cari tepung hongkee putih dan hijau, juga daun pandan dlm bekas tu cam dah nak layu jer, Mama pun carilah resipi yg guna bahan lain. Gali segala majallah resipi yg ada. Alhamdulillah jumpa dalam majallah Rasa, Mei 2011, guna tepung jagung! Dapat tumbs-up dari Amar dan Ayahnya ... "Yg hijau tu kalau manis sikit lagi ... lagi umphhh!" komen hubby Mama. Gula dah mahai sekarang Che Abe weh .... hehehe

RESIPI KUIH TAKO
BAHAN-BAHANNYA:
Bahagian Bawah;
250ml air daun pandan
3 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan gula (Mama guna 8 sudu ... ikut suka manis)
500ml air
6 biji sengkuang cina - potong dadu
(Mama guna pear Jepun - itu aje yg ada)

Bahagian Atas;
250ml santan
5 sudu makan gula pasir
500ml air
3 sudu makan tepung jagung
secubit garam
(lain kali Mama nak omit gula dan lebihkannya dalam bahagian atas)
Cara Memasak;
1. Sediakan kotak2 pandan terlebih dahulu. Cara nak buatnya,
lihat dalam resipi dari blog Ita, Masam Manis di atas. Atur potongan
sengkuang/pear ke dalamnya.
2. Masak bahagian bawah dahulu. Campur semua bahan dan masak
atas api sederhana. Kacau hingga mendidih dan pekat.
3. Angkat dan tuang ke dalam kotak pandan, separuh sahaja dan biarkan sejuk.
4. Masak bahagian atas  pula, seperti di atas. Bila mendidih dan pekat,
angkat dan tuang ke atas bahagian bawah tadi.
5. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


22 October 2012

Dreading the day ...

Extract from my diary dated 13.09.2011 (Tuesday):
... today played hand-wrestling with Amar. Of coz I pretended to lose ... He beamed with pride when I told him, "Wah! So strong ..." He looks so cute flexing his muscle in front of me, and so loving and considerate when suddenly he asked me, "Mama! Did I hurt your hand?" and kissed my hand gently while rubbing it ... I said 'NO' and kissed his soft and chubby 8 years old cheek. I love you Mama ... me too son, me too ...

Moments like this you want to cherish. Just like his elder brothers and sister, each and everyone of them have their own magic moments like this with me. One day, like them ... Amar will eventually beat me in hand-wrestling. I'll genuinely lost to him. My old hand will hurt and I shall need all the kisses and gentle rubbing from him!!!
I'm dreading the day ... yes! But that'll another roughly 10 years from now.
So I'll just enjoy and make the best of the time ... till then. Gave him and his elder brother, Muaz, my all. When the time came ... I'll have no regrets whatsoever ...
By then, I'll be way past my 60's ... grey hair and all.
I just hope his father is still by my side ... growing old together!
Waiting for them and their children ... for its their turn to return the favour ...
By the grace of Allah The Merciful ... InsyaAllah.

And Allah brought you forth from your mother's wombs
knowing nothing - but He has endowed you with
hearing, and sight, and minds, so that you
might have cause to be grateful.
- Quran 16:78

21 October 2012

The Complete Map Book of Pen. M'sia .. konon

Sebenarnya ni N3 melepas geram. Pagi ni dok kemas2 bawah meja ... terjumpalah buku peta yg Mama beli kat stesyen Petronas, Bagan Serai masa otw ke Langkawi tahun 2010. Kami kalau travelling mesti nak ada buku peta. Beli ni sebab kes terlupa bawa buku peta yg sediaada. Walaupun rasanya dah ada alat2 GPS ni, kami yg old school  ni 1000 kali prefer guna buku peta! Pernah guna GPS adik punya, masa kat Melaka .... udahnya, sesat barat kami ... dok asyik turn right, turn left ... hilang transmisi ... akhirnya, berhenti kereta, guna cara lama, tanya orang jer!!! Itulah kisahnya yg buatkan kami malas guna GPS, dah tua guna cara orang tua ... selesa!
Balik cerita pasa buku peta yg Mama beli tu, sebab berbungkus kemas dlm plastik, maka taklehlah nak tengok dlmnya. Sebab depab buku peta warwarkan 'the complete map book, 4th Edition' gitu ... maka Mama yakinlah 100% apa yg dia tulis tu.
Dari Bagan Serai, giliran Mama pula memandu ... encik suami pun bukalah buku peta ...
Tiba2 dia ketawa terbahak2 ... sampai tekan2 perut dan tepuk2 Mama. Ishkk orang tua ni, buang tabiat ka, baca buku peta cam baca majallah lawak pula .... dalam hati berkata2. Tak tahan dia dok gelak sorang2 sampai anak2 pun dok tanya, "Kenapa Ayoh?", lagi kuat ketawanya, Mama dah cenge, dah tak leh konsentrate pandu kereta, terus berhenti tepi jalan ... pandang encik suami macam nak telannya (hehe, garang jugak makcik ni ...).
Suami pandang Mama, masih dalam ketawa cakap ... "buku peta ni lagi outdated dari yg kita ada .... sekurang2nya tunjuk juga proposed highway Kuantan-Jabor-K.Berang/KT tu. Yg dinda (perlilah tu ... huhu) beli, yg tu pun takder lagi ... HAHAHA" pecah ketawa encik suami lagi. "Seronok nih tengok tengok peta zaman dulu2 ni ... tak boringlah journey kali ni!!"
Adoi! Geram sungguh .... melayang RM16.90. Orang buat buku peta, dia pun nak buat buku peta ... gerutu sorang2 ajelah.
Baik sorok cepat2 buku peta tu sebelum encik suami nampaknya. Kalau dia nampak, sah Mama diketawakannya ... kang tak pasal2 pecah perang dunia ketiga!!! Huhuhu ... sensitipnya.

Lukisan batang aiskrim pula ...

Masih pasal lukis2 ... kali ni hasil seni kat batang aiskrim pula
Mama nak rakamnya sebagai momento, kenangan bersama anak2.
Conteng2 ... Warna2 ... seronoknya.
p.s. masa ni Anas belum kerja lagi!
Ini antara cara kami spend quality times together ....
Tengoklah betapa kreatifnya mereka: Muaz, Amar dan juga Anas
..... (masuk bakul puji anak sendiri ... hihi)
Yg corak girlie2 agaknya siapalah yg punya? ("-")



20 October 2012

Rumah ... Oktober

Sudah hampir 2 minggu Mama tak jenguk dan lihat Rumah Biasa2 kami.
Hanya dari suami dapat beritanya ... manalah samakan!
Pagi tadi puas hati dapat lihat sendiri ... sink kat dapur dah dipasang, jubin pun.
Cuma tinggal jubin ruang tamu dan keluarga jer ... silap kami, tak follow-up pesanan yg dibuat. Bila tukang tanya mana? ... baru sedar mereka pun ter'miss' juga, padahal jubin dah ada!
Kerja2 paip dan septic tank kat bawah pun dah 80% siap ...
Tapi mana tukang nye? Tak nak upah dia ke?
Lalu hubby telefon dia ... dia minta tinggalkan upah dia kat kedai kawannya.
Sambil senyum, hubby cakap ... tukang dok ada Shah Alam dah ...
Hahaha ... penyokong tegar The Red Warriors rupanya. (^_^)
Minggu depan, InsyaAllah pintu dan jendela akan dipasang pula.
Moga segalanya berjalan dengan baik, lancar dan sempurna ... itulah doa kami sentiasa.
Dah tua2 gini memang tak sabar rasanya nak duduki rumah sendiri ...

p.s. masa tulis N3 ni, perlawanan sengit final Piala Malayia antara Kelantan dan  ATM sedang berlansung. Dek takut + tak tahan debaran lihatnya, tulis blog sambil jeling2 match kat tv nun depan sana ... huhu.
Lega bila tamat dan Kelantan akhirnya berjaya lengkapkan treble ... Piala Malaysia, FA dan  Liga Super edisi 2012. Tahniah TRW serta penyokong2 setianya ..

18 October 2012

Tamat sudah ...

Ini N3 yg ditaip semalam;
Tamat sudah musim peperiksaan 2012 ...  ini komen dua beradik;
Muaz : Baru rasa berdebar bila tamat PMR ... ok ke tidak jawapan2 tu!
Amar : Adik boleh buat semua la Mama ...
Mama: Alhamdulillah ... baru Mama boleh tarik nafas lega!
Itulah bezanya jawapan kami .... jelas dan ketara sekali, emaknya yg stress sekali! Hihi ...
Tengahari nenek dan mak saudara mereka datang ... bawa McD!
Hadiah tamat exam ... gitu pun ader ke? Untungnya mereka berdua.
Jgn jeles ya Abe, Kcik dan Anas ... dah rezeki mereka, dimanjakan semua
Ini pula sedutan bual bicara antara Amar dan Ecunya;
Ecu : Besar nanti Adik cita2 nak jadi apa?
Amar : Jadi askar. Takleh tukar dah cita2 tu Ecu sebab dah bagi tau cikgu dan cikgu dah tulis cita2 Adik tu. Cikgu cakap takleh tukar doh! (~_~')
Ecu : Kalau Bebe dapat 9A, dapat gi asrama penuh, Adik camner?
Amar : Adik tak risau sebab Adik doa kat Allah biar Bebe dapat 8A je ... takyah gi asrama penuh!.
Ecu : Adik! 8A pun dapat gi la ...
Amar : Ye ker? Doh silap doa ... nak buat camner. Adik kena belajar hidup tanpa Bebe lah!
Itulah yg membahagiakan Ecunya bila bercakap dengan Amar ... dapat meleraikan kekusutan dan kegundahan fikiran. Sentiasa cari peluang dan ruang bawa Amar dan Muaz pulang bermalam ke kampung ... cam petang tadi. Sunyinya malam ini ....

17 October 2012

MILO?

Hari ni genap 2 minggu Milo tak pulang2 ke rumah!
Dan ia juga menguatkan lagi tekaan Mama bahawa kucing yg Mama lihat terbaring di tepi jalan 100m dari laluan utama ke taman yg kami duduki ... waktu pulang dari hantar Muaz dan Amar ke sekolah pagi Rabu 2 minggu lepas ialah Milo. Waktu otw hantar budak 2 orang tu, takder lagi kucing terbaring tepi jalan. Masa Mama balik jer baru ada ... maknanya masih baru. Memang sebijik cam Milo ... ekor pun panjang!
Mama takut nak pergi tengok lepas tu ... untuk komfimkan. Bab ni ... memang tak berani. Tengok orang sembelih ayam, lembu kambing ... lagi lah ngeri! Tghari ... tak balik. Petang, pun tak der. Malam, esoknya, hari2 seterusnya ... hinggalah genap 2 minggu hari ni, sah! Memang Milo yg kena langgar hari tu ...
Walaupun dia cuma seekor kucing ... tapi dia makhluk Allah snw juga.
Kasih sayang caranya, telatah mencuit hatinya, dekuran manjanya ...
Menghiburkan semua yg pernah hadir sepanjang hayat dia.
Syukur atas pinjaman dari NYA ... Milo tetap dihati kami
Sama seperti kucing2 comel dan manja yg pernah menyayangi kami
Yg pernah singgah dirumah dan hati kami ... kini kembali ke alam abadi.
Kami rindu kamu semua .... Milo, Sri, Chi, Nestum, Horlicks, Potam, Vanilla, Kepten, Spice, Syabu, Bella, Momoi dan Sofy!!!!
Entah hidup entah mati ... Borem, Fubu dan Twinkle ... kami rindu kamu juga.
Pastinya kalau ingat Ipoh, ingat kamu bertiga!!



16 October 2012

Bila sakit ...

Hari ni mula telan pelbagai supplements ... setelah sekian lama abainya
Konfiden orang kurus cam Mama ... kesihatan sure oknya.
Doktor pun heran bila tengok blood lipid profile Mama
Total Cholestrol dan ratio Total/HDL ok tapi sebab LDL aka bad cholestrol tinggi,
dah lepasi borderline ok! Yg buat doktor risau ialah hs-C Reactive Protein yg amat2 tinggi ... 21.5 MG/L. Sepatutnya < 4.7 !!  Maknanya Hemocsyteine level bila lebihi paras 7, semakin tinggi risiko develop cardiovascular disease. Bila lebihi 12 ... you're in serious trouble ... maknanya I AM IN A SERIOUS TROUBLE!! ... MasyaAllah.
Doktor tak beri ubat turunkan kolestrol tapi dia suruh PANTANG makanan yg kolestrol tinggi! Siap beri amaran ... Raya Korban ni beringatlah ye!
Baik doktor ... saya tengok saja. Huhu ...
p.s makan sikit, yg takder lemak buat ubat  takper doktor ye?
Gitulah kisahnya ... segalanya bermula dgn buku lali kaki kiri yg bengkak cam masa kita pregnant tu! Tapi sakit, nyeri dan menyucuk2 bila jalan/lama berdiri. Pastu kedua2 lutut, sendi ruas ibu kaki kanan dan ruas kedua jari telunjuk kanan juga bengkak dan sakit esp masa bangun pagi. Bila seminggu tak surut2 tu yg jumpa doktor buat blood test. Sah bukan gout atau arthritis. Hari ni dah kurang bengkaknya dan sakit2 sendi pun dah ok. Mama tak makan pun ubat surut bengak urat yg doktor beri ... alah wei : pedih perut, kerap berdebar2, kering dalam mulut dan bibir ... itu antaranya side effect yg dirasa setelah 2 hari ambilnya.
Mama makan grape-seed extract  ... Alhadulillah serasi.
Ni tengah usaha nak turunkan Hemocysteine level ... kena up intake geng2 vitamin B!
Kena lebihkan sayuran dan buah2an ... kurangkan lemak dan makanan ringan.
Pendek kata ... kena makan ikut piramid makanan yg sering diuar2kan tu!
Tahu ... lama dah. Tapi selalu buat tak tahu kan!??
La ni .... insaf. Susah bila sakit ... banyak benda tergendala ...
Sihat itu nikmat yg sering dilupakan ... take for granted!
Bila begini barulah sedar akan betapa benarnya peringatan ...
Ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara. Dalam kes Mama ...


sihat sebelum sakit !

12 October 2012

Lukisan tangan ...

Bila hujan disebelah petang ... cam hari ni
Muaz dan Amar resah ... tak boleh keluar
... main basikal, badminton atau kejar2 dgn anak2 kucing tu
Tak boleh main game ... dah habis waktu yg dibenarkan (spt perjanjian)
TV ... boring, asyik ulang kartun yg sama ... hehe
Semasa blogwalking, terjumpa Mama 'lukisan tangan' dlm bentuk 3D
Mama yg teruja lebihnya ... terus cuba.
Amar dan Muaz ikut tertarik sama ... join Mama berkarya
Terima kasih http://albazrah.blogspot.com.
Seronok setelah sekian lama tak mewarna ...
Rasa tenang dan bahagia  ...
Muaz kata sebab tu dia melukis setiap kali penat membaca!
Hmmm ... memang betul kata dia.
Jom lihat hasilnya ... Tangan2 3D Mama, Muaz dan Amar (^_^)


Bila basuh baju ...

Seronok jadi ibu aka tukang basuh baju
Ada saja nota merah biru ... memandang daku
Sebaik selesai basuhan terakhir ... tatkala nak jemur baju2 tu
Yg merah ... pastinya Big Boss punya!
Yg biru ... tak Muaz, Si Amarlah tu.
Bukannya depa nak cek saku ...
Sebelum letak baju kotor dalam bakul tu ...
Yg syiling tu ... toksah cerita, sentiasa ada
Kalau mesin bunyi kelentong kelentag tu ... komfim ya
Saya? Hehe ... manalah nak ada. Dah tak kerja ... fulltime homemaker!
Tapi ... saya dah warning awal2. Siapa jumpa dia yg punya ....
Itu income saya .... hahaha. Gurau jer ... mana ada (-_~')

09 October 2012

9 OKTOBER

Hari ini Muaz duduki peperiksaan PMR!
Rasanya tak perlu teka siapa yg panik sekali dlm rumah Mama ...
Gelisah, berdebar, tak lalu makan minum ... tidur pun tak lena semalam.
As always, its the MAMA ....
Dek terlalu fokus pada Muaz yg nak hadapi periksa ...
Mama terus terlupa ... sungguh, kalau tak anak Mama yg sulung, Abe ingatkannya
Sekejap tadi, bila dia call n tanya Ayahnya dah terima ke mesej ucapan
'Happy Birthday' lepas subuh tadi ....
Kesian hubby Mama, terlalu fokus kat anak, lupa terus pasal besday di Ayahnya ... (-_-')
Mama rasa dia sendiri pun lupa tu ...
9 Oktober 2012 ...
Buat hubby ... HAPPY BIRTHDAY DEAR,
Dan buat Muaz ... ALL THE VERY BEST SON!
Sebenarnya takder mood nak buat apa2 ... rasa blur dan stress bila mikirkan Muaz ...
terasa seolah2 dia sedang berjuang ... bersendirian ... jadi, N3 ni pun rasa cam entah apa2 jer .... Mama hanya mampu kirimkan doa dan harapan agar dia tenang hadapi PMRnya hingga 16 Oktober ini.

"Ya Allah, berilah ketenangan, ketelitian, ketepatan, kefasihan dan ilham kepada anakku Wan Muhammad Muaz dan rakan2nya dalam peperiksaan PMR ini. Permudahkanlah ... Aameenn ...

08 October 2012

Memasuki usia 40 ... doalah begini

Sesiapa yg dilahirkan pada tahun 1972 bermakna tahun ini mereka berusia 40 tahun. Ia usia dikira telah mencapai tahap kedewasaan. Ianya harus disyukuri dan diinsafi. Elok sangat jika diamalkan baca doa ini yg diambil dari ....

Surah Al - Ahqaaf ayat 15 yg bermaksud;
Dan Kami wasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua ibubapanya, hendaklah berbuat baik. Telah dikandung akan oleh ibunya dengan susah payah dn telah melahirkannya dengan susah payah, dan mengandungkannya dan melahirkannya setelah tiga puluh bulan, sehingga setelah dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun, berkatalah dia: 
"Tuhanku! Berilah peluang aku supaya bersyukur di atas nikmat Engkau yg telah Engkau nikmatkan ke atasku dan atas kedua ibubapaku, dan supaya aku berbuat amal soleh yg Engkau redhai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku; sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan aku adalah seorang Muslim."

Moga bilamana kita memasuki usia ini, mantaplah kedewasaan kita, makin matang sebagai seorang insan. Mula menginsafi diri, sedar akan kehadiran orang lain terutama yg kita sayangi, tidak asyik nak menangkan diri, mula mengingati alam yg kekal abadi .... dalam kata lain, sentiasa bertaubat dan beramal soleh. Moga bila kita dipangil kembali kepada NYA, kita kembali sebagai seorang Muslim ... InsyaAllah.

Moga kita juga seperti salah seorang Pembesar dari Bani Umaiyyah yg terkemuka, Al-Hajjaaj bin Abdullah bila dia berkata,
"Empat puluh tahun peringkat usia pertama, aku meninggalkan berbuat dosa kerana aku malu kepada manusia. Tetapi setelah lepas empat puluh tahun ke atas, aku telah meninggalkan berbuat dosa kerana malu kerana Allah!"

06 October 2012

Sabar ..

Anak2 Mama dari Generasi Y kini semuanya sudah bekerja ...
Abe, Kcik dan Anas  ... mereka bertiga menetap diKL.
Tapi mujurlah ada Muaz dan Amar  ... mereka dari Generasi Z!
Pada umur begini, selalu orang salah tafsir Amar, 9 tahun tu cucu Mama ... huhu
At least adanya mereka, Mama tak buta internet. Pandai FB, blog dan guna tab.
Muazlah sifunya  ... Amar pun jauh lebih pandai dari Ayahnya ... hehe
Eh! Dah keluar dari tajuk cerita pula ...
Sebenarnya nak share perihal Amar kena buli lagi kat sekolah.
Kali ini oleh budak darjah 5, usai solat Asar Fardhu 'Ain sekolahnya.
Selesai berdoa, masa dia berpaling ke arah bunyi bising dibelakangnya ...
Tiba2, sebatang buluh kecil yg agak tajam melayang ke arahnya, tak sempat elak ... kena pipi dan mata. Buluh yg dibaling tu banyak, dibaling secara random ... agaknya saja nak suka2 pada mulanya. Bila lihat Amar nangis, dan Ustaz tanya siapa yg buatnya ... lintangpukang lari ... terlepas sebab Ustaz dan Ustazah2 yg ada dok tumpu kat Amar ... takut cedera atau luka sbb kena mata!
Masa Mama ambil dia, Amar masih mengangis, teresak2 sambil tutup sebelah mata.
Soal siasat dari Mama buat lagi lebat tangisnya ...
Malam tu kami ke klinik, sebab dia kata matanya rasa pedih dan gatal2 ...
Alhamdulillah tak apa2, tidak luka maupun calar pada kornea dan sekitarnya.
Mungkin sebab buluh tu kotor ... doktor kata. Merah pada mata, sebab biasa bila kena objek atau masuk benda asing.
Mama tanya, "Adik kenal ke siapa yg lontarnya?"
Siap dia sebut nama dan kelas budak tu.
"Esok beritahulah pada Ustaz!"
"Tak payahlah Mama." ringkas dan cepat jawabnya.
"Adik takut budak tu balas balik ke kalau dia kena denda sebab perbuatan dia tu bahaya?"
"Bukan! Adik tak suka kalau budak tu kena belasah kat Cikgu Disiplin nanti. Adik nak sabar saja ..."
Ohhh! Mama yg lebih2 pula ... huhu

p.s. Mama rasa Amar terkesan dgn buku yg Mama belikan dia 2 hari sebelum kejadian. Buku drpd penulis blog http://www.contengconteng.com bertajuk 'Jimi dan Raksasa Misai di sekolah' ... pada lukisan di bawah ini mungkin!!!! 


03 October 2012

Mee putih satu ...

Pernah dengar mee putih?
Kami juga pertama kali dengarnya masa Amar buat pesanan,
Suatu hari masa makan kat sebuah restoran.
Semua hairan, budak yg ambil pesanan ... lagilah
Bila minta dia elaboratekan ...
"Mee putih, kuah putih yg selalu Mama buatkan tu ..."
Mama buat? Bila? 
Akhirnya hanya Bebenya yg faham.
Muaz yg tolong orderkan ... mee putih yg Amar nak makan.
Bihun sup rupanya ... mee putihlah tu kan!! Hehe ...


Amar's Mee Putih

Sometimes ...

Sometimes ... is not always
When hubby is away,
When milk and cereals enough for Muaz and Amar ... to start their day
Mama needs more ... but lazy to cook n all
Worry not when you're here ... in Kelantan
Where breakfasts are aplenty to choose from
When sometimes ... its better to buy than to toil n sweat over the stove
So, today Mama bought herself ... a RM3.00 breakfast.
ENJOY!! (^_^)



02 October 2012

Sampah kita .... rezeki dia

Amar perlukan kasut sekolah baru ... lagi!
Bukan kerana kasut dah berlubang kat ibu jari ...
Tapi kaki dia membesar lagi! Biakpun hari persekolahan 2012 dah nak berakhir,
"Sakitlah kaki Adik ... takleh tahan dah Mama!"
Bila Mama kata, sekolah dah nak cuti tak lama lagi ...
Muaz pun cakap, dah lama tak jalan2 shopping complex ...
Hmmm  ... agaknya tension siang malam study utk PMR yg tak lama lagi sbb dia jenis yg tak suka buang masa dan duit tak tentu hala. Mr. Cool yg sekali sekala bila bersuara, dalam maknanya!
Jadi, kami ke KB Mall  ... ramainya manusia!!
"Semua orang baru dapat gaji" jelas Ayahnya. Ooo .. patutlah. Kitapun sama juga ... hehe
Otw balik, semua orang gembira sebab masing2 dapat yg dicita.
Mama ... of coz, BUKU ... seperti biasa.
Jalan sesak, kereta bergerak perlahan ... ketika itulah kami saksikan pemandangan yg menginsafkan.
Seorang insan, agaknya 30an, sedang mencari2 dalam timbunan sampah sesuatu yg berharga ...
Sampah bagi kita, tapi rezeki halal buat dia dan keluarganya ...
Karung plastik hitam, laju diisinya dgn botol minyak, softener, glo, air mineral ... itu antaranya yg kami sempat nampak sebelum kereta bergerak meninggalkan dia yg leka mencari2 tanpa hirau mata2 yg memandangnya, bau busuk dan kotoran yg tak terkira.
Yg pasti, dia bukan meminta2 tapi berusaha ...
Itu juga antara sebabnya Mama sentiasa asingkan botol2 plastik, kertas dan kaca ... sebelum letaknya ditempat sampah. Selain benda2 tu dapat dikitar semula, dapat juga tolong senangkan kerja orang2 seperti dia. Mama belajarnya semasa menetap di Ipoh. Pekerja2 angkat sampah akan asingkan benda2 ini dari sampah yg mereka kutip ... ke dlm bekas plastik asing. Agak Mama, pendapatan sampingan buat mereka. Jadi bila Mama asingkanya, mereka ucap terima kasih jika kebetulan bertembung semasa mereka datang kutip sampah. Terasa satu kepuasan dapat tolong senangkan kerja mereka ...
Tidak susah untuk asingkan botol2 plastik, kotak2 kertas dan kaca ke dlm bekas yg berlainan. Kumpul dulu, bila dah penuh baru letaknya ditempat pembuangan sampah. Majallah dan suratkhabar lama pun begitu juga, ikat dan letaklah ditempat yg agak bersih sikit ditempat pembuangan sampah. Pasti akan ada mereka2 yg dapat manafaat darinya ... Itu sajalah sumbangan kecil dari kita kepada usaha 3R (Reduce, Reuse, Recycle) dan bantu mereka2 yg cari sesuap nasi yg halal darinya. InsyaAllah ...

01 October 2012

Email buat Jah ...

Assalamualaikum Jah,

(p.s. Kalau dulu2, tajuknya akan berbunyi "Surat buat Jah!" ...).
Tapi Jah, era itu dah berlalu walaupun kita membesar dgn berutus surat demi bertanya khabar .... awal2 mengepos kad raya, besdayp, ucapan tahniah ... takut lambat sampai.
Kini Jah ... kita main SMS jer, FB kalau ada masa ...
Sebab tu kalu nak menjawab pertanyaan Jah melalui SMS tu perlu jawapan yg agak panjang lebar ... maka kita Email jawapannya, takyahlah nak shortform2 ejaan, guna simbol2 ... kita tak berapa reti Jah. Lagipun takut sudahnya tak faham terus kerana terlalu nak singkatkannya. HUHU  ..banyak kali dah tersalah tafsir Jah. Kalau dah old-school, susah nak adaptnya.
Panjang lebar pulak mukaddimahnya, hehe ...
Mula2 nak ucap tahniah sekali lagi kerana demo (loghat Kelate utk kamu) dah pun mula bina rumah juga. Seronok cakap dgn Jah hari tu ... sejam rasa sekejap jer. Berasap henpon ... haha. Sampai Che Abe kita heran, sbb kita jarang sangat nak sembang lama2 melalui henpon ni. Rasanya banyak juga tips dan pesanan serta pengalaman yg kita beri pada Jah bersabit membina rumah sendiri ni. Peringkat awal ni, takderlah sangat peningnya Jah ... kalu nak pening pun, bab $$$$ jer ... cepat lambat duit pinjaman tu kita terima. Mujurlah Jah dah ada simpanan sendiri, kalau tunggu duit tu ... alamat tukang rumah lari, buat rumah lain dulu ... mintak jauhler!
Kita hantr email kat Jah ni sebab hari tu lupa nak beritahu Jah satu perkara yg kita rasa penting dibuat persiapan awal! Dari sekarang pun takper Jah, walaupun rumah Jah baru naik tiang ... Jangan jadi macam kita, sekali ketuk, sekali bergerak. Tunggu tukang kata beli jubin, beli cat .... baru gelabah nak pilih warna!!! Jah pilih dan tentukan dari sekarang Jah. Gi lah kedai jubin surbey2 jenis dan warna jubin yg Jah nak bagi bilik, bilik air, dapur dan terutama, ruang tamu tu haa! Cat dinding pun gitu juga ... pergilah amik katalog cat dari kedai hardware tu  ... ambil belaka, semua jenis katalog cat bagi setiap jenis jenama cat yg  ada. Pastu ... penting juga tanya kawan2 Jah yg lain, kalu boleh ziarah rumah mereka ... baru tahu apa yg baiknya. Kita beritahu Jah ni sebab kita sedang merasanya, semput tak tentu hala sebab awal2 tak tentukan tema warna ... harubirulah jadinya. Awak tu cikgu, tentu ramai kawan2 cikgu yg dah buat rumah sendiri ... lagi mudah nak buat referen.
Ok Jah! Setakat ini dulu kali ni. Ada apa2 pertanyaan, u're always welcome. Kita tak kerja, so always available K! Bukan hal rumah jer ... yg lain pun boleh juga. Hehe  ...
Wassallam