Assalamualaikum Jah,
(p.s. Kalau dulu2, tajuknya akan berbunyi "Surat buat Jah!" ...).
Tapi Jah, era itu dah berlalu walaupun kita membesar dgn berutus surat demi bertanya khabar .... awal2 mengepos kad raya, besdayp, ucapan tahniah ... takut lambat sampai.
Kini Jah ... kita main SMS jer, FB kalau ada masa ...
Sebab tu kalu nak menjawab pertanyaan Jah melalui SMS tu perlu jawapan yg agak panjang lebar ... maka kita Email jawapannya, takyahlah nak shortform2 ejaan, guna simbol2 ... kita tak berapa reti Jah. Lagipun takut sudahnya tak faham terus kerana terlalu nak singkatkannya. HUHU ..banyak kali dah tersalah tafsir Jah. Kalau dah old-school, susah nak adaptnya.
Panjang lebar pulak mukaddimahnya, hehe ...
Mula2 nak ucap tahniah sekali lagi kerana demo (loghat Kelate utk kamu) dah pun mula bina rumah juga. Seronok cakap dgn Jah hari tu ... sejam rasa sekejap jer. Berasap henpon ... haha. Sampai Che Abe kita heran, sbb kita jarang sangat nak sembang lama2 melalui henpon ni. Rasanya banyak juga tips dan pesanan serta pengalaman yg kita beri pada Jah bersabit membina rumah sendiri ni. Peringkat awal ni, takderlah sangat peningnya Jah ... kalu nak pening pun, bab $$$$ jer ... cepat lambat duit pinjaman tu kita terima. Mujurlah Jah dah ada simpanan sendiri, kalau tunggu duit tu ... alamat tukang rumah lari, buat rumah lain dulu ... mintak jauhler!
Kita hantr email kat Jah ni sebab hari tu lupa nak beritahu Jah satu perkara yg kita rasa penting dibuat persiapan awal! Dari sekarang pun takper Jah, walaupun rumah Jah baru naik tiang ... Jangan jadi macam kita, sekali ketuk, sekali bergerak. Tunggu tukang kata beli jubin, beli cat .... baru gelabah nak pilih warna!!! Jah pilih dan tentukan dari sekarang Jah. Gi lah kedai jubin surbey2 jenis dan warna jubin yg Jah nak bagi bilik, bilik air, dapur dan terutama, ruang tamu tu haa! Cat dinding pun gitu juga ... pergilah amik katalog cat dari kedai hardware tu ... ambil belaka, semua jenis katalog cat bagi setiap jenis jenama cat yg ada. Pastu ... penting juga tanya kawan2 Jah yg lain, kalu boleh ziarah rumah mereka ... baru tahu apa yg baiknya. Kita beritahu Jah ni sebab kita sedang merasanya, semput tak tentu hala sebab awal2 tak tentukan tema warna ... harubirulah jadinya. Awak tu cikgu, tentu ramai kawan2 cikgu yg dah buat rumah sendiri ... lagi mudah nak buat referen.
Ok Jah! Setakat ini dulu kali ni. Ada apa2 pertanyaan, u're always welcome. Kita tak kerja, so always available K! Bukan hal rumah jer ... yg lain pun boleh juga. Hehe ...
Wassallam
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment