Amar batuk2 lagi ... katanya dada kiri dia terasa sakit. Mama perasan kebelakangan ni dia mudah benar batuk2. Awal bulan ni dah batuk2, jumpa doktor ... katanya ada lelah sikit2. Mama risau sebab masa dia umur 5 & 6 tahun, dia tiba2 diserang lelah setelah demam, selsema dan batuk2. Melihat dia sukar bernafas, pukul 2 pg kami ke hosital. Terus doktor pakaikan inhaler. Kami agak terkejut kerana adikberadik dia yg lain tak pernah begini. Selepas itu, Mama lebihkan perhatian padanya. Jaga makan minum, persekitaran dan aktiviti dia ... Alhamdulillah, bila mula bersekolah, lelah dia tak menyerang lagi. Hinggalah pertengahan tahun ini, tanda2 lelah mula timbul kembali. Semalam, umpamanya ... doktor cakap, memang ada lelah sikit2 ... Mama agak, cuti raya baru2 ini dia dan Muaz berada dikampung beberapa hari kerana sepupu2 mereka pun balik. Riuh rendah rumah Mak ... seronok Mak melayan cucu2nya. Dan pastinya Amar tidak berpantang makan minum ... terutama minuman berais dan bergas (kebetulan cuaca panas sekarang ni ...).
Semalam dia moyok jer masa diklinik ... tak banyak cakap seperti biasa. Selepas ambil ubat2 dan ketika tunggu Ayahnya amik kereta, dalam samar2 cahaya lampu jalan, tiba2 Amar peluk Mama dan kata,
"Mama! Adik ni banyak dosa ke ?"
Terkedu Mama dengan pertanyaan sebegitu dari dia, budak berusia 9 tahun ...
"Adik rasa ya ... sebab Adikkan sakit sokmo!"
Mama kelu nak kata apa2 ... terkejut dan tak sangka begitu jauh tafsiran dia. Mama hanya upaya peluk dia erat2 dan gosok kepalanya ...
(p.s. kejap lagi nak beri jawapan kepada rumusan dia semalam ... agar dia sentiasa berbaiksangka dan redha dgn setiap ujian dan dugaan dari Allah snw padanya ... MasyaAllah)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment