Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

21 August 2011

Migraine and I ... Part 2

Totally in the dark about hubby's MIGRAINE when I married him, 
no wonder my sis-in-law (hubby's sister) said this to me on my wedding day,
"Kesian N kahwin dgn WH. Harap sabar banyak2 & jaga dia molek2!" 
(Pity you for marrying him. Please take good care of him!)

Way back in early 80's, where internet is not the norm, my only sources of information are through written medias ~ books, journals, newspapers, and magazines. The other reliable source are the `experts' (in my quest of finding more about this monster called MIGRAINE) are of course the DOCTORS themselves!!. But over time, in between trips in & out of the hospitals (when his migraines became untolerable and he became aggressive), some doctors are also in the dark about MIGRAINE and cannot give me satisfactory answers. Their diagnoses are that, its uncurable, not life threatening and can be controlled by doses of painkillers and this will go on forever until (hopefully) it cures itself!? Some also did not even know how to deal with MIGRAINE patient. Ignorant of the facts that when a person is attacked by Migraine, they need a quiet, dark place to rest. On one occasion, I switched off the light in the treatment room, the doctor switced it on again. I switched it off on, and he switched it off again. This goes on off a few more time until he scolded me for doing so. Pissed-off, I rebuked saying that as a doctor he should be sensitive enough to know that a migraine sufferer needs quite & dark place to deal with their 'aura' & pain. With that, I took hubby home & that was the last time I went to that clinic.

Over time also,  noticed that he kept taking this daily doses of pills (which he always carry along in his pocket). These pills are painkillers that can only be prescribed by doctors (1 small green-pea sizes pill = 10 panadols, & to my horror ... he took 2 pills daily!! Like taking vitamins). No wonder when his Migraine attacked, the pills cannot do anything for him. His body is immune to it already! Prolonged consumption of the prescribed pills also took tools on him ..., he got addicted to it & became phobia should he forgot to bring along his pills. Like drugs addict, he is thin, his eyes are red & had trouble sleeping (till now). Thus began my quest of weaning my hubby slowly from his pills (which I'm scared will do more harm than good in the long terms ...).

I began monitoring his diets & other factors that can triggers his Migraine (base on my readings & his helps). My  findings are;
1. Foods ~ citrus fruits, chocolates, gula melaka, cheese & mayonnaise, instant coffee, MSG, fatty meats
2. Extreme weathers ~ too cold, too hot
3. Extreme conditions ~ noises, bright lights, crowded places, sudden frights, too excited, too depressed
4. Hunger/Without foods more than 4 hours
5. Stress & lack of sleep

As much as we could, we tried to avoid running into the above ... and eliminating the pills altogether (which is the hardest). This, is of course a different story. Next ... without the pills!!!

20 August 2011

Gitu ye ... Menantu

Seorang ibu sedang menceritakan perihal dua orang anaknya, seorang lelaki (Along) & seorang perempuan (Angah) sekembali dari menziarahi mereka di ibukota.

"Kesian betul aku kat Along. Pagi2 belum pergi kerja, kena jemur kain dulu. Lepas makan, kena kemas meja dan basuh pinggan. Pastu, malam kena tidorkan anak dulu. Kadang2 tu, baju pun kena gosok sendiri. Bini orang lain pun kerja jugak ...!! Aku rasa Along tu kena 'Queen Control', bini tak suruh pun buat!! "

"Beruntung Angah dapat suami baik. Pagi2 suami dia buatkan sarapan dan siapkan anak2. Petang2, dialah pergi amik anak2 kat 'nursery', pastu beli makanan untuk makan malam. Rajin pulak tu ... tolong basuhkan kain, mandikan dan buat susu anak2 setiap malam. Baju Angah pun dia tolong gosokkan ...!! Mana nak cari laki baik macam ni??"

p.s. Harap2 saya bukan ibu mertua yg begini ... (^_^)!!

19 August 2011

Milo 110708 ... Kembali

Buat pertama kali, Milo tak pulang2 melebihi 48 jam setelah keluar dari rumah malam Selasa lalu. Kronologi Kehilangan MILO ...

Selasa ~ 10.00 malam.
Seperti biasa, Milo akan keluar ... aktiviti malam yg biasa bg kucing!
Dan seperti biasa, dia akan pulang keesokkan pagi, dalam pukul 10.00. 
Milo akan makan. Bermanja & main kejap. Pastu ... TIDUR!!

Rabu ... cuti Nuzul Qur'an. 
Kami ambil kesempatan untuk 'shopping' raya ...
Tunggu Milo balik, tapi tak muncul2 ...
Jadi tinggalkan 'breakfast' dia kat 'porch' ...
Lepas zohor kami balik ... & makanannya tidak terusik!
Sah ... Milo tak balik.
Tunggu petang ... tak balik!
Mula risau ... Amar & Muaz dah tawaf keliling rumah 
dan kawasan sekitar entah berapa kali,
sambil memanggil2 nama Milo ...
Malam ... masih tak balik!
"Mama, Adik risau. Harap esok Milo balik!"

Khamis 
Sepanjang hari ~ pagi ~ tghari ~ petang ~ malam ~ sahur ....
MILO tak muncul2 ... zon mencari telah diluaskan hingga ke kawasan kejiranan
Cari ... tanya orang ... tapi ... hampa!!!
Kami mula membuat andaian ....
1. Milo diambil orang
2. Milo sesat
3. Milo ... huhu, dah tiada!!! ~ sedih bila bayangkan ini (-_-')

Jumaat ... 
Seperti  2 hari lepas, lepas sahur, Mama panggil2 nama Milo
Buka pintu ... tapi hampa.
7.30 pagi,
Amar keluar ke laman ...
"MAMA!!! MILO! MILO dah balik! MILO dah balik !!!!"
Alhamdulillah ... 
MILO pulang ... terhenjut2, comot dan lapar yang amat!
Lepas makan ... kami biarkan Milo rehat sepuas2nya.


MILO ... jangan hilang lagi!!!

ADIK sayang MILO!!

16 August 2011

SAMBAL BILIS TEMPOYAK

Sambal bilis tempoyak .... kegemaran saya!!!
Kecur air liur teringatkannya ...
Resepi ni buah tangan dari teman se rumah semasa menyewa di Kuantan!!
Mak Buyong (masa ni 'pregnant' trimester akhir anak ketiga) duduk dgn budak2 bujang lagi ...
(masa awal 'pregnancy' duduk dgn budak2 bujang di Kg Baru, KL >>> lihat catatan blog di label Resepi: Jemput2 Susu)
p.s. Hubby masa ni masih dlm proses minta tukar dari KT ke Kuantan ...
Seronok jadi Mak Buyong ... di KL & di Kuantan mendapat 'special treatment' & simpati! (^_^)
Ke dapur tak payah ... baju yg direndam pun depa tolong basuhkan (manual sbb xder mesin basuh!)
Kadang2, baju & tudung nak gi kerja pun depa tolong gosokkan ...
Terima kasih banyak2 teman ... di mana jua anda berada!
Dan Sambal Bilis Tempoyak yg enak ini sentiasa 'available',
buat lauk dengan nasi ... & sebagai kudapan masa menonton tv ramai2!!
(Rindunya saat2 itu ...)
Jadi, nak 'share' resepi ni sebab .... SEDAP, MUDAH, CRUNCHY & MENGASYIKKAN!! :D


SAMBAL BILIS TEMPOYAK

Ikan bilis - goreng garing & ketepikan

Tumbuk halus:
Bawang merah (anggaran 2 - 4 labu)
Cili api & cili hijau/merah - ikut suka pedas! 

Tempoyak secukupnya (dlm 2 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa

1. Tumis bawang & cili tumbuk hingga garing.
2. Masukkan tempoyak, kacau & goreng hingga wangi (api kecil)
3. Masukkan ikan bilis, kacau sebati anggaran seminit.
4. Angkat dan hidang panas2 dengan nasi!!

(p.s. tiada sukatan khusus, main agak2 sbb resepi dari orang tua2. Suaikan ikut selera masing2 o.k!)

Rasanya sesuai sangat buat lauk masa berbuka, lebih2 lagi masa bersahur.
Resepi ni lebih kurang sama dgn resepi Sambal Padang yg saya gemar semasa melancong ke Jakarta (yg minus tempoyak, tapi + terung pipit/petai)
Jadi, kadang2 saya masukkan terung pipit/petai utk kelainan ... cubalah!!

IT DOESN'T HURT TO SHARE

15 August 2011

Ehhh ... kenapa tinggal sebotol je?

Minggu lepas berkobar2 buat biskut raya
Konon2 buat awal ... 
Buat sebelah pagi masa anak2 pergi sekolah ...
Buat 2 jenis dulu ... cornflakes madu & biskut nestum ...
Ingat minggu ni buat 2 jenis lagi ...
Biskut semperit & marmar carrie ...
"Mama, bestlah biskut ni ... boleh Adik try?"
"Mama, Muaz pon nak jugak ..."
"Mama ... ada lagi??  Dah habis ... buat lagi deh!"
(-__-') 
Yg selamat hanya sebekas dari 4 bekas biskut!
(tu pun nasib baik sorok!!!)
Mau tak habisnya ... 
masa berbuka .... ngap!
lepas terawikh ... ngap ngap!!
sambil buat kerja sekolah ... ngap ngap ngap!!!
sahur ... sama je!! 
(p.s. tak bagi, kesian) 
Udahnya ... kena buat semula!! Kali ni ... no try try!!! 
(p.s. semperit tu feveret hubby ... adoi!! yg ni tak makan saman !) 
Buat aje lah ... yg penting buat!!
( &  SOROK!!! )
(^_^)


11 August 2011

I'M SURROUNDED ...

What do you know ...
I'm surrounded by 'BONGSU's ...
Yes, five 'BONGSU's!! Wow ...
And my 5 'BONGSU's are :~

Mum most happy when surrounded by flowers
1st ~ my MOM aka Che' Roni and fondly known as Kak Ani or Che Ani. 
She a Penangites & my dad a Kelantanese! 
How'd on earth they met? (early 60's)
p.s. it was love on 1st sight on the train ... (that's all I can reveal)
& the letters ~ with 'pantuns' & all ... (opps!! too much already ... sorry mom)

Mok with Amar (her youngest 'cucu')
2nd ~ my MUM-IN-LAW!
Her name, Mek Som. That'll be Mok Su to all.
She was born Sept 11 (yup ... the 9/11) but in 1919!! 
She's 92 now ... but apart from hearing difficulties & sometimes 'lupa', 
she's one strong & spirited lady!
Infact I dare say that she healthier than her 'anak2' ... (^_^)

3rd ~ my love, my HUBBY ...Pok Su!
You bet ... he is `manja'
Tho' I'm the eldest ... he the youngest, we click well!!
Perfect combination eh! ... fire & earth!
He believes in being a friend to his children ... he is!!

Amar & Hubby
4th ~ my dearest AMAR.
My youngest son ... who keep me happy & young
Who never fails to shows gratitude in every little things that we did for him,
The `Thank You' boy ...

Finally,
5th ~ My SISTER, Noor Husna @ N.Dah.
Who choosed to be born precisely when my SPM ended ... 
SPM hols = job as 'Nanny" ... good timing sis!
She's ECU, to her nephews & nieces, their doting & favourite Auntie ...
 (to buy toys, birthdays' presents, 'belanja makan', go to movies, the person to 'curah perasaan' etc !)
Their always available, on-the-go and up-to-date ECU ... 
A die-hard TRW fan!!

Always on the move .. ha ha
YUP!! Surrounded by 'BONGSU's but loving every minutes of it .... 
Wouldn't ask for more ...
Alhamdulillah!!


06 August 2011

Ada ke tak????

Sejak Julai lg minyak masak dah mula menghilangkan diri ...
Dah mula pandai main `ciku cak!!' ...
Dan ...
Awal Ogos ... terus meyepi diri!!
Geramnya ...
Tiap2 tahun camni lah bila masuk bulan Ramadhan,
Bila nak Raya ...
Tapi ... suratkhabar cakap "BEKALAN CUKUP"!!!
Apa ni???
Ada ke tak minyak masak?
Kat rak di kedai & pasaraya ... `ellekk, meiyou, finish!!'
Minyak jagung ada lah!!
Dah lah mahal ... bahaya buat gorengan, mudah hangus!!
Tak macam minyak kelapa sawit kita ... (-_-')
Semalam `try' aksi ganas sikit ...
Siap `warning2' & gertak pekedai yg satu ni ...
Tup tup!! Perlahan2 dia hulur sebotol minyak masak ...
Amik kau ... yg 5 kg lagi!!! (terkejut + nak tergelak pun ada)
p.s. masa tu saya sorang je pembeli kat kedai tu ... maklumlah masih awal pagi!
Tadi kata tak der!! Oooo ... SOROK ye??
"Maaf Kak, kami terpaksa pilih pembeli ... stok terhad Kak!"

04 August 2011

I LOVE YOU MALAYSIA ...

Berlaku pada bulan Ramadhan
Bertempat di Pasar Chow Kit
Tahun ... 1983

Hari Jumaat, `break' tengahari agak panjang.
Aku & Pi (Rafeah) putuskan untuk ke Pasar Chow Kit,
Mencari serba sedikit lauk pauk buat juadah berbuka puasa nanti.
Pasar yg sesak dgn pengunjung, cuaca terik &  bermacam2 bau ...
Formula yg `potent' bagi ibu muda spt ku yg dlm trimester pertama mengandung, dan sedang berpuasa!!
Ketika dibahagian ikan ... aku (secara `slowmo') tiba-tiba rebah!

Seterusnya cerita dari mulut Pi :
Mujurlah sepasang suami isteri Melayu sempat memegang aku ..
Kalau tidak ... tergolek dalam lopak2 air ikan le ... yeww!!
Seorang jejaka Melayu penjual ikan yg sasa dgn pantas mengangkat aku ...
Ketika itu suasana mula kecoh & segala perhatian mula tertumpu kpd aku!
Aku di letakkan disisi tangga dikoridor bangunan berdekatan.
Seorang Ah Soo (gelaran utk wanita Cina) bising minta minyak angin sambil tangannya memicit2 kepalaku ..
Seorang lelaki tua China pula mengipas2 aku dgn kipas tangannya yg antik!
Dibantu seorang Makcik Melayu ... kipas dgn suratkhabar!
Seorang wanita India menghulurkan minyak angin pada Ah Soo dan mereka berdua tak henti2 memicit aku ...
Mamak warong berdekatan menghulurkan sebungkus air suam ...
"Kasi minum bila dia sedar nanti aa... "
Pakcik penjual sayur & isteri minta mereka yg berkerumun beri ruang sikit ...
Sementara Pi ... pahanya jadi bantal aku (t.kasih Pi ...)
Bau minyak angin dan keriangan suara2 "Sudah sedar ... sudah sedar!!" menyambutku bila aku buka mata (Pi kata adalah 15 minit aku pengsan...)
Senyum gembira & lega menghiasi wajah2 asing pelbagai kaum & usia
Aku sungguh terharu apabila seorang Pakcik Melayu berkata,
"Alhamdulillah ... kita semua lega anak dah sedar. Ini `1st time' orang pengsan kat sini ... risau kami tadi!" disambut anggukkan mereka semua ...
Pi beritahu, dia pun terharu lihat kesungguhan & keikhlasan mereka memberi pertolongan tanpa diminta
Aku hanya mampu ucapkan terima kasih  kepada mereka semua ...
Aku pulang ke pejabat dgn baju mengandung yg kotor & berbau hanyir,
Dengan sebotol minyak angin & sebungkus air suam ...
Dengan tangan kosong tapi ....
Hatiku penuh dengan kasih sayang `tanpa warna dari mereka yg tak ku kenali ...

Kita, rakyat Malaysia, sebenarnya sudah lama MERDEKA .... 
dan percayalah,  perpaduan & keharmonian yg kita ada sekarang 
tidak mungkin dapat tertegak 
jika jiwa/hati kita rakyat Malaysia masih terjajah .. !!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

p.s. Tudung yg ku pakai, tetap `intact' walaupun sebahagian mereka bukan Islam, tapi mereka faham keperluan menutup aurat. Alhamdulillah ...

03 August 2011

Bila Puasa ...

Pagi2 fikir menu berbuka ...
Tengahari buat persiapan memasak pula ...
Petang, sibuk menghidang juadah berbuka ...
Azan Magrib bergema ...
Ahh .. Alhamdulillah !!!
Gembira lihat anak2 makan dgn penuh selera ...
Kenyang dik?
Kita `exercise' pula ...
Jom ... tarawikh semua!!!
Hmm ...
Apa menu bersahur ye??????

Melentur buluh biarlah dari rebungnya!