Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 August 2011

I LOVE YOU MALAYSIA ...

Berlaku pada bulan Ramadhan
Bertempat di Pasar Chow Kit
Tahun ... 1983

Hari Jumaat, `break' tengahari agak panjang.
Aku & Pi (Rafeah) putuskan untuk ke Pasar Chow Kit,
Mencari serba sedikit lauk pauk buat juadah berbuka puasa nanti.
Pasar yg sesak dgn pengunjung, cuaca terik &  bermacam2 bau ...
Formula yg `potent' bagi ibu muda spt ku yg dlm trimester pertama mengandung, dan sedang berpuasa!!
Ketika dibahagian ikan ... aku (secara `slowmo') tiba-tiba rebah!

Seterusnya cerita dari mulut Pi :
Mujurlah sepasang suami isteri Melayu sempat memegang aku ..
Kalau tidak ... tergolek dalam lopak2 air ikan le ... yeww!!
Seorang jejaka Melayu penjual ikan yg sasa dgn pantas mengangkat aku ...
Ketika itu suasana mula kecoh & segala perhatian mula tertumpu kpd aku!
Aku di letakkan disisi tangga dikoridor bangunan berdekatan.
Seorang Ah Soo (gelaran utk wanita Cina) bising minta minyak angin sambil tangannya memicit2 kepalaku ..
Seorang lelaki tua China pula mengipas2 aku dgn kipas tangannya yg antik!
Dibantu seorang Makcik Melayu ... kipas dgn suratkhabar!
Seorang wanita India menghulurkan minyak angin pada Ah Soo dan mereka berdua tak henti2 memicit aku ...
Mamak warong berdekatan menghulurkan sebungkus air suam ...
"Kasi minum bila dia sedar nanti aa... "
Pakcik penjual sayur & isteri minta mereka yg berkerumun beri ruang sikit ...
Sementara Pi ... pahanya jadi bantal aku (t.kasih Pi ...)
Bau minyak angin dan keriangan suara2 "Sudah sedar ... sudah sedar!!" menyambutku bila aku buka mata (Pi kata adalah 15 minit aku pengsan...)
Senyum gembira & lega menghiasi wajah2 asing pelbagai kaum & usia
Aku sungguh terharu apabila seorang Pakcik Melayu berkata,
"Alhamdulillah ... kita semua lega anak dah sedar. Ini `1st time' orang pengsan kat sini ... risau kami tadi!" disambut anggukkan mereka semua ...
Pi beritahu, dia pun terharu lihat kesungguhan & keikhlasan mereka memberi pertolongan tanpa diminta
Aku hanya mampu ucapkan terima kasih  kepada mereka semua ...
Aku pulang ke pejabat dgn baju mengandung yg kotor & berbau hanyir,
Dengan sebotol minyak angin & sebungkus air suam ...
Dengan tangan kosong tapi ....
Hatiku penuh dengan kasih sayang `tanpa warna dari mereka yg tak ku kenali ...

Kita, rakyat Malaysia, sebenarnya sudah lama MERDEKA .... 
dan percayalah,  perpaduan & keharmonian yg kita ada sekarang 
tidak mungkin dapat tertegak 
jika jiwa/hati kita rakyat Malaysia masih terjajah .. !!
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 

p.s. Tudung yg ku pakai, tetap `intact' walaupun sebahagian mereka bukan Islam, tapi mereka faham keperluan menutup aurat. Alhamdulillah ...

4 comments:

Granny Hani said...

nice sharing. Alhamdullilah, syukur bertapak di bumi malaysia.

muhaini said...

Syukur sgt2 .. TQ for dropping in!

Unknown said...

*LIKE - thumbs up...tp dlm m'sia skang mgkn susah atau tak dpt layanan special mcm tu lagi kot

muhaini said...

Rasanya kalau bab beri pertolongan kpd yg dlm kesusahan, kita org M'sia mmg tak lokek & tak mengira kaum. ^_^