Kecur air liur teringatkannya ...
Resepi ni buah tangan dari teman se rumah semasa menyewa di Kuantan!!
Mak Buyong (masa ni 'pregnant' trimester akhir anak ketiga) duduk dgn budak2 bujang lagi ...
(masa awal 'pregnancy' duduk dgn budak2 bujang di Kg Baru, KL >>> lihat catatan blog di label Resepi: Jemput2 Susu)
p.s. Hubby masa ni masih dlm proses minta tukar dari KT ke Kuantan ...
Seronok jadi Mak Buyong ... di KL & di Kuantan mendapat 'special treatment' & simpati! (^_^)
Ke dapur tak payah ... baju yg direndam pun depa tolong basuhkan (manual sbb xder mesin basuh!)
Kadang2, baju & tudung nak gi kerja pun depa tolong gosokkan ...
Terima kasih banyak2 teman ... di mana jua anda berada!
Dan Sambal Bilis Tempoyak yg enak ini sentiasa 'available',
buat lauk dengan nasi ... & sebagai kudapan masa menonton tv ramai2!!
(Rindunya saat2 itu ...)
Jadi, nak 'share' resepi ni sebab .... SEDAP, MUDAH, CRUNCHY & MENGASYIKKAN!! :D
SAMBAL BILIS TEMPOYAK
Ikan bilis - goreng garing & ketepikan
Tumbuk halus:
Bawang merah (anggaran 2 - 4 labu)
Cili api & cili hijau/merah - ikut suka pedas!
Tempoyak secukupnya (dlm 2 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa
1. Tumis bawang & cili tumbuk hingga garing.
2. Masukkan tempoyak, kacau & goreng hingga wangi (api kecil)
3. Masukkan ikan bilis, kacau sebati anggaran seminit.
4. Angkat dan hidang panas2 dengan nasi!!
(p.s. tiada sukatan khusus, main agak2 sbb resepi dari orang tua2. Suaikan ikut selera masing2 o.k!)
Rasanya sesuai sangat buat lauk masa berbuka, lebih2 lagi masa bersahur.
Resepi ni lebih kurang sama dgn resepi Sambal Padang yg saya gemar semasa melancong ke Jakarta (yg minus tempoyak, tapi + terung pipit/petai)
Jadi, kadang2 saya masukkan terung pipit/petai utk kelainan ... cubalah!!
IT DOESN'T HURT TO SHARE
No comments:
Post a Comment