Selasa ~ 10.00 malam.
Seperti biasa, Milo akan keluar ... aktiviti malam yg biasa bg kucing!
Dan seperti biasa, dia akan pulang keesokkan pagi, dalam pukul 10.00.
Milo akan makan. Bermanja & main kejap. Pastu ... TIDUR!!
Rabu ... cuti Nuzul Qur'an.
Kami ambil kesempatan untuk 'shopping' raya ...
Tunggu Milo balik, tapi tak muncul2 ...
Jadi tinggalkan 'breakfast' dia kat 'porch' ...
Lepas zohor kami balik ... & makanannya tidak terusik!
Sah ... Milo tak balik.
Tunggu petang ... tak balik!
Mula risau ... Amar & Muaz dah tawaf keliling rumah
dan kawasan sekitar entah berapa kali,
sambil memanggil2 nama Milo ...
Malam ... masih tak balik!
"Mama, Adik risau. Harap esok Milo balik!"
Khamis
Sepanjang hari ~ pagi ~ tghari ~ petang ~ malam ~ sahur ....
MILO tak muncul2 ... zon mencari telah diluaskan hingga ke kawasan kejiranan
Cari ... tanya orang ... tapi ... hampa!!!
Kami mula membuat andaian ....
1. Milo diambil orang
2. Milo sesat
3. Milo ... huhu, dah tiada!!! ~ sedih bila bayangkan ini (-_-')
Jumaat ...
Seperti 2 hari lepas, lepas sahur, Mama panggil2 nama Milo
Buka pintu ... tapi hampa.
7.30 pagi,
Amar keluar ke laman ...
"MAMA!!! MILO! MILO dah balik! MILO dah balik !!!!"
Alhamdulillah ...
MILO pulang ... terhenjut2, comot dan lapar yang amat!
Lepas makan ... kami biarkan Milo rehat sepuas2nya.
MILO ... jangan hilang lagi!!!
ADIK sayang MILO!! |
No comments:
Post a Comment