Pages

Labels

Ceritalah (245) Me (144) diari ibu (137) kucing (69) Amar (62) Pesanan (62) Resipi (62) Rumah Biasa2 (36) Kebun Biasa2 (33) Yg Tersirat/Tersurat (30) cerita lama (21) Jalan-jalan (17) Jodoh (17) 3R (14) Lawak sikit (9) Puasa (8) PETUA (5) Rumah WM (5) Cucu (4) Lukislah anakku (4) Haji (3) Migraine and I (3) Kawan (2) ipoh (2) Nature (1)

28 July 2011

JEMPUT2 SUSU

Cerita asal usulnya:
Masa mengandungkan anak ke 3,
saya tinggal dgn budak2 bujang ... di Kg Baru.
(Sebab suami kena `transfer' ke K.Terengganu & anak2 .... kami hantar ke kampung, nenek mereka jaga!)
`Housemates' saya suka masak & salah satu kegemaran kami petang2,
sambil menonton `OSHIN' & kemudiannya `MAN IN THE NET' ....
ialah Jemput2 Susu ~ kiut, putih & manis macam tuannya
(dah x ingat nama & kerja kat mana masa tu ... huhu!)
Sebab terlalu sukakannya, saya minta resepi darinya.
Kini, ianya juga kegemaran anak2 ~ dari yg sulong hingga si bongsu.
Jemput2 ini jugalah pernah ...
menjadi makanan malam anak2 yg masih kecil,
ketika kami betul2 `muflis' ...
& terlalu malu utk pinjam duit dari sedara mara maupun rakan2 ...
(masa tu masih muda & ego pun tinggi, lg pun dua2 kerja pegawai ... malu!!)
Suatu ketika yg betul2 menyedarkan kami erti SUSAH,
erti LAPAR mereka2 yg tidak bernasib baik,
erti PENGORBANAN ... erti ZUHUD!!!
Kerana itulah saya ingin berkongsi resepi yg mudah,
tetapi sedap, mengenyangkan
dan amat bermakna buat kami!!
Terima kasih juga buat teman saya itu  ...
Dan resepinya:

JEMPUT2 SUSU

100 gm tepung gandum (ayak)
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung
secubit garam
air secukupnya

Gaul semua bahan hingga sebati.
Tudung & rehatkan 15 - 20 minit.
Panaskan minyak di atas api kecil.
Guna sudu teh (agar jemput2 kiut-miut) utk
masukkan adunan ke dalam minyak
(jgn banyak/padat sangat, nanti kurang garing)
Balikkan & bila timbul, balikkan sekali lagi
Biar sebentar & angkat.

(p.s.: jemput2 sepatutnya warna putih susu & bukan `golden', jd jgn goreng lama2!!
guna api kecil sebab susu mudah hangus!!)

Jgn lupa baca Basmallah masa mula2 nak buat - tip utk sedapkan makanan & dapat keberkatan!

27 July 2011

Epilog >> Buli ... buli balik?

Dalam posting yg lalu saya cerita pasal Amar kena buli, kat sekolah.
Macamana tu dia `pujuk' pembuli tu dengan lukisan ...
Haa ... ni nak cerita berita terkini pasal Amar, pembuli dia, A dan `assistantnya' B.
Sekarang 3 orang tu kamcing betul ....
Mengapa & bagaimana?
Amar beritahu mereka, kalau kita nakal, tak leh masuk syurga ...
Pastu Allah & Nabi Muhammad s.a.w. pun sedih!!
Ibu bapa kita pun dosa jugak bila kita nakal!
Kalau masuk syurga, nak apa2 pun Allah beri ...
Amar cakap dia nak minta `Optimus Prime' yg `real', LEGO banyak2 ..
nak buat `Kota Idaman' dia sendiri dan nak `power' macam Boboboy!!
A tanya, kalau dia jadi baik ... Allah beri ke dia masuk syurga?
Dengan yakin, Amar jawab BOLEH!!
Tapi ... kena janji tak nakal lagi & jadi anak yg soleh ...
A kata, banyak dia nak minta dengan Allah kat syurga nanti! B pun!!
Selebihnya ... bak kata omputeh `is history'!
Ahhh ...
~ `Innocent' nya mereka
~ `Simple' nye kehendak anak2 di usia begini
~  Senangnya nak `bribe' mereka jadi baik!
Hari2, ada je cerita pasal dia & dua orang `buddy' dia tu.
Alhamdulillah kes buli dah selesai ...
Sekarang tiap2 hari, "Adik tak sabar nak gi sekolah!"
Oh ya ...
Rupa2nya A anak Guru Besar, dan
B anak Guru Matematik kelas dia!!

"Sesiapa yg memulai membuat contoh baik di dalam Islam, maka ia mendapt pahala berserta pahala orang yg mengamalkannya tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun. Sesiapa yg memulai membuat contoh buruk di dalam Islam, maka dia mendapat dosa ditambah dosa orang yg mengamalkan sesudahnya tanpa dikurangi sedikit pun dosanya."
(Hadis riwayat Muslim dari Abi Amrin dan Jarir bin Abdullah)

Member2 kat sekolah lama (Djh 1)

26 July 2011

There goes my $$$$ ...

The only regrets that I had,
since deciding to quit my 9 to 5 job 15 years ago is ...
$$$$$$!!!
The 1st few months after being a full-time housewife ...
I missed $$$$$$ the most!! my friends ~ 2nd (sorry girls!)
Since then, I get `pocket money' from my beloved hubby ...
(TQVM dear!!)
If you have yearly increment, so do I
(so sweet of him ... p.s. after much reasoning i.e. hehe!!)
BUT this month ... 
~ with the must have monthly ASTRO & BROADBAND!!!
(Me 50% & hubby 50% ~ have to coz I'm the main user .. huhu!!)
~ the 2 xtra baju kurung for Hari Raya Aidilfitri (p.s. hubby x tahu ni!!)
~ new pair of shoe (not in hubby's raya list for 2011)
~ must buy new handbag (also not in the list~)
("Bang ... old one wear & tear oledey !!"
"Yang ...dua2 masih OK lagi tu"  )
There goes my $$$$ ... 
(~_~")

25 July 2011

Games ...

I started playing Games on FB recently ... because
~ someone need a gift to upgrade something ... and because
~ out of curiosity too!!
Wow! it is F.U.N ..... & addictive!!!!
No wonder people can spent hours at it ..
that's one of the dark side of it,
& there's even reported cases of death involved!
Like, of one mum who got too engrossed in games
& left her children inside car (with aircond on tho) while she games her heart & money out ...
only to find out later that her priceless son/daughter had suffocated inside the car!!
There's also cases involving starvation & divorce (just to mention a few).
At the beginning, I was very excited & want more ...
more points, more money, more gifts, more levels!!
Then ... over time, it hit me that, its just a game!
It's mean just for fun & sharing out with FB friends!!
However, the game I play did teaches me to be ...
generous through sharing, giving & taking care of something!
It also teach me to plan, be patient, & be wise in spending!
It teach me to be creative & thinking!
That's what I gather from the time that I had spent playing the FB games.
Then ... it got me thinking!!
I can apply this in my everyday life too ..
Why not? Are we not like that in our life journey?
In fact, I now have only few more levels to go before my game ends!
Wow! .. this means that I must strive to up my game, increase my takings,
try to earn as much bonuses as possible (esp this coming Ramadhan)...
So that when my game is up  ... its Mission Accomplished!!
Meaning ...
I'll not regrets of the paths & choices I've made
I'll be proud of my achievements & deeds!
I'll not be ashamed to met Allah The Almighty!

Sorry guys, shops closed this coming Ramadhan!!

24 July 2011

Sebelum & Selepas

Hari ini - Ahad, Jam 7.10 pagi :
Muaz ke sekolah dengan penuh YAKIN!!!
Semalam - Sabtu, jam 9.00 malam :
"Mama, dah 2X Ahad Muaz lepas `inspection' rambut Cikgu Disiplin tau. Rasa2 esok tak lepas ni!!"
"Jumaat & siang tadi mengapa tak cakap! Dah malam ni. Muaz kan tahu, Mama ni dah lah rabun ayam, rabun org tua lg .."
"Please Mama ...! Esok mesti kena punya. Kalau cikgu gunting, mcm kena gigit kat tikuslah!!"
"Biarlah ... pengajaran buat Muaz!"
"Mama kan tahu kalau cikgu gunting, lagi susah Mama nak `repair'. Hehe ... nah spek Mama!"
Terpaksalah mengalah. Dan memang ada kebenarannya kata Muaz tu.
Memang susah nak `repair' rambut yang kena `trim' kat cikgu .. berlubang sana sini, pastu tak sama rata!!
"Adik pun nak potong rambut jugak!" (-_-')



Sebelum & Selepas

p.s.: Tukang Gunting keluarga ni kerjaya tetap saya sejak mula kahwin. Rambut suami & anak2 sayalah yg gunting. Agak2 dari dulu sampai sekarang berapa $$$$$ saya dapat kalau ambil bayaran dari `Big Boss'. Berbaloi2 rasanya ... walaupun selepas tolak kos beli mesin gunting rambut yg ke 4!! (^_^)

23 July 2011

MUDA SOKMO ... !!

Anak-anak memang sentiasa perhatikan kita.
Walaupun nampak macam mereka tak kisah ... buat hal masing2
Tapi mereka sentiasa perhatikan & peka dengan apa yg kita kata & buat!!
Soalah cepumas dari Muaz:
"Ayoh! Kenapa Ayoh & Mama kena pakai spek bila nak baca suratkhabar?"
"Sebab Mama & Ayoh dah tua. Semua orang bila dah lebih umur 40 tahun kalau nak tengok dekat,
kena pakai spek khas untuk membaca, baru terang & jelas!"
"Mengapa Allah buat begitu?"
"Muaz, setiap sesuatu yg Allah buat, mesti ada hikmahnya.
Tanda Allah sayangkan hamba Nya.
Jadi, bila Ayoh pandang diri kat cermin, mesti nampak diri Ayoh muda!"
"Haha ... luculah Ayoh ni!" 
"Dan kalau Mama pandang Ayoh, dan Ayoh pandang Mama dari dekat,
memang tak nampak kedut2, sebab tak pakai spek!
Jadi nampak muda sokmo lah .. hehe!!" 
"Bijak sungguh Allah kan Ayoh!"
"Dan jangan lupa juga Che Abang oii yg Allah nak ingatkan bahawa kita ni dah semakin tua ... !!"
"Ye lah Cik Mama oii ...!!"
(^_^)


21 July 2011

PENKEK YUM YUM

Hari PENKEK biasanya hari RABU, hari KOKO Muaz &hari PJ Amar.
Tapi semalam depa (cakap Penang sikit hari ni!!) minta `scrambled eggs' untuk sarapan pagi.
Tup! Tup! Hari ini .. Khamis, depa minta PENKEK pulak!!
Chek memang dah biasa buat penkek ... tapi tak jadi lembut & gebu mcm yg McD tu!! (~_~')
Jadi, hari ni chek cuba masukkan minyak jagung ke dalam resepi ...
Omputeh kata ~ `trial & error'
Hasilnya???
Muaz beri `thumbs-up' utk PENKEK hari ni!! (^_^) ... Alhamdulillah!!
Maknanya .... lulus piawaian MUAZ (yg amat cerewet pasal makan & susah nak beri pujian)
Jadi hari ni nak `share' resepi PENKEK YUM YUM
(saja bagi nama biar glamer sikit ... hehe!):



Bahan-bahannya:
100 gm tepung naik sendiri (ayak)
150 ml susu sejat (susu segar/`full-cream' pun boleh jugak)
1 biji telur
1 sudu makan minyak jagung atau mentega cair
1 sudu makan gula kaster

Caranya:
1. Letak tepung dan gula ke dalam mangkuk. 
2. Buat lubang ditengah2 dan masukkan telur & susu.
3. Kacau sebati dan masukkan minyak jagung.
4. Gaul sebati & rehatkan lebih kurang 10 minit.
5. Panaskan kuali leper (`non-stick' lebih bagus) & lengserkan sedikit mentega/marjerin.
6. Tuang sesenduk adunan, tunggu hingga timbul lubang2 udara (lubang udara pecah).
7. Balikkan, biar sebentar & angkat.
8. Hidang panas2 dgn madu/susu pekat/sos coklat/sos strawberry. Pendek kata ikut suka hangpa la no .... !!

p.s. lupa nak habaq, guna api kecil je tau!! Nanti hangit pulak PENKEK tu ..!



17 July 2011

Amar - sembang dgn Nenek

Jumaat lepas, Nenek Amar datang dan bermalam di rumah kami. Berikut adalah perbualan antara Amar (8 tahun) dan Neneknya (70 tahun):

"Besar nanti Amar nak dok (tinggal) di mana?"
"Nanti besar Adik nak duduk dengan Mama & Ayoh!"
"Bakpo (kenapa)?"
"Adik nak jaga Mama & Ayoh!"
"Nanti isteri adik macamana?"
"Adik gi kerja, isteri Adik jaga Mama & Ayoh lah!"
"Isteri Adik tak gi kerja ko?"
"Isteri Adik tak leh kerja ... biar Adik je kerja. Pastu Adik belilah hadiah kat isteri Adik!"
"Mama?"
"Ha aaa .. mesti Mama terasa hati kalau beli kat isteri Adik sorang je. OK! Kat Mama pun Adik beli juga!"
"Mok pun nak juga ..."
"Mok ada lagi ko masa tu??"

Cerita Lucu 4 - Petai

Sedang A dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Ipoh melalui jalan Simpang Pulai - CH - Gua Musang (yg belum di wartakan lagi ...), A terserempak dengan seorang pakcik dengan basikalnya berhenti ditepi jalan. Di depan dan belakang basikal pakcik tu penuh dengan petai! A teringat pesanan dari isterinya,

"Abang! Kalau jumpa Orang Asli jual petai, Abang belilah. Diaorang jual murah tau .. Nanti boleh buat masak ikan bilis & petai tumis, buat petai jeruk, dan boleh beri pada Mak, Ecah dan jiran2 kita jugak."

Lalu, dia terus memberhentikan kereta. Kepada pakcik tu dia bertanya,

"Pakcik nak jual ke petai ni?"
"Niat tu memang nak jual. Ginilah, kalau yg depan tu kira RM5.00, tapi yg belakang tu RM12.00!" 

A hairan kerana padanya saiz dan kuantiti yg depan dengan yg belakang tu lebihkurang sama je. Bila A tanya pakcik tu, dia kata memang sama tapi mendesak A agar membeli yg depan dan bukan yg belakang. Peel manusia, bila dlm situasi begini mulalah curiga mengapa beza sangat harga walhal disegi saiz & kuantitinya, sama je. Berkerut kening A fikir nak beli yg depan ke yg belakang dan pakcik tu pula tetap desak A beli yg depan. A cuba minta pakcik tu kurangkan harga yg belakang, pakcik tu tetap berdegil dan masih mendesak A beli aja yg depan. Malas nak bertekak lama2 dan memikirkan RM5.00 tetap harga yg berbaloi untuk petai sebanyak itu, akhirnya A akur dan beli yg depan. Setelah selesai urusan jualbeli, sambil tersengih pakcik  tu berkata,
"Terima kasih banyak2 la awak beli petai yg depan tu. Lepas ni lutut saya tak sakit & lenguh lagi lah. Dari tadi asyik berlaga dengan petai tu ...!"



14 July 2011

AMAR - kasut baru

Selasa:
"Terima kasih Mama & Ayoh, beli kasut baru kat Adik!"


Rabu:
"Kasut ni nak pakai hari biasa. Hari sukan pakai kasut lama .."


Khamis:
"Esok nak basuh kasut, biar baru sokmo!!"
"Kasut lama tak nak basuh?"
"Kena basuh juga ke Mama? ... Hitam kan tak nampak kotor?"
"Eee Adik ni!! Kacang lupakan kulit!"
"Bebe ni ... bila Adik cakap pasal kacang!!"


(^_^)


Putih: "Kesian .. comot & buruk. Patut la Amar tak nak pakai!"
Hitam: "Eleh ... tak lama lagi, kau pun jadi mcm aku jugak!"

Milo 110607 ... Catnaps

Semalam Milo tidur dalam rumah! Lagi ...
Milo ni ... waktu tidur selalu bertukar.
Kan kucing sepatutnya tidur waktu siang,
dan berjaga (tangkap tikus!) waktu malam?!!
Semalam rasanya tidur kat bucu almari tu ...
Pagi tadi  ... elok je dia tidur antara Muaz & Amar.
Sejuk agaknya!!
Yg berdua tu pun sampai tak sedar ...
Memang kami semua dpt tidur dgn nyenyak & nyaman sekali semalam
 dek kerana hujan yg turun berterusan 
dari petang hingga malam tadi!!!
(setelah hampir seminggu kemarau ... & kipas2 kerja `full-speed' 24 jam.
Kesian kipas ... kalaulah mereka boleh berkata2 atau mogok. Bayangkan .. )
Berbalik perihal Milo ni,
kalau dia aktif siang hari, maka malam dia tidur memanjang ...
macam semalam, magrib dah tidur!
Dan kalau dia aktif malam ... hmmm
bermula dgn kacau Muaz &Amar buat `homeworks' ~
pen/pencil goyang .. terkam
kertas kena selak ... terkam
`erazer' ... penuh air liur dia
`ruler' ... habis dia cakar
Ayah pun tak terkecuali ...
Habis rabak suratkhabar!!
(Hehe.. sapa suruh baca suratkhabar sambil meniarap ... !!)
Begitulah hingga dia keluar rumah jam 10.00 mlm
dan balik esok paginya jam 6.00 pg (siap ketuk2 pintu lagi ..).
Haa ... siang hari tu,
dia `membuta'lah. Memang tidur sungguh2 ...
 Kan waktu tidur wajib kucing 13 - 18 jam sehari!!
Apa apa ajelah Milo ni ...

PLEASE DO NOT DISTURB!!
(p.s. nampak mcm tidur, tp dengar je tudung periuk di buka, mcm kilat gi dapur ... siap buat muka kesian lg!!)

13 July 2011

Migraine and I ... 1st Encounter

Hubby was running high fever and continuously vomiting until he can vomit no more but still trying to force himself to vomit. Tried to prevent him from inserting his fingers into his mouth to force himself to vomit, but met with fierce rebuttance. Next he was babbling incoherently, like having an amnesia. When I asked for further explanation, he'll answer but without much sense to me. I was already on the verge of panicking ... Then he sort of passed-out & like sleeping soundly. I fear the worst and quickly check for his heartbeats. Alhamdulillah ... I can hear it loud & clear. I let him rest and clean up the mess he had made (almost all over the house ...!!). The next day, his fever had gone completely, but he was still weak & we decided not to go to work. When I asked him, what was it about scolding me for not going outside (in the middle of the night) to bring in the durians, when there is none ...?. He looked at me, smiled sheepishly (handsome tho! hehe) and said he remembered nothing about it !!!

We're newly-wed (barely a month) and renting an end lot of newly completed 8 units single storey terrace-house in Gombak. Our nearest neighbour was a Makcik living at the other end lot of the terrace-housing. The rest still empty. The road leading to the house was a dirt-road, with vast covering of `lalang' shrubs around us. A huge lone, old and sturdy durian tree can be seen 200 metres behind our house. Stray dogs roamed freely. No other housing in sights excepts along the main road which was about 600 metres from our house! (I was trying to picture how isolated we're at that time).

Two weeks later, hubby had another `fever'. This time it was less severe than the 1st one but he vomited (again) and was very cool one minute, and very hot the next. So, I was like putting his socks & sweater on & off ... which happened a couple of time before he started vomiting. I did remember he said about seeing zig-zagging lines before his fever. I also remembered him forbidding me to massage his head when he complained of headache. I can only apply `minyak cap kapak' and that's it. And I had to clean the house ... again!! 
Six months into our marriage, I was 4 months pregnants then. And his `fever' kept coming, more frequents than ever. I saw that he was in deep pain & at one time, banging his head against the wall ... not to mention walking to & fro around the house. Obediently, I followed him around whilst fearing the worst. I was  also prepared for his vomiting episodes ( a must when his `fever' attacked). I was pregnant and still having this morning-sickness things, so I quickly prepare a bucket (with a plastic bag for easy removal & replacement) for him to vomit. So, the `cleaning-up-the-mess' part was solved! Mind you, I was still in the dark as to why is he behaving like this each time he had a fever? As far as I know, people having fever will usually lie down in bed!! Hubby was against it when I suggested it to him. Instead he'll used the reclining-chair (recline to 2 o'clock angle) each time the `fever' attacked. The only furniture in the house at that time & his (brought along from his `bujang'  apt.) Then one day, he finally told me ... not before apologizing for hiding it all this while. He had a MIGRAINE!! He had it since he was 16 ... That day, though the word MIGRAINE did not mean a single thing to me, I vowed to find out what this monster MIGRAINE is .. because it is giving my hubby so much pain & its also giving me so much pain seeing my hubby suffers. THE WAR IS ON!!!
( to be continued ...)

12 July 2011

Bila Sakit ...

Bila badan tak sihat ... segala `mood' hilang!
`No mood' kata omputeh ... `No Mood';
~ nak makan
~ nak sembang
~ nak buat apa2 ...
~ hatta ... nak senyum pun!!
Lepas makan ubat ... minda terus `shutdown' ...  zzzzzzzzZZZZ!!!
Bila sedar ... segar sikit terasa ...
gitulah sehari dua ni!!
Sesekali jatuh sakit ... KO terus.
Maklumlah ... dah SENJA!!!
(Campur cuaca tak menentu & jerebu pulak!!)
Petang ni rasa OK sikit... 
 Here am I writing ... 
to `R E L E A S E  my T E N S I O N'!!!
(Alhamdulillah ... for Muaz's & Amar's huge doses of  LOVEs, CAREs & CUDDLEs ...)
 Hope to get my ZESTs back by tomorrow ...
INSYAALLAH!
~ ~ ~

Diriwayatkan bahawa ketika turun ayat yg bermaksud: "Siapa yg berbuat dosa pasti dibalas menurut dosa itu ...". Abu Bakar r.a. berkata: "Ya Rasulullah, bagaimana akan dapat bergembira setelah ayat ini?" Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Semoga Allah S.W.T. mengampunkan bagimu, wahai Abu Bakar. Hai Abu Bakar, tidakkah engkau sakit? tidakkah engkau menderita gangguan, tidakkah engkau lelah, tidakkah engkau berdukacita? Maka itu semua dari apa yg akan dibalas (semua yg terkena padamu itu adalah sebagai penebus dosa-dosamu)." 

Dan dari Jabir bin Abdullah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah engkau mencela demam. Sesungguhnya demam itu menghapuskan kesalahan2 Bani Adam, sebagaimana dihilangkanNYa karat yg merosakkan pada besi." (HR: Muslim)

Penyakit itu sebenarnya
~  ibarat guru yg tidak bercakap ... 
mengajar & mendidik serta melatih kita utk mendapatkan sifat2 terpuji.
Bukti Allah S.W.T. sayangkan kita!!

07 July 2011

Jangan Berhenti??

Amar dan Muaz demam ...
Nak makan `Fried Chicken' ... "Yg. ori tau Mama!" pesan si kecik!
Ahh! Alang2 ke pekan ... banyaklah `pitstops' nyer! Siap dengan `shopping list' lagi.
Bukan apa ...
1. Takut lupa apa yg nak beli ... almaklumlah dah masuk usia begini!!
2. Takut lari `budget' ... Takut `TERBELI' yg tak sepatutnya ... 
(kalau setakat nak beli roti, baik suruh Che Abang je ... `confirm' roti saja yg dia beli. Kalau saya, mungkin ada pengiring kepada roti tu nanti ~ kaya, atau jem, atau sardin ... hehe. Kan dah lari `budget'tu!!)

OTW balik rumah, ada kemalangan pulak!!
Saya tak berhenti pun ... TAKUT!!
Takut terlihat pemandangan yg ngeri + saya ni mabuk darah!!
(Kan tak pasal2 saya kena angkut ke hospital jugak! mintak jauh le...)
Biasalah ... kalau ada kemalangan, jalan jem!
Jem sebab ...
~ kemalangan
~ kenderaan2 yg berhenti
~ orangramai yg berkerumun
~ kenderaan yg perlahan melalui kawasan kemalangan + sbb nak tengok ...
Ye lah ... mesti nak tengok
Takkan terus berlalu gitu je dari kawasan kemalangan!
Ehh ... Mana boleh gitu. Tak sopan sungguh!!
Manalah tahu kalau2 ...
~ mereke kemalangan tu keluarga/sahabat handai/jiran atau org sekampung ke
~ mereka perlukan pertolongan kita ke
Jadi ...
Berhenti dan memperlahankan kenderaan, adalah tanda ...
~ kita prihatin
~ kita berwaspada
~ kita hormati mereka yg terlibat & yg menolong
Cuma ...
Janganlah kita yg menambahkan masalah dgn ...
~ menyibuk tak tentu pasal, dan
~ berhenti tak tentu hala hingga menyusahkan semua orang!!!
Yang penting, bila begini >>> SABAR, TOLAK ANSUR & WASPADA!!
Kena letakkan diri kita ditempat mereka ... baru faham.
Sama2lah kita jadi warganegara yg prihatin & bertatasusila!

BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
&
JADILAH PEMANDU YG BERHEMAH!


Bila Anas naik bas ...

8.30 pagi:  `Call' Anas, tapi tak angkat ...!!!
"Ya Allah ... selamatkan perjalanan anakku & penumpang2 lain. Jauhkan mereka dari bahaya, bencana, kemalangan & perbuatan khianat makhlukMu di antara langit & bumi. Aminn ..."
Haa ... gitulah doa seorang ibu.
Doa, doa jugak ... tapi hati tu tetap fikir yg bukan2.
(faham2 je lah:  ~ jgnlah ada perkara buruk berlaku ~ jgnlah org lain yg jawab hp dia ...)

9.00 pagi: Anas `call'. "Anas tidur tadi Mama. Baru sampai Muar ..."
Pheww ... Alhamdulillah. Tiba2 je terasa lapar!! (tak breakfast lagi ..huhu)

10.05 pagi: "Mama, dah selamat sampai bandar Melaka".
Alhamdulillah ... lega!
Dah boleh mula masak `lunch' ...!!!
Lalala ...


(**Kerisauan yg bermula dari pukul 8.45 mlm. tadi, (sebaik bas express bertolak dari PM ke Melaka),  berakhir dengan panggilan dari Anas pukul 10.05 pagi tadi. Begitulah hati seorang ibu .... Hehe!! Dah mula merindui Anas setelah hampir 2 bulan dia berada di rumah ~ cuti semester. Jgn lupa praktik resepi yg Mama ajar ye ... )
~ ~ ~
Nabi Muhammad s.a.w. berkata: "Keredaan Allah itu bergantung kepada keredaan kedua ibu bapanya dan kemurkaan Allah juga bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya".


06 July 2011

NOTA BUAT AYAH ...

DI MANA AYAH?
Di tempat kerja ...
Di padang golf ...
Di kedai2 kopi ...
Di surau/mesjid ...
Di rumah baca suratkhabar/tengok TV ...
AYAH ada di mana2 ...

KECUALI ... (bukan semua ya )
- tolong anak2 ulangkaji/buat kerja sekolah
- main bersama sekali sekala ... bola/badminton/karom/`game'/monopli
- hadir mesyuarat PIBG sekolah
- bawa anak sakit ke klinik
- pergi surau/masjid bersama
- hukum/nasihat mereka bila melakukan kesalahan/kesilapan
AYAH ADA TAPI TIADA ....

Dan mereka tanya MENGAPA???
- anak2 lelaki lebih bermasalah! 
~ merokok, ponteng, merempit, dadah, ragut ... ~
- lebih ramai pelajar perempuan dari lelaki di menara gading
- `top-ten' dlm kelas, pelajar perempuan
- anak2 tidak mendengar kata ..
- anak2 tidak suka duduk kat rumah!

Tahukah AYAH ...
Anak2 terutama anak2 LELAKI
amat perlukan kehadiranMU dalam hidup MEREKA!!
Adanya kamu, mereka rasa ...
Selamat
Diperhatikan
Diperlukan.

Tahukah AYAH...
Marah mu ibarat air penghilang dahaga?
Tanda KAMU endah, 
Tanda KAMU hargai & sayangi mereka! 
MARAH seorang AYAH kan TANDAnya SAYANG!!!



Renungan:
Anak lelaki saya pernah menolak ajakan beberapa rakannya dengan alasan takut dimarahi Ayahnya.
Lalu seorang kawannya berkata,"Bestnya mu ... Ayoh aku tak kisah pun aku nak buat apa!".
(Betapa anak lelaki perlukan kehadiran &bimbingan dari seorang bernama AYAH).


04 July 2011

03 July 2011

Milo 110507 ... Because They Love You

Ekkk!! ... I screamed upon seeing a headless body of a rat at my foot!
Spontaneously I backed away at the gory sight... yuck!
There was Milo ...
Standing & beaming with pride!
Proud of his great catch!
Sorry Milo, mummy don't eat rat ...
I pat Milo on his head, took the rat away (squeamishly) and throw it out of my sight!

YUP ...
This is not the 1st time ... ( the last either)
When you have cats, you just got to get used to it.
I still remember when we're in Kuantan,
Our two cats, Sofy & Momoi used to bring home ... mouses, 'bengkarung', and birds!!
If still fresh ( A.L.I.V.E), then they'll helped us by tossing & playing with their prized catch until the poor things became .. either limp or lifeless.
Our house is also lizards-free ... thanks to them both!
And during our stay in Ipoh, it was Borem & Potam.
We are never short of dead birds, rats, chameleon, 'bengkarung' and once a baby `biawak' ...
which was quite big and ALIVE!!
And mind you .. I was on the sofa screaming at Potam ..
(hubby at works, Anas & Muaz at school)
while Amar (then 3 years old), innocently laughing and joining Potam chasing the poor creature around the living room!!
(the creature managed to scoot free but sadly ran straight into oncoming car ...)
Sigh!!!

My Furry Loves
My Dear Furry Loves,
I know you guys LOVE me and am showing it by trying to feed me with your favourite gourmets!
Well guys ...
THANKS BUT NO THANKS!!!
 (^_^')