Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 July 2011

Sebelum & Selepas

Hari ini - Ahad, Jam 7.10 pagi :
Muaz ke sekolah dengan penuh YAKIN!!!
Semalam - Sabtu, jam 9.00 malam :
"Mama, dah 2X Ahad Muaz lepas `inspection' rambut Cikgu Disiplin tau. Rasa2 esok tak lepas ni!!"
"Jumaat & siang tadi mengapa tak cakap! Dah malam ni. Muaz kan tahu, Mama ni dah lah rabun ayam, rabun org tua lg .."
"Please Mama ...! Esok mesti kena punya. Kalau cikgu gunting, mcm kena gigit kat tikuslah!!"
"Biarlah ... pengajaran buat Muaz!"
"Mama kan tahu kalau cikgu gunting, lagi susah Mama nak `repair'. Hehe ... nah spek Mama!"
Terpaksalah mengalah. Dan memang ada kebenarannya kata Muaz tu.
Memang susah nak `repair' rambut yang kena `trim' kat cikgu .. berlubang sana sini, pastu tak sama rata!!
"Adik pun nak potong rambut jugak!" (-_-')



Sebelum & Selepas

p.s.: Tukang Gunting keluarga ni kerjaya tetap saya sejak mula kahwin. Rambut suami & anak2 sayalah yg gunting. Agak2 dari dulu sampai sekarang berapa $$$$$ saya dapat kalau ambil bayaran dari `Big Boss'. Berbaloi2 rasanya ... walaupun selepas tolak kos beli mesin gunting rambut yg ke 4!! (^_^)

2 comments:

Wan Meiji said...

hehehe... sib baik ado mama. jimat~ :P

muhaini said...

hahaha ... rambut anda semua at Mama's mercy!!