Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

21 July 2011

PENKEK YUM YUM

Hari PENKEK biasanya hari RABU, hari KOKO Muaz &hari PJ Amar.
Tapi semalam depa (cakap Penang sikit hari ni!!) minta `scrambled eggs' untuk sarapan pagi.
Tup! Tup! Hari ini .. Khamis, depa minta PENKEK pulak!!
Chek memang dah biasa buat penkek ... tapi tak jadi lembut & gebu mcm yg McD tu!! (~_~')
Jadi, hari ni chek cuba masukkan minyak jagung ke dalam resepi ...
Omputeh kata ~ `trial & error'
Hasilnya???
Muaz beri `thumbs-up' utk PENKEK hari ni!! (^_^) ... Alhamdulillah!!
Maknanya .... lulus piawaian MUAZ (yg amat cerewet pasal makan & susah nak beri pujian)
Jadi hari ni nak `share' resepi PENKEK YUM YUM
(saja bagi nama biar glamer sikit ... hehe!):



Bahan-bahannya:
100 gm tepung naik sendiri (ayak)
150 ml susu sejat (susu segar/`full-cream' pun boleh jugak)
1 biji telur
1 sudu makan minyak jagung atau mentega cair
1 sudu makan gula kaster

Caranya:
1. Letak tepung dan gula ke dalam mangkuk. 
2. Buat lubang ditengah2 dan masukkan telur & susu.
3. Kacau sebati dan masukkan minyak jagung.
4. Gaul sebati & rehatkan lebih kurang 10 minit.
5. Panaskan kuali leper (`non-stick' lebih bagus) & lengserkan sedikit mentega/marjerin.
6. Tuang sesenduk adunan, tunggu hingga timbul lubang2 udara (lubang udara pecah).
7. Balikkan, biar sebentar & angkat.
8. Hidang panas2 dgn madu/susu pekat/sos coklat/sos strawberry. Pendek kata ikut suka hangpa la no .... !!

p.s. lupa nak habaq, guna api kecil je tau!! Nanti hangit pulak PENKEK tu ..!



4 comments:

Wan Meiji said...

pankek mama sedap lg dr mcD~

muhaini said...

tk (ikut style ... ^_^)

kamaLkLique said...

tima kasih.. :p nnt nak cuba try test tengok..~

muhaini said...

kk, hepi trying ... gerenti x g McD lg!!^_^