Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

17 July 2011

Amar - sembang dgn Nenek

Jumaat lepas, Nenek Amar datang dan bermalam di rumah kami. Berikut adalah perbualan antara Amar (8 tahun) dan Neneknya (70 tahun):

"Besar nanti Amar nak dok (tinggal) di mana?"
"Nanti besar Adik nak duduk dengan Mama & Ayoh!"
"Bakpo (kenapa)?"
"Adik nak jaga Mama & Ayoh!"
"Nanti isteri adik macamana?"
"Adik gi kerja, isteri Adik jaga Mama & Ayoh lah!"
"Isteri Adik tak gi kerja ko?"
"Isteri Adik tak leh kerja ... biar Adik je kerja. Pastu Adik belilah hadiah kat isteri Adik!"
"Mama?"
"Ha aaa .. mesti Mama terasa hati kalau beli kat isteri Adik sorang je. OK! Kat Mama pun Adik beli juga!"
"Mok pun nak juga ..."
"Mok ada lagi ko masa tu??"

No comments: