Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

14 July 2011

Milo 110607 ... Catnaps

Semalam Milo tidur dalam rumah! Lagi ...
Milo ni ... waktu tidur selalu bertukar.
Kan kucing sepatutnya tidur waktu siang,
dan berjaga (tangkap tikus!) waktu malam?!!
Semalam rasanya tidur kat bucu almari tu ...
Pagi tadi  ... elok je dia tidur antara Muaz & Amar.
Sejuk agaknya!!
Yg berdua tu pun sampai tak sedar ...
Memang kami semua dpt tidur dgn nyenyak & nyaman sekali semalam
 dek kerana hujan yg turun berterusan 
dari petang hingga malam tadi!!!
(setelah hampir seminggu kemarau ... & kipas2 kerja `full-speed' 24 jam.
Kesian kipas ... kalaulah mereka boleh berkata2 atau mogok. Bayangkan .. )
Berbalik perihal Milo ni,
kalau dia aktif siang hari, maka malam dia tidur memanjang ...
macam semalam, magrib dah tidur!
Dan kalau dia aktif malam ... hmmm
bermula dgn kacau Muaz &Amar buat `homeworks' ~
pen/pencil goyang .. terkam
kertas kena selak ... terkam
`erazer' ... penuh air liur dia
`ruler' ... habis dia cakar
Ayah pun tak terkecuali ...
Habis rabak suratkhabar!!
(Hehe.. sapa suruh baca suratkhabar sambil meniarap ... !!)
Begitulah hingga dia keluar rumah jam 10.00 mlm
dan balik esok paginya jam 6.00 pg (siap ketuk2 pintu lagi ..).
Haa ... siang hari tu,
dia `membuta'lah. Memang tidur sungguh2 ...
 Kan waktu tidur wajib kucing 13 - 18 jam sehari!!
Apa apa ajelah Milo ni ...

PLEASE DO NOT DISTURB!!
(p.s. nampak mcm tidur, tp dengar je tudung periuk di buka, mcm kilat gi dapur ... siap buat muka kesian lg!!)

2 comments:

Wan Meiji said...

milo...milo...sigh~

muhaini said...

Milo makin banyak ragam ... dah nak masuk alam remaja katakan!!^_^