Amar dan Muaz demam ...
Nak makan `Fried Chicken' ... "Yg. ori tau Mama!" pesan si kecik!
Ahh! Alang2 ke pekan ... banyaklah `pitstops' nyer! Siap dengan `shopping list' lagi.
Bukan apa ...
1. Takut lupa apa yg nak beli ... almaklumlah dah masuk usia begini!!
2. Takut lari `budget' ... Takut `TERBELI' yg tak sepatutnya ...
(kalau setakat nak beli roti, baik suruh Che Abang je ... `confirm' roti saja yg dia beli. Kalau saya, mungkin ada pengiring kepada roti tu nanti ~ kaya, atau jem, atau sardin ... hehe. Kan dah lari `budget'tu!!)
OTW balik rumah, ada kemalangan pulak!!
Saya tak berhenti pun ... TAKUT!!
Takut terlihat pemandangan yg ngeri + saya ni mabuk darah!!
(Kan tak pasal2 saya kena angkut ke hospital jugak! mintak jauh le...)
Biasalah ... kalau ada kemalangan, jalan jem!
Jem sebab ...
~ kemalangan
~ kenderaan2 yg berhenti
~ orangramai yg berkerumun
~ kenderaan yg perlahan melalui kawasan kemalangan + sbb nak tengok ...
Ye lah ... mesti nak tengok
Takkan terus berlalu gitu je dari kawasan kemalangan!
Ehh ... Mana boleh gitu. Tak sopan sungguh!!
Manalah tahu kalau2 ...
~ mereke kemalangan tu keluarga/sahabat handai/jiran atau org sekampung ke
~ mereka perlukan pertolongan kita ke
Jadi ...
Berhenti dan memperlahankan kenderaan, adalah tanda ...
~ kita prihatin
~ kita berwaspada
~ kita hormati mereka yg terlibat & yg menolong
Cuma ...
Janganlah kita yg menambahkan masalah dgn ...
~ menyibuk tak tentu pasal, dan
~ berhenti tak tentu hala hingga menyusahkan semua orang!!!
Yang penting, bila begini >>> SABAR, TOLAK ANSUR & WASPADA!!
Kena letakkan diri kita ditempat mereka ... baru faham.
Sama2lah kita jadi warganegara yg prihatin & bertatasusila!
BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
&
JADILAH PEMANDU YG BERHEMAH!
No comments:
Post a Comment