Anak-anak memang sentiasa perhatikan kita.
Walaupun nampak macam mereka tak kisah ... buat hal masing2
Tapi mereka sentiasa perhatikan & peka dengan apa yg kita kata & buat!!
Soalah cepumas dari Muaz:
"Ayoh! Kenapa Ayoh & Mama kena pakai spek bila nak baca suratkhabar?"
"Sebab Mama & Ayoh dah tua. Semua orang bila dah lebih umur 40 tahun kalau nak tengok dekat,
kena pakai spek khas untuk membaca, baru terang & jelas!"
"Mengapa Allah buat begitu?"
"Muaz, setiap sesuatu yg Allah buat, mesti ada hikmahnya.
Tanda Allah sayangkan hamba Nya.
Jadi, bila Ayoh pandang diri kat cermin, mesti nampak diri Ayoh muda!"
"Haha ... luculah Ayoh ni!"
"Dan kalau Mama pandang Ayoh, dan Ayoh pandang Mama dari dekat,
memang tak nampak kedut2, sebab tak pakai spek!
Jadi nampak muda sokmo lah .. hehe!!"
"Bijak sungguh Allah kan Ayoh!"
"Dan jangan lupa juga Che Abang oii yg Allah nak ingatkan bahawa kita ni dah semakin tua ... !!"
"Ye lah Cik Mama oii ...!!"
(^_^)
No comments:
Post a Comment