Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

17 July 2011

Cerita Lucu 4 - Petai

Sedang A dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari Ipoh melalui jalan Simpang Pulai - CH - Gua Musang (yg belum di wartakan lagi ...), A terserempak dengan seorang pakcik dengan basikalnya berhenti ditepi jalan. Di depan dan belakang basikal pakcik tu penuh dengan petai! A teringat pesanan dari isterinya,

"Abang! Kalau jumpa Orang Asli jual petai, Abang belilah. Diaorang jual murah tau .. Nanti boleh buat masak ikan bilis & petai tumis, buat petai jeruk, dan boleh beri pada Mak, Ecah dan jiran2 kita jugak."

Lalu, dia terus memberhentikan kereta. Kepada pakcik tu dia bertanya,

"Pakcik nak jual ke petai ni?"
"Niat tu memang nak jual. Ginilah, kalau yg depan tu kira RM5.00, tapi yg belakang tu RM12.00!" 

A hairan kerana padanya saiz dan kuantiti yg depan dengan yg belakang tu lebihkurang sama je. Bila A tanya pakcik tu, dia kata memang sama tapi mendesak A agar membeli yg depan dan bukan yg belakang. Peel manusia, bila dlm situasi begini mulalah curiga mengapa beza sangat harga walhal disegi saiz & kuantitinya, sama je. Berkerut kening A fikir nak beli yg depan ke yg belakang dan pakcik tu pula tetap desak A beli yg depan. A cuba minta pakcik tu kurangkan harga yg belakang, pakcik tu tetap berdegil dan masih mendesak A beli aja yg depan. Malas nak bertekak lama2 dan memikirkan RM5.00 tetap harga yg berbaloi untuk petai sebanyak itu, akhirnya A akur dan beli yg depan. Setelah selesai urusan jualbeli, sambil tersengih pakcik  tu berkata,
"Terima kasih banyak2 la awak beli petai yg depan tu. Lepas ni lutut saya tak sakit & lenguh lagi lah. Dari tadi asyik berlaga dengan petai tu ...!"



No comments: