Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

23 October 2012

Kuih Tako


Semalam cuba buat kuih Tako, sejenis pemanis mulut dari Thailand. Ia seakan2 kuih Tepung Pelita kita, yg gunakan daun pisang untuk sarangnya. Manakala Tako pula, guna daun pandan. Kebetulan balik kampung hari tu nampak daun pandan mak mertua yg rimbun dan panjang2 daunnya, sangat elok untuk buat sarang Tako. Yg kat rumah tu, dah tanam dalam pasu .... cute mute macam tuannya lah daun tu .... tak sesuai langsung.
Resipi dah ada, semenjak Amar bersungut nak makannya ... daun pandan dah ada, cuma tepung hongkee yg warna putih dan hijau jer tak jumpa2. Kat supermarket ari tu, yg merah dan kuning adalah ... mana sesuaikan! Resipi yg guna tepung hongkee ni Mama amik dari N3 05/08/11 blog Ita, Masam Manis di http://fromintankitchen.blogspot.com. Dek tak jumpa cari tepung hongkee putih dan hijau, juga daun pandan dlm bekas tu cam dah nak layu jer, Mama pun carilah resipi yg guna bahan lain. Gali segala majallah resipi yg ada. Alhamdulillah jumpa dalam majallah Rasa, Mei 2011, guna tepung jagung! Dapat tumbs-up dari Amar dan Ayahnya ... "Yg hijau tu kalau manis sikit lagi ... lagi umphhh!" komen hubby Mama. Gula dah mahai sekarang Che Abe weh .... hehehe

RESIPI KUIH TAKO
BAHAN-BAHANNYA:
Bahagian Bawah;
250ml air daun pandan
3 sudu makan tepung jagung
5 sudu makan gula (Mama guna 8 sudu ... ikut suka manis)
500ml air
6 biji sengkuang cina - potong dadu
(Mama guna pear Jepun - itu aje yg ada)

Bahagian Atas;
250ml santan
5 sudu makan gula pasir
500ml air
3 sudu makan tepung jagung
secubit garam
(lain kali Mama nak omit gula dan lebihkannya dalam bahagian atas)
Cara Memasak;
1. Sediakan kotak2 pandan terlebih dahulu. Cara nak buatnya,
lihat dalam resipi dari blog Ita, Masam Manis di atas. Atur potongan
sengkuang/pear ke dalamnya.
2. Masak bahagian bawah dahulu. Campur semua bahan dan masak
atas api sederhana. Kacau hingga mendidih dan pekat.
3. Angkat dan tuang ke dalam kotak pandan, separuh sahaja dan biarkan sejuk.
4. Masak bahagian atas  pula, seperti di atas. Bila mendidih dan pekat,
angkat dan tuang ke atas bahagian bawah tadi.
5. Biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


No comments: