Alhamdulillah zest (semangat) Mama dah pulih. Dah mari semangat nak memasak ... hehe setelah hampir 2 minggu dibelengu sendi kaki kiri yg bengkak dan lutut yg sakit, tak leh berdiri lama2. Masak simple2 ajelah ... kadang2 beli lauk jer untuk Amar dan Muaz. Semalam kaki dan lutut dan improve banyak .... tu yg buat kuih tako. "Mama ... nak donut yg Mama buat. Boleh tak?" Semalam Amar buat permintaan. Jadi awal pagi tadi, Mama pun berdonutlah ... haha. Mama suka buat donut berbentuk bantal ... senang nak salut gula, senang nak makan (cucuk dgn garfu jer ... tangan pun tak melekit dgn gula) dan senang goreng dan simpannya. Ini resipinya ... yg sesuai dgn selera kami, selepas di +/- drpd beberapa resipi yg Mama cuba.
DONUT BANTAL
Bahan-bahannya:
300gm gandum - ayak
25gm majerin/mentega
25gm lemak sayuran
1 biji telur
11gm yis segera
20gm gula kastor
100 gm air
1sudu makan susu tepung
1/2 sudu teh pelembut roti
1/2 sudu teh garam halus
Cara buatnya:
1. Campur semua bahan kecuali air ke dalam mangkuk besar.
(yis dan garam letak berasingan)
2. Gaul seBati dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul sebati.
Uli hingga adunan jadi doh lembut dan licin. Bulatkan doh, tutup
bekas dgn plastik dan biarkan 45 - 60 minit, atau doh naik 2X ganda.
3. Tumbuk doh, uli dan bentukkan ikut suka.
(Mama uli panjang2 halus mcm keropok lekor Losong .. dan guntingnya mcm mini bantal
ke dalam minyak panas masa nak goreng. Hati2 dgn minyak panas tu ... huhu
Oh ya! pastikan donut yg telah dibentuk diletakkan atas dulang yg ditabur gandum,
ke dalam minyak panas masa nak goreng. Hati2 dgn minyak panas tu ... huhu
Oh ya! pastikan donut yg telah dibentuk diletakkan atas dulang yg ditabur gandum,
agar tak melekat!)
4. Rehatkan donut2 tu ... biar naik lagi. Agak2 20 - 30 minit.
5. Goreng donut dgn menggunakan deep-frying (minyak dalam?) hingga
kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
Salutlah ikut suka - gula kaster, coklat cair ... ikut selera.
(Mama guna gula aising ... letak dlm penapis teh dan tabur atasnya)
p.s. Mama, bila buatnya, akan buat 2 sukatan aduanan. Goreng hawa2 perang,
sejukkan dan simpan untuk digoreng bila2 masa.
Cute kan Donut Bantal Mama ... (^_^)
No comments:
Post a Comment