Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

14 December 2017

Kek Nanas Terbalik ....

Mula terjebak dgn Kek Nanas Terbalik ni setelah menonton 'Kids Baking Championship'. Bila lihat kek yg dibuat oleh Kaniyah Cary, berusia 11 tahun, Mama macam ... "Oh! Lawanya ... 😍". Terus jatuh hati dgn kek ini. Apalagi,  Google cari resipi, pun tiada yg berkenan ...
Tiba2 teringat Mama pernah nampak resipi ni dlm buku 'Bukan Sekadar Resipi' karya Roza Roslan. Bila jumpa resepi, ... terus cuba! Kebetulan ada sebiji nanas yg dibeli suami hari tu. Memang cantik dan sedap sekali ... suami pun turut memuji kerana dia memang suka kek2 yg berasaskan buah2an. Selepas kek tu habis, suami minta dibuatkan lagi. Kali ini Mama guna nanas dlm tin pula (sebagaimana resepi asal Pn. Roza).

Cubaan pertama ... nanas segar
Nanas dlm tin cantik tersusun

Resepi Kek Nanas Terbalik (Roza Roslan)

100 gm mentega
100 gm gula kaster (Mama guna 75 gm)
2 biji telur (A)
75 gm tepung naik sendiri
25 gm serbuk badam
2 sudu besar susu segar/buttermilk
1/2 sudu teh esen vanilla
Topping;
1 tin kecil kepingan nanas (bulat)
25 gm mentega
25 gm gula perang
25 gm cheery merah

Cara buatnya;

1. Cairkan mentega utk topping dlm bekas pembakar. Taburkan gula perang ke atas mentega cair dan susun kepingan nanas dan ceri di atasnya. Ketepikan. Panaskan oven 170°C.
2. Pukul mentega dan gula kaster hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan bahan2 lain dan gaul hingga rata dan sebati.
4. Tuang adunan perlahan2 ke atas dulang kek bersusun nanas tadi. Hati2 agar nanas tidak beralih.
5. Bakar selama 45 minit, atau hingga kek masak. Cucuk bhgn tengah dgn lidi, jika keluar licin bermakna kek telah masak.
6. Sejukkan kek di atas redai kek selama anggaran 30 minit sebelum terbalikkan bhgn atas kek dari tin pembakar ke atas pinggan hidang.

p.s. cubaan dgn lebihan strawberries dan blueberries juga menjadi. Lepas ini akan experimen dengan oren atau pisang pulak ... Kiwi pun mesti lawa nih. Mungkin letak sedikit warna hijau dlm adunan utk 'matching'kannya ... hmmm. 

Strawberries dan blueberries - meriahnya


No comments: