Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 May 2012

Amar ... keliru

Perbualan Mama dan Amar semasa ambil dia dari sekolah, semalam ... Khamis.
Pada hari perlantikan sebagai Pengawas Perpustakaan.  
"Mama! Adik ni hensem sangat ke?"
Terkejut Mama!! Tanpa sempat Mama jawab,
"Tapi, Adik rasa tak!"
Pulak dah! Juga Mama tak sempat nak jawab,
"Tapi mengapa 'girl' pengawas masa kat dewan tu asyik pandang Adik?"
Mama diamkan saja ... biar dia luahkan saja,
"Pastu dia senyum dan buat mata camni tau Mama ..." sambil demokan.
Of coz Mama tak pandang pun ... kan tengah memandu.
"Adik rasa malu sangat. Masa waktu rehat, dia datang duduk dekat Adik. Tanya nama Adik ..."
Hai budak2 perempuan zaman sekarang ... kecik2 dah pandai. Perigi cari timba pulak tu!!!
"Adik buat tak tahu jer. Adik ajak kawan2 Adik pergi tempat lain."
Bagus ... kata Mama dalam hati. 
"Adik ni hensem ke Mama sampai 'girl' tu suka kat Adik? 'Girl' tu darjah 5!"
"Agaknya dia nak buat adik angkat tu ... sebab Adik budak baik!" akhirnya Mama bersuara!!
"Tapi  Mama, 'girl' tu kan lawaa sangattt ...."
Opppss ... bahaya ni. Kecik2 dah pandai komen lawa!!
"Betul Mama, lawaaaa sangat. Masa nak balik tadi, dia 'bye-bye' kat Adik!! Tapi Adik rasa pelik! Mengapa dia suka kat Adik?"
Mama pun pelik ... dia darjah 5, Amar darjah 3! Keliru .....

Amar - hensem ke?


1 comment:

Puan FH said...

Amar2.... ^_^
Bahaye tu.... Huhu