Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

25 September 2012

Jodoh ... ketentuanNYA

Rasanya semua anak semasa kecil akan berkata begini, sebagaimana Amar semalam ...
"Mama! Bolehkah Adik tak nak kawin besar nanti? Adik nak jaga Mama dan Ayah!"
Hahaha  .... Mama gelak (dalam hati ajelah), tapi sambil senyum Mama beritahu Amar,
"Kawin tu sunnah Nabi SAW. Nanti boleh ramaikan umat Islam kat bumi ni ..."
Mama jelaskan lagi, sunnah tu ialah perbuatan Nabi Muhammad SAW yg dia suka umatnya, kitalah tu, ikut ...
"Habis siapa nak jaga Mama dan Ayah nanti? Masa tu Mama dan Ayah dah tua ..."
"Nanti semua gilir2lah jenguk Mama dan Ayah!" (kalau Mama dan Ayah masih panjang umur untuk lihat Amar kawin ... )
Begitulah ... insyaAllah anak2 Mama akan begitu.
3 perkara yg Allah SNW telah tetapkan sebelum kita lahir ke dunia:
... rezeki, kematian dan jodoh ...
Bagaimana rezeki, kematian dan jodoh itu berakhir ... kita boleh tentukannya.
Bukankah Allah SNW telah nyatakan bahawa usaha dulu, baru tawakkal.
Allah SNW tidak akan mengubah nasib seseorang itu, melainkan orang itu sendiri berikhtir ubahnya. Memang si A itu sudah jodoh kita, tapi kita boleh berdoa agar Allah SNW beri taufik dan hidayah kepadanya agar dia kelak mempunyai ciri2 pasangan yg kita mahu.
" Ya Allah, kau kuatkan hatiku ini di kala hatiku se akan2 memberontak untuk dikasihi olehnya. Kuatkan imanku sekuat-kuatnya agar dapat aku menjaga pandanganku drpd panahan syaitan durjana. Hadirkanlah seorang pasangan dalam hidupku seandainya telah tiba saatnya untuk daku mencintai sesiapa dalam hidupku. Maka Kau letakkanlah cintaku pada sesiapa yg mencintai Mu lebih drpd dia mencintaiku. Dan daku berjanji akan mencintai dia melebihi daku mencintai diriku sendiri kerana dia adalah amanah untukku.
Namun Ya Allah, seandainya telah tiba saat itu, Kau jagalah hubungan kami dengan sebaiknya agar tidak berlaku perselisihan faham yg membawa kepada pergaduhan besar. Setiap pernikahan tidak akan dapat lari drpd perselisihan faham, namun kau jagalah hati kami agar kami dapat menyelesaikannya dgn mudah mengikut cara yang disuruh oleh Mu dan oleh kekasih Mu, Muhammad SAW ...."
Doa kredit: Majallah MIDI Bil. 93 ms 100 - 101

Pun begitu, kita sendiri hendaklah terlebih dahulu berusaha untuk menjadi calon pilihan terbaik juga untuknya kelak. Dan tentunya nanti, pohon yg baik akan hasilkan buah2an yg baik juga. Yakinlah!!!

No comments: