Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 September 2012

Terlerai sudah ...

Syukur kepadaNya tatkala mendapat berita, dia sudah berpunya!
Walaupun tidak dapat hadir majlis perkahwinannya ... dek faktor masa dan jarak,
ucapan kesyukuran dan tahniah ... moga bahagia ke akhir hayat tanda redha.
Undangan ke majlis sambut menantu sebelah pasangannya, buatkan hati tak keruan ...
Perlukah hadirinya? Tabahkah hati menemuinya? Sedihkah melihat kini dia sudah ada penggantinya?  Resah hati ini memikirkannya ...
Akhirnya pasrah juga ... dua anak dan emak yg turut serta, digagahi jua untuk ke sana
Perjalanan dari Kg. WLC, merentasi P. Mas, Meranti, Kg. Bunohan utk ke Kg. Geting, Tumpat, mengundang pelbagai andaian ... membuat hati sungguh tak keruan.
Sambutan dan layanan mesra dari keluarga pengantin, meredakan debar dihati ..
Sebaik bersua dia disisi pasangannya ... airmata bercucuran turun tanpa diminta ...
Kami berpelukan, esak tangis ... tanpa mampu berkata2
Gembira bertemu semula, setelah sekian lama ...
Hiba mengenangkan arwah anak kedua pernah bertakhta dihatinya
Lega dan gembira kerana sudah ada pengganti ...
Sejenak, terdetik jua ... dia hampir menjadi menantu Mama ...
Jelas ketara kemesraan, keserasian dan kebahagiaan mereka berdua ...
Alhamdulillah ... Mama doakan jodoh mereka kekal ke akhir hayat
Alhamdulillah ... terlerai sudah kerisauan Mama


No comments: