Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

04 September 2012

Pengorbanan ...

Ini cerita benar:
Kisah ini berlaku sekitar awal tahun 80an.
Pengorbanan seorang ayag seorang diri membesarkan anak lelaki tunggalnya setelah kematian isteri. Dengan izin Allah dan penat jerih membuat pelbagai kerja kampung, anak yang ditatang bagai minyak yg penuh berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bangga si ayah tidak terkira kerana menjadi buah mulut seluruh kampung dan sanak saudara kerana kejayaan anaknya itu.
Walaupun sunyi kerana anak jauh nun di sana, anak sering mengutus berita. Surat2, anak2 jiranlah yg tolong baca kerana si ayah tak pernah bersekolah, tak tahu membaca. Gembiralah si ayah mendengar pelbagai berita dan cerita dari anaknya. Gambar2 dikirim menzahirkan suasana ... terloponglah si ayah dan jiran tetangga melihat keindahan dan kemajuan negara omputih tu. Salju nan putih, dedaunan pelbagi warna di musim luruh, bunga2an yg pelik dan cantik, makanan yg tak pernah dilihat di sini dan warna kulit, rambut dan mata mereka pun pelik2!
Masa berlalu pantas, si anak mula jarang2 mengirim berita. Sibuk dengan belajar dan periksa ... si ayah memujuk dirinya. Jika pun ada berita, adalah kerana minta si ayah kirim duit kepadanya. Tahun akhir banyak belanja ... itu alasannya. Maka si ayah yg semakin tuan pun kirimlah semua simpanan untuk naik hajinya, tak mahu pengajian anak harapannya tergendala. Mahu penuhi pesan arwah isteri agar anak berjaya ke luar negara dan berjaya.
Tamat pengajian, si anak tak pulang2 ... mahu bekerja cari pengalaman di negara orang dulu. Nanti pulang nak kerja sendiri, ada syarikat sendiri. Si ayah senyum meleret ... beritahu semua orang anaknya kerja di negara omputih!
Suatu ketika, anak jiran sekampung datang bawa berita. Si anak dah kahwin dengan anak orang kaya. Ditunjukkan gambar dan cerita mengenainya yg tersiar dalam majallah semasa. Terkejutlah si ayah, pilu seketika ... kerana dia tidak diberitahu oleh anaknya berita gembira itu.
Setahun selepas itu, si ayah mendapat surat dari si anak minta datang segera ke Amerika. Urgent sangat bunyinya. Lalu si ayah jual semua lembu kerbau yg ada buat tambang dan urusan ke sana. Riuhlah sekampung, Poksu ke luar negara ... siap berkot dan seluar buat pertama kalinya.
Setahun berlalu, Poksu kembali jua. Tapi dia bukan Poksu yg dulu .... jauh ketara perubahannya. Semasa pulang dihantar orang, entah siapa, dengan kereta besar pula. Poksu masih ke sini sana, heret tali2 lembu kerbaunya (tali sahaja) sambil meracau2 nak jualnya, nak hantar duit kat anak, nak naik kapalterbang ke Amerika, nak jaga cucu ... begitulah setiap harinya. Orang kampung hanya geleng kepala, simpati dan kesian padanya. Anak kesayangannya tidak pernah pulang menjenguk dia ... jauh sekali bertanya berita.
Kawan2 sekampung yg bekerja di ibukota bercerita,si anak sudah jadi orang ternama, kaya dan amat berjaya. Bergelar Dato', isteri anak menteri rupanya. Kawan2 cuba hubungi, maklumkan perihal si bapa yg tiada siapa nak urusi ... susah sekali, perlu buat temujanji dan beri maklumat peribadi, itu pun belum tentu tarikhnya lagi!
Tinggallah Poksu, seorang diri ... mujurlah ada belas ehsan dari jiran2 yg prihatin dan simpati.
Inilah kisah si Tanggang Moden ... kisah benar diri kawan arwah ayah Mama. Si anak tak pernah balik ke kampungnya walaupun ketika dimaklumkan bahawa si ayahnya sakit tenat, nazak dan akhirnya meninggal dunia.
Mama cuma berharap agar si ayah sudah memaafkan segala kesilapan anaknya, supaya si anak sedar kesilapan terhadap ayahnya, sedar dia juga punyai cahayamata .... takutnya kalau pusingan roda nanti  seperti apa yg pernah dilakukannya. Naauzbillah ...

Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa ayah kami, damaikanlah rohnya di sana dan tempatkan mereka bersama-sama orang2 yg soleh. Amiinn ...

No comments: