Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

18 July 2012

Susahnya nak sabar ...

Pada suatu hari Isnin, kedua-dua anak Mama keluar pukul 5.00 petang.
Mula-mula Mama pergilah ambil Amar ... kelas Fardhu Ain
Kemudian ke sekolah Muaz ... kelas tambahan PMR
Mama biasanya tunggu Muaz di kawasan belakang masjid (sebab depan sekolah dia jem sangat)
Waktu Asar, maka kawasan parkir belakang masjid agak penuh dgn kereta jemaah
Biasanya Mama masuk ikut pintu A, dan keluar ikut pintu B.
Tapi hari tu ..  laluan ke pintu B telah dihalang oleh sebuah MPV mewah gitu ..
Sudah! Nak undur ... dah ada kereta belakang Mama.
Puas tunggu ... tak bergerak2 kereta di depan Mama walaupun jelas ada pemandunya.
"Kalau nak tunggu, janganlah sampai tutup laluan ... kan kat depan tu banyak lagi tempat kosong" ngomel Mama sendirian ...
Lalu beri isyarat 'sport light' ... tak bergerak
Beri lagi 'sport light' 2 - 3 kali, pun masih tak bergerak!
Kesabaran Mama mula menipis ... dah hampir2 nak 'expire' ...
Menyedarinya, Amar cepat-cepat cakap,
"Mama, jangan hon ... ni kan kawasan masjid!"
Lalu Mama pun turun dari kereta ... menuju ke arahnya ... pun masih tak faham2 jugak!
Mama ketuk cermin kereta ... dia pandang Mama cam Mama nak rompak dia!!
Dia pandang jer bila Mama buat aksi 'silent movie' suruh dia bergerak ke depan sikit ..
Masih duduk diam dalam keretanya.
Mama ketuk2 lagi ... dan ... dia pun turunkan cermin kereta.
"Sori ... boleh tolong gerak ke depan? Demo (Kelate bg 'awak') dah 'block' laluan lah."
Dia tak jawab apa2 ... buat muka 'dunno' ... angkat2 bahu dan kening jer..
"Demo sekat laluan nih ... tolong ke depan sikit kalau nak tunggu siapa2"
Tiba2 anak dia (adalah baya Amar) masuk dari pintu sebelahnya ... dari jamban agaknya (geram lah ni)
Terus dia berlalu ... tanpa kata apa2 ... tanpa sori ... tanpa rasa bersalah ... sambil senyum!!!
Masa tu >>> Huisshhh ... tak terkata apa2 ... geramnyer!! MasyaAllah ...
Tapi pelik juga ...
Biasanya Mama akan 'pissed-off' tahap giler ... betul!
Akan marah-marah dan tinggikan suara ...
Tapi hari tu ... elok je masa cakap kat dia. Boleh sabar pula ...
Apaka ini kerana Mama berpuasa hari tu?
Atau ingatan Amar tentang berada di kawasan masjid?
Atau kerana dah tua ... dah 'mellow'?
Mama tiada jawapannya ... tapi Mama syukur
Mama tidak memperbodohkan diri dengan tingkahlaku yg tak sepatutnya.
Alhamdulillah ...
(p.s. Mama doa moga sipemandu kereta berkenaan, wanita sebaya Mama ... berubah sikap, lebih peka pada orang lain ... disekeliling dia. Tidak pentingkan diri sendiri! Aminnn ...)

No comments: