Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

29 January 2012

Rumah ... Perancangan Kami, KetentuanNYA

06 Rabiulawal 1433 Hijrah = 29 Januari 2012
Alhamdulillaahi Rabbil 'Aalamiin (Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam)
Hari yg mendebarkan ... tetapi juga mengembirakan.


Ini tanah kami. Dulu (awal 80an), masa abang ipar ajak 'share' beli tanah kat sini, kami tak mahu. Suami siap cakap 'tempat rimau main' ... punyalah 'isolated'nya kedudukan tanah2 ini pada masa itu. Sekarang ... tanah 'tempat rimau main' tu dan penuh dgn rumah2 yg besar & cantik! Tanah itulah juga yg kami beli (dr abang ipar) utk dirikan rumah kami!!! Harganya pun dah 10X ganda dari kalau beli dulu ... (~_~').

Dulu (awal 90an), ayah & ibu mertua tawarkan tanah dikampung. Supaya kami buat rumah dekat dgn mereka ... Anak sulung & bongsu, tentulah mak ayah sayang kan!! Hehe ... (p.s. 'of course' kena bayar, nanti apa pula kata adik beradik yg lain!!!). Kami tolak dgn lemah lembut. Bukan apa ... sebab dah banyak kes kami lihat (dari sedara2 & teman2 terdekat), "Jauh bau bunga, dekat bau tahi". Kami beringat. Kami tak mahu putus silaturrahim kerana masaalah2 remeh kemudian hari ... Lagipun tanah kami ni bukan lah jauh sangat dari mereka, dalam 10 km jer ... Mereka pun dah restuinya!!

Mesyuarat tapak pertama!
Tanah kami diratakan hari ini. Hari ini dalam sejarah bagi keluarga kami, rugi tak dapat lihatnya. Suami kerja, anak2 sekolah! Kami serah pada abang ipar untuk 'supervise'nya. Semalam dah buat solat hajat, khusus untuk ini. Moga niat kami ini diperkenankan Allah SNW. Moga Allah SNW permudahkan, lancarkan & berkati niat kami untuk bina rumah sendiri. Impian kami hanyalah jadikan 'Rumahku Syurgaku'. InsyaAllah ... Tolong doakan untuk kami juga ya. Terima kasih! 

"Ya Allah ... Engkau kurniakanlah kami dengan permulaan yg baik, serta pengakhiran yg baik juga. Amiin ..."

~ Saya harap dpt lakarkan proses & segala berkaitannya kelak sbg rekod, InsyaAllah.
~ Kami pilih bina sendiri, upah tukang rumah. Niat: jimat duit & belajar buat rumah ~ manalah tahu lepas pencen jadi pemaju perumahan pulak ... (p.s. angan2 'businesses' yg entah ke berapa, yg pertama sekali jadi tauke bawang kat pasar malam masa mula2 kawin dulu! Hahaha ...).

2 comments:

Hasbiah said...

Muni, entah kenapa dah 2,3 kali yang lepas komen saya tak lepas. Kalau Muni perasan, saya dah jadi member blog ni sampai 3 kali. Tolong delete dua drpnya sbb saya tak tahu nak buat macamana... buta komputer.

Teringat juga masa mula-mula nak buat rumah dulu iaitu 11 tahun yg lalu. Similar case, emak suruh buat sebelah rumah dia dan masa tu keadaan ekonomi tak stabil lagi. Kami bina juga rumah tu dan sampai sekarang tak pernah menyesal kerana sedikit sebanyak dapat berbakti kepada ornag tua sbb 7 daripada 10 adik beradik tinggal di luar kelate..harap semua berjalan lancar.

muhaini said...

Yah .. hehe saya perasan. Saya pun 2X5 dgn Yah bab komputer. I'll try. Alhamdulillah ... kita merancang tp perancangan Allah lebih baik.Glad you're happy. Thanks.