Ziarahi anak saudara suami yg disahkan doktor kanser hati tahap 4.
Pembedahan kali pertama, doktor keluarkan serpihan2 hatinya yg telah hancur!
Pembedahan kali ke dua, untuk 'pack' balik hati yg tersisa.
Pembedahan ke 3, untuk pastikan hati yg di 'pack' berfungsi ...
Firman Allah SWT, yg bermaksud:
"Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab ...." (Az-Zumar:10)
Apabila mendapat khabar sanak saudara, rakan taulan atau jiran tetangga sakit, maka bersegeralah ziarahi mereka. Ziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam.
Adab Mengunjungi Orang Sakit
Antara adab ketika ziarahi orang sakit;
1. Selalulah kunjunginya, sekali dalam 2 -3 hari, untuk gembirakan hatinya & mengurangi kesakitannya.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang muslim apabila dia mengunjungi saudaranya, sentiasalah ia dalam khirfah syurga hingga dia pulang."
Sahabat bertanya: "Apakah dia khirfah syurga, ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Memetiknya."
(HR Muslim dari Thawban)
2. Berdoa kepada si sakit ketika duduk disebelahnya.
Rasulullah SAW bersabda: " Siapa yg mengunjungi orang sakit yg belum datang ajalnya,
maka hendaklah dia membaca doa ini sebanyak 7 kali;
"(yg ertinya) Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung,
Tuhan Arasy yg agung, supaya menyembuhkan engkau."
Maka Alllah akan menyembuhkannya dari penyakit tersebut."
(HR Abu Dawud dan Tirmizi dari Ibnu Abbas r.a.)
3. Hindarilah menakut-nakuti pesakit, jangan terlalu banyak bertanya kepadanya, dan jangan menyebut orang yg mati kerana mengalami penyakit seperti yg dialaminya.
4. Gembirakan hatinya & beri keyakinan diri kepadanya. Beritahunya betapa besarnya pahala yg diberi Allah kepadanya jika bersabar dengan salah satu ujian Allah ini.
Hadis dari Ummu Salamah r.a. katanya, Nabi SAW bersabda:
"Jika kamu menghadiri orang sakit atau jenazah, maka cakaplah yg baik,
kerana sesungguhnya malaikat meng-amin-kan apa yg kamu katakan."
5. Kekanglah mata dari memandang aurat pesakit atau perkara yg berkaitan dgn keperluan2nya atau ubat2 khususnya. Juga hindarilah dari duduk lama2 kerana akan menggangngu rehatnya, kecuali atas permintaannya.
6. Pesanlah kepada ahli keluarga pesakit & orang2 yg berkhidmat untuknya agar melayannya dgn baik & banyak bersabar terhadap perbuatan & kata2 yg keluar dari si sakit.
7. Mintalah didoakan oleh si sakit (yakni setelah mendoakannya terlebih dahulu), kerana orang sakit amat hampir kepada Allah SWT.
Hadis dari Umar bin Khattab r.a. katanya, Nabi SAW bersabda:
"Apabila engkau mengunjungi orang sakit, maka mintalah agar dia mendoakan engkau,
kerana doanya seperti doa malaikat."
8. Jangan makan makanan yg dihadiahkan kepadanya atau makanan yg telah disediakan untuknya. Sekiranya kita makan makanan tersebut, hilanglah pahala ibadah ziarah itu.
Ganjaran Amalkan Ziarah orang sakit/sesama Islam
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidaklah dari seorang Muslim pun ketika menjenguk saudara Muslim lainnya dengan segera, kecuali berselawat kepadanya 30,000 malaikat hingga petang harinya. Jika dia menjenguk di petang hari, akan berselawat kepadanya 30,000 malaikat hingga pagi hari dan adalah baginya kebun disyurga."
(HR At-Tirmizi)
Ali r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak seorang pun yg menjenguk orang yg sedang sakit di pagi hari, kecuali keluar bersamanya 70,000 malaikat yg meminta keampunan baginya hingga petang harinya.
Barangsiapa yg menjenguknya di petang hari, akan bersamanya 70,000 malaikat yg meminta keampunan baginya hingga pagi harinya."
(Sahih Al-Jami')
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yg menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Ta`ala, maka terdengarlah suara yg memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga."
(HR At-Tirmizi)
MasyaAllah! Subhanallah! Allahhuakbar!
Rujukan:
Tips Cemerlang Utk Pesakit (Sheikh Badiuzzaman Said Nursi)
Sifat & Sikap Anak Yg Dicintai Allah (Abu Muhammad)
No comments:
Post a Comment