Omputeh kata 'zest for life' ...
Seingat saya, dari kecil , Ibu sangat bersemangat bila buat sesuatu. Terutama yg melibatkan kanak2!!
Musim wau ... dialah yg bersemangat buat wau untuk kami (kami & anak2 jiran cuma perlu sediakan buluh & kertas wau ... benang & gam dia urus). Kami (ibu & budak2 + saya & adik2) akan tekun buat satu persatu wau hingga semua orang dapat!! Kami diberinya sepenuh kebebasan untuk buat sendiri corak & aksesori wau (rambu2, ekor, busur). Selepas tu ... ibu akan ikut kami sama2 ke padang sekolah main wau!!
Musim banjir ... ibulah orang pertama yg 'excited' bila banjir
Dialah yg beriya2 ajak ayah & kami, pergi ke tempat2 yg dinaiki air
'Main air bah' ... kegemaran orang Kelantan, tp ibu (orang Penang) 'lebih sudu drpd kuah' ... hehe
Masa kami menetap di pekan P.Puteh, Kelantan, rumah kami tepi sebuah anak sungai.
Jadi, bila musim tengkujuh, anak sungai itu pasti melimpah dan rumah kami pasti dinaiki air.
Paling kurang pun, 2-3 anak tanggga akan tenggelam (pernah sekali sampai anak tangga akhir, hampir cecah lantai rumah). Dan, Ibu orang paling gembira !! (orang sekeliling dok risau takut kena pindah ...huhu)
Kami diberi sepenuh kebebasan main air bah!! Kawan2 akan datang ke rumah kami ... seronok betul!!
Kami main sampai gigil2 & kecut jari2 ... (^_^)
Che Ani dgn pos ala heroin hindustan .. |
(p.s. Ibu pun ikut juga ... konon2 nak 'supervise' kami. Tapi selalunya dia yg lebih. Siap keluar pelampung tayar lagi!! Haha ...) Kawan2 Ibu dah tahu perangai dia ... suka main air bah!
Mandi pantai pun kesukaan dia juga. Sebulan, 2 - 3 kali kami ke Pantai Bisikan Bayu. Lepas mandi (pantai atau air bah), pasti ada makanan & milo o panas untuk kami. Itu yg menyebabkan Ibu jadi feberet kanak2 ... dia layan mereka mcm kawan2.
Kalau sebut Che Ani, semua orang/kanak2 kenal. Che Ani, orang Penang yg ada tahi lalat kat pipi tu!!
Ibu, pada pandangan saya ... seorang yg serba boleh.
Selalu ingin cuba sesuatu yg baru ... dia akan buat/usaha sungguh2, sampai boleh. Ibu juga peramah, mudah dapat kawan.
Saya? Saya ikut Ayah ... pendiam, tak pandai nak 'gebang' (kata org Penang).
Masih ingat ketika kecil ...Ibu belajar jahit. Selepas kes tempahan baju sekolah (dulu2 mana ada jual 'ready-made') kami 3 beradik tak sempat siap, kena pakai baju lama ... marah ibu bukan main!!
Selepas dari itu, setiap tahun Ibu jahit baju sekolah & baju raya kami. Baju kemeja kerja ayah pun Ibu jahit!!
Saya? Jahit kain sarong boleh la ...
Kalau Ibu jahit baju saya & adik, Anum, paling 'best' sebab macam2 fesyen terkini Ibu buat (Ibu siap beli majallah omputeh pasal fesyen baju terkini) ... ada 'bare-back', mini skirt, kain-sempit, seluar kembang, maxi, gaun, hot-pant, vest ... rasa2 Ibu tak pernah jahit baju kurung untuk kami (Makcik Gayah yg jahit!)
Hobi Ibu tanam pokok. Pantang berjalan ke mana2, pasti dia akan bawa balik sepohon dua tanaman baru. Kadang2 kalau dia terpandang pokok2 yg dia berkenan, Ayah kena hentikan kereta & Ibu tanpa segan silu akan ambil aje pokok tu (kalau bukan kawasan orang) atau minta aja dari tuannya (walaupun tak kenal!!). Depan, belakang & keliling rumah, penuh dgn pokok2 ~ belimbing, kari, limau kasturi, dokong, rambutan, kelapa, mangga, manggis, jambu air, kedondong, salak pun ada ... itu antaranya. Oh ya! ... pokok bunga?? tok sah cakap la ...
Saya? Pandan dlm pasu tu ... kuning semacam dah daunnya. Kesom ... nyawa2 ikan dah!!
Tapi, serai, kunyit dan daun bawang ...OK tau!!
Ibu juga 'business woman'. Masa saya sekolah menengah dulu, saya selalu tolong Ibu buat biskut & kek. Musim raya paling sibuk ... sebab kat kampung masa tu, Ibu sorang saja yg pandai bab ini. Tempahan dari jiran & rakan2 sekolah ayah ... tak menang tangan!! Bila dapat tempahan kek, aisingnya saya yg buat ... bahagian dekorasi (ehem2). Dan bahagian menulis ucapan (hepi besday ka, selamat pengantin baru ka, selamat bertunang ka ..) itu serah pada pakarnya ...Ayah saya!!! sebab tulisan dia cantik sangat. Ibu juga ambil tempahan gubahan hantaran. Seperti biasa, saya tolong bahagian hiasannya. Oh! Hampir lupa, tumpi kacang hijau Ibu juga 'famous', tempahan wajib dari kawan2 semasa saya menuntut di ITM Dungun.
Bab memasak ... semua orang akan kata, masakan Ibu yg terbaik!! Kan?!! Begitulah saya ...
Tapi, kepakaran Ibu yg paling menyerlah (sampai sekarang saya tak dapat2 nak buat sepertinya) ialah ... masak asam pedas, sup kaki lembu/tulang, kari ikan (mestilah orang Penang), sambal belacan dan cicah air asam untuk ikan bakar. Semua orang puji ... kalau buat jamuan berbuka puasa kat surau, semua berebut2 nak masuk hidangan Che Ani (sungguh!!). Itu testimoninya ... tak caya, tanyalah orang kampung/rakan Ibu saya. Hehe ... promosi lebeh2 pulak. Resepi ibu? Main campak apa yg ada ... itu pemerhatian saya. Dalam tak cukup bahan pun, masakan yg dia sediakan lazat tak terkata. Itulah berkatnya air tangan ibu ... memasak sepenuh kasih & jiwa raga, demi suami, anak cucu. Suami pun ternanti2 masakannya setiap kali kami pulang ke kampung. Jeles saya!! Tapi itu hakikatnya ... huhu
Wah! Panjang lebar pulak bila cakap pasal Ibu ni ... banyak lagi nak cakap. Sambung lain kali aja. Mungkin histori sikit latar belakang dia masa kecil (sedih tau ...) dan cerita2 dia dgn cucu2nya.
Moga hari ini lebih baik dari semalam ... InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment