Jumaat (kadang2 Sabtu) setiap minggu adalah hari untuk ziarahi kedua ibu kami di kampung.
Tahun 2012, ibu suami 93 tahun & ibu saya 71 tahun. Dua2 ayah dah tiada ... (moga Allah ampunkan segala dosa2 mereka & tempatkan roh mereka bersama2 orang yg soleh. Amienn ...).
Ia rutin wajib kami sejak pindah ke Kelantan.
Kadang2 Muaz & Amar protes juga ... ye lah budak2.
"Mama, Adik rasa nak rehat kat rumah aje .. (padahal nak main PS)"
"Mama, kita gi jalan2 la pulak minggu ni ... " Muaz kadang2 bersuara.
Tapi, mana mungkin kami sampai hati membiarkan kedua2 ibu kami ternanti2 kedatangan Jumaat.
Kalau lambat sampai pun mereka dah mula bertanya (tugas adik saya telefon tanya kenapa tak sampai2 lg), inikan pula kalau lansung tak balik.
Tahukah anda?
Saya dah suami sudah mula merasakan apa yg mereka rasa ...
Dikala usia semakin senja, anak2 dah dewasa & jauh dimata ...
Setiap kali cuti panjang (2 -3 hari panjang dah!) satu Malaysia ...
~ Rindunya & ternanti2 kepulangan anak2 semua ...
Lalu, apalah sangat pulang ke kampung setiap hujung minggu!! Yg pentingnya;
~ kami mahu bahagiakan mereka berdua (selagi mereka/kami masih ada),
~ kami sdg tunjukkan contoh melalui teladan (pd Muaz & Amar ... agar ketika kami tua & tidak berdaya kelak, mereka sentiasa ziarahi kami pula!)
~ kami sebagai talian hayat yg hubungkan mereka dgn abang2/kakak2/adik2 lain yg tinggal jauh,
~ kami masih lagi anak mereka (walau dah lepasi angka 50, walau cucu dah berderet sekalipun)
Itu antaranya ...
p.s. Jangan bila tua nanti dok tertanya2 kenapalah anak2 tak ingatkan kita. Raya pun tak balik2 juga ... (jem bukan alasannya)! Mungkin kita sedang tunjukkan contoh begitu kpd mereka ... pentingkan jln2, makan angin satu keluarga dari ziarahi ibu bapa yg sudah tua ... didesa yg tak seberapa!!!
Ingatlah, 2 perbuatan yg Allah balas tunai didunia lagi ialah ~ derhaka kepada ibu bapa & zina!
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment