~ kain sarung, bulat di atas sejadah!!
~ tudung ubat gigi, tergolek dlm sink!!
~ pintu almari, ternganga minta ditutup!!
~ tuala basah, tersangkut kat kerusi!!
Abang!!!!! (jerit manja tapi dlm hati dah jadi singa ... baru2 kawin kena kontrol ayu, sopan santun!! Bukankah itu yg memikat dia dulu??)
Tapi ... bila ianya berlarutan, tahap kesabaran pun menipis. Nak2 dah berbadan dua ... ada alasan untuk sabitkan kemarahan (hehe).
Beritahu sudah, kias sudah, bebel pun sudah ... bolehke isteri marahkan suami? Bukankah berdosa tinggikan suara pada suami?
Gitulah antara asam garam kehidupan awal berumahtangga.
Pertembungan dua insan yg berbeza didikan, suasana latarbelakang keluarga, serta kebiasaannya ... yg tiba2 bersatu, tinggal sebumbung!!
Biasanya isterilah yg banyak 'undang2nya' (hehe), ... pas tu memendam rasa pun kerana 'undang2'nya juga (huhu) ...
Tidak betah menerima hakikat diri sebenar pasangannya, banyaknya yg tidak disangka (masa bercinta mmg semua indah belaka), mcmlah dirinya sempurna!! (tetapi org lelaki jarang bersuara ... malas cari nahas percuma, haikkk!!)
Usahlah kita cuba/memaksa dia berubah ... buat U-turn tergesa2, bahaya!!
Biarlah jika dia bahagia gitu ... lepas laku, bebas di rumah sendiri
Inilah ladang pahala wanita yg bergelar isteri ... Maka,
~ Kutiplah pakaian/tuala bersepah ... sidailah. Pahala untuk kita!!
~ Tudunglah balik ubat gigi, agar tidak dimasuki semut/lipas. Pahala untuk kita!!
~ Tutuplah pintu almari (bukan susah pun, sambil lalu, kuis je dgn siku!). Pahala untuk kita!!
~ Kutip & susunlah suratkhabar/majallah yg bersepah dilantai. Pahala untuk kita!!
Banyaknya ... (memang banyak jika kita sabar, ikhlas & redha ...)
Jadi, bila ada anak2 nanti, kita sudah berpengalaman diduga.
Maka, didiklah anak2 untuk biasakan diri bersih, kemas, teratur & disiplin ...
"Nasihat yg diulang2 akan jadi amalan
Amalan yg diulang2 akan jd sikap
Sikap yg diulang2 akan jd tabiat
Tabiat yg diulang2 akan jd budaya"
Oh ya ... jangan pula lupa, bila suami dah pun mula ringan tangan, tiba2 ...~ sidai tualanya diampaian
~ susun balik suratkhabar sesudah dibacanya
~ letak dlm sinki, pinggannya sesudah makan
Ucaplah Alhamdulillah & terima kasih padanya, pasti suami bangga dihargai ... berkobar2 nak tolong lg!
(Benda2 gini kecil buat kita, tapi besar untuk dia. Ini soal kemachoan, harga diri lelaki ~ org kita mmg di 'train' gitu, sejak dulu2). Hargailah dia setiap kali buat benda2 kecil (dimata kita) ini (^_^)
(p.s. kalau kita perli, 'confirm' lepas ni dia tak tolong lagi ... ego lelaki!! Ingat tu.)
Sabda Rasulullah s.a.w. yg bermaksud;
"Allah tidak memandang dengan pandangan rahmat kepada seorang isteri yg tidak bersyukur kepada suaminya ketika dia tidak tahan hidup bersamanya." (HR Abdullah bin Amir)
p.s. Kalau saya rasa marah/kecewa yg amat pada suami, saya cepat2 ingatkan diri;
~ balasan azab Allah s.n.w. pada isteri yg derhaka
~ syurga di bawah tapak kaki suami
~ saya dulu banyak berdosa, rumahtangga adalah peluang saya, ladang pahala saya utk saya tuai sebanyak mungkin pahala, insyaAllah dpt kontra dosa2 lama!
Itu antaranya ...
p.s.2. Jika saya tersasul juga ... (Adik tak leh brek (brake), kata Amar), saya akan cepat2 minta maaf dari suami. Kita takkan tahu bila kita/dia akan dipanggil NYA. Saya tidak mahu jadi isteri derhaka ...
"Marah bermula drpd kejahilan, dan berakhir dgn penyesalan"
(Pemikir Greek ~ Phythagoras)
p.s.3. panjang pulak tazkirah jumaat kali ni ... maap ya!
No comments:
Post a Comment