Kebun abang ipar bersebelahan rumah kami. Sebenarnya tanah tu tapak rumah utk anaknya ... tp abang ipar ni jenis yg tak boleh duduk diam. Semenjak pencen, lagilah banyak aktiviti dia ... termasuk berkebun. Rasanya tangan dia sejuk cam mak mertua juga ... tanam apapun, semua menjadi. Jiran2 jauh dan dekat dah merasa pelbagai buah tangan dari kebun dia ... jagung, bendi, kacang botor, cili padi, keladi, kacang panjang, kangkung, kesom ... dan of coz kami sentiasa ada supply percuma sayuran2 nih ... boleh petik anytime, dah dapat 'green-light' ... hehe.
Nenas baru berputik, tapi pisang2 yg ditanam dah mula berbuah dan ada yg sudah boleh dituai. Hari tu dapat pisang kebatu (xtaulah orang negeri lain panggil apa ...). Mama rebus buat sarapan pagi ... Mak's favourite. Cicah dgn kelapa parut gaul sedikit garam dan gula ... woh! sodap sangat! Sedap juga digoreng. Dua hari lepas, dapat pisang nangka pula ...
Mama kalau pisang nangka, tak buat lain ... sira atau pengat jer ... menyangkut sangat kata oghe Kelate!
Mama suka sira pisang yg tak berkuah sangat ... suka yg berkaramel dan sesikit hangus pisangnya. Caremalised kata omputeh. Pisang nangka yg masak sangat, xsesuai buat sira nih. Biasanya Mama rendam dulu pisang yg dah dikupas dan potong serong (ikut suka) dlm air kapur ... anggaran 1/2 jam. Tujuannya agar bila disira nanti tak lembik.
Pastu Mama letak gula secukupnya dlm periuk, letak sehelai dua daun pandan, dan 3-4 kuntum bunga cengkih. Baru susun pisang (bilas bersih2 agar xder sisa kapur, nanti pahit) atasnya. Tudung periuk dan masak di atas api sederhana hingga gula buih dan agak hangit (cam buat gula hangus). Masa ni, Mama tambah sedikit air panas agar ada kuah sikit (kalau nak kuah banyak, tambah banyak le ... tp pastikan berpadanan dgn gula tu ..). Mama tak kacau tp goyang2 jer periuk tu (hehe ... ) agar mesra air yg dituang td dgn gula dan pisang. Biarkan ia mendidih sekejap, angkat!
Haa ... itulah sira pisang versi Mama. (^__^)
No comments:
Post a Comment