Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

20 September 2013

Bila Mak rindu ....

Mama tahu Mak (ibu mertua) merindui rumahnya  ...
Memang duduk rumah sendiri lebih selesa ...
Mesti Mak rindu kerusi tempat dia baring diruang tamu  ...
Kerusi diberanda ... tempat Mak berehat setiap pagi dan petang
Rumah Mak tepi jalan besar ... mesti Mak rindu lihat kenderaan lalu lalang  ... bila lori treler lalu  ... bergegar rumah, sound-effect tok sah kira, siang maupun malam
Mesti Mak rindu lihat aktiviti kedai keropok lekor Ecu ... lihat pelanggan dgn pelbagai jenama dan warna kereta, bas, lori pun berhenti juga  ... motorsikal pun ya
Mak rindu pokok rambutan, mangga dan dokong dia .. yg sedang galak berbuah, lebatnya ... Mak tanya hampir setiap hari, "Banyok ko buah?", "Tok gi amik ko?"
Mak rindu jiran2 yg sering datang bertandang ... tanya khabar dia, bawa kuih/lauk kegemaran dia ...
Lihat kambing, lembu, ayam ... bebas merata
Kat sini, rumah kami ... mana ada itu semua!
Senyap sunyi ... dah lah jauh dari jalanraya, jiran keliling semua berkerjaya ... ayam,itik lembu, kambing ... lagilah tak ada!
ASRO adalah  ... temani Mak sepanjang masa (kadang Mak tengok, tp banyaknya dia tengok Mak ... hihi)
Jadi bila Mok (mak Mama) datang ziarah ... sekali sekala,
Mak bisik kat Mok ...
"Nok kelik (balik) rumoh ambo ..." (-__-')

No comments: