Saya suka membaca! Hasilnya, majalah2 lama berlambak dalam setor. Hendak dibuang gitu aje, sayang pulak. Membazirkan?? Hendak dijual, nilainya tak seberapa kerana susah untuk dikitar semula (faktor kertas warna).
|
Cetusan idea dari `The Star' |
Dilema saya terjawab melalui sebuah artikel dalam suratkhabar The Star. Terima kasih Teresa Wong, You Can Do It (Startwo, HOME :03/11/2008).
Artikel dia buat bakul kecil, tapi saya ni malas sikit. Jadi saya buat lapik pinggan/periuk dan bekas pensel aje ... dan saya beri pada kawan-kawan, sanak saudara. Sekurang-kurangnya saya tidak membazir dan dapat juga menyumbang kepada kempen `Kitar Semula'.
"Kitar Semula" ini langkah kecil saya demi bumi tersayang yang tenat kerana pencemaran di mana-mana. Anda?
2 comments:
nani ada 1... ambik masa kt bertam dulu.. nani simpan n letak brooch.. ^_^ nway, thanks bekas yg kiut..
Miss FHT, tq .. rindunya kat Ipoh!!
Post a Comment