Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 August 2014

Kerana Manggis ....

Lucu sungguh hari ni.
Senang rupanya bagi wanita berusia seperti Mak dan Mama nak jadi femes  .....
Hanya disebabkan sepohon anak manggis yg Mama beli,
Sewaktu meneman Mak dipasar minggu ... pagi tadi,
Yang Mama bawa ke hulu ke hilir, ikut Mak, asal dia senang hati  ...
Kami jadi tumpuan, macam selebriti  ...
Setiap langkah, dan tempat disinggah  ...
Ditegur, disapa orang keliling,  yg tak dikenali.
Diekori, disekat  ... disoal siasat!
Kat mana beli? Berapa harganya? Ada banyak lagi?
Hingga terdetik dlm hati  ... mau je ditampal rega didahi ...
Lengoh dok layan soalan sama  .... tak jawab kang, kesian pula.
Yang agak terasa, 'statement' malu muka dari sorang penjual sayur, "Eh! Bukan ke sekejap tadi dah lalu ikut sini? Tak lenguh ka bawa pokok tu ke sini sana?"   .... Sabar ajelah!!! (rasanya kalau tak bawa pokok manggis tu, takderlah ketara, tak siapa nak perasan ... lalulah berapa kali pun. Tak siapa heran ... kan!?)
Sampai dikereta ... baru rasa lega  .... kami berdua sakan ketawa!
"Minggu depan kita nak beli pokok apa pula?"
Tanya Mak  .... selamba.
(dlm hati: Eh! Mak gurau ke serius aaa? Ye lah, tadi rata2 yg menegur, bertanya tu ... jejaka2 senior  ... hahaha!!! Sori Mak! Saja2 usik je  ... hihi)

p.s. penjual kata, manggis ni jenis yg 4 tahun dah berbuah dia. Manggis kampong, biasanya 7 - 8 tahun ambil masa. Testimoni dari pengunjung dan penjaja yg dah beli, yg menyokong dan mengiyakan kenyataan penjual pokok tu  ... pun ramai juga. Insya Allah  ... gitulah hendaknya. (^__^)

2 comments:

Al-Manar said...

Kalau saya beli macam macam pokok dari padar tani tak ada seorang pun tegur! Yang penting orang yang membawa agaknya, bukan yang dibawa.

muhaini said...

Mungkin ya, tapi rasanya hanya kalau kita bawa sesuatu yg menarik minat orang awam .... Hehe.