Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

23 January 2014

Rumah Biasa2 .... Bila cuti

Seminggu tak bersiaran  .... Mama busy .... cuti Thaipusam (anak yg jauh nun diibukota balik, anak menantu juga berkampung disini, campur warga sediaada  ... happening la ... hihi) ... busy kat dapor, apa lagi!! (^__<). Yang paling seronok, adik bongsu Mama dan Mok bawa kek harijadi buat si Anas (Mama's no. 4) ... spontan, surprisedkan dia!! Memang havoc time tu  ... entah apalah jiran keliling kami kata ... Rumah Biasa2 yg selalunya sunyi ... tiba2 gegak gempita dgn hilai ketawa (now missing those moments pulak!! ... huhu).

p.s. pengumuman buat anak2 Mama .... kalau nak happening masa hari lahir .... baliklah PP ya! Takderlah makan biskut cicah air suam jer kalau dok sorang2 sana  ... hehe. Btw  ... Abe, Anas, kek marble, kek buah dan karipap yg Mama bekalkan tu dah makan ke belum??? Takut lupa  ... sebab diibukota, life is like in the fastlane, on the go sokmo!

Dan seronok sungguh bila ramai2 operasi cuci2 keliling rumah! Panas, penat ... tak terasa. Mamalah  .... feel like the happiest mum in the world! Sedap mata memandang keliling rumah sekarang ... terima kasih semua! Walaupun terpaksa korbankan pokok keledek yg merimbun dan hampir 'conquer' kawasan tepi rumah, perlu akur bahawa itulah juga sarang nyamuknya. Pun niat masa semai 2 ketul ubi tu utk pucuknya, bukan ubinya  ... dah berkali2 kutipnya. So, sadly for the last time, last harvest  .... Mama kutip segala pucuk ubinya ... dapatlah satu beg plastik besar. Beri jiran dan kedua2 mak dikampong (feberet mereka, celur ciciah budu ... ). Nanti nak tanam lagi  ... jauh sikit dari laman rumah. InsyaAllah.

Seperti biasa, bersilatlah kita kat dapur ... cooking a storm to rewards jobs well done ... takper. Seronok lihat semua berselera, makan dengan gembira! Licin semua!! Sigh!! Dok flashback lagiiiii
OK! OK!
Hmm! Bila fikir balik  .... anak2 pun tak ke mana2 cuti kali ni. Selalunya pasti ke Rantau Panjang dan KB. Mereka hanya ke Tok Bali, pekena pulut ikan bakar dan maggi ketam  ... Mama dan Ayahnya tak join ... lewat malam bukan untuk kami lagi  ...

Haa! Itu cerita aktiviti kami cuti kali ni. Seminggu tak bersiaran, banyak sebenarnya nak 'story'  ...
Itu lain kali ... yg ni pun dah makan 3/4 pagi nak karang, edit dan  publish. Tenet oh tenet  .... dah lah cam iklan biskut chipsmore tu  .... kadang2 rasanya laju lagi siput kat belakang rumah kami tu!! (~__~')

No comments: