Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

26 January 2014

Rumah WM Fasa 1 dah siap .... untuk dijual

Alhamdulillah rumah Abang Ipar yg hubby Mama Tok Mandornya dah siap! Fasa 1 ni hanya dua buah banglo saja .... setingkat dan setingkat setengah! Mama adalah cerita pasalnya disini  ...
Hari ni hari Ahad. Maknanya hari Mama update akaun Rumah WM! Sebab lama tak update selepas tutup akaun 2013  ... banyaklah sikit kerja! Bila lihat inbois- inbois berterabur dlm kotak, nak kena susun dulu ikut tarikh dan Fasa Rumah yakni, 1 dan 2 ... kena asingkan akaun depa  ... putuskan update blog Mama dulu ... hihi .... lepas tu bolehlah tumpu akaun2 pulak! (sebenarnya dah lama Fasa 2 mula  ... yg ni 3 buah banglo pula. 2 jenis setingkat, dan sebuah jenis setingkat setengah)
p.s. berkenan pula yg setingkat setengah tu  ... sbb ada bilik bacaan dan SETOR!!!  Kalau tidak disebabkan Rumah Biasa2 kami terikat dgn loan gomen, mau jer jual rumah kami dan beli yg ini  ... huhu. 
Walaupun Fasa 1 dah hampir siap sepenuhnya ... Mama dan Ayahnya busy pula dgn Fasa 2, terutamanya hujung minggu  .... time nilah Ayahnya pi supervise progress rumah, pi beli belah dan tempah keperluan menyiapkan rumah banglo Fasa 2 ni (tang ni lah Mama join ... tang shopping2  ... haha). Semalam ke Tanah Merah, beli ventilators untuk banglo setingkat setengah Fas 1 dan jubin untuk bilik air dan dapur ktiga2 banglo Fasa 2 ... pilih yg berkualiti cam jenama White Horse dan Venus ... . kami beli di Aik Hoe Ceramics sebab selesa, ruang pameran yg sistematik dan senang nak pilih serta banyak pilihan dan layanan yg amat bagus ( sama mcm gi Jakel Jln TAR dgn Datin hari tu  ... layanan one-to-one gitu  ...) Hehe  ... promosi percuma nih!!
Ehh! Akaun tak update lagi  ... kang big boss tanya ( hubby lah tu ... hihi), apa nak jawab??!! Dok rumah jer, bukannya kerja 9 - 5  ... huhu. Mama berundurlah dulu  ... tadi ingat nak buat N3 pasal Si PYO yg makin nakal tp penakut! Juga pasal pokok betik belakang dan tepi rumah tu  .... Insya Allah lain N3.
Sementara tu jom 'preview' Rumah WM Fasa 1, banglo setingkat setengah yg dah hampir siap ... p.s. yg setingkat dah pun ada pembelinya ... manalah tahu kot berkenan ... (^__^)


4 bilik tidur, 4 bilik air, 1 study, stor
ruang tamu, ruang keluarga dan dapur
luas rumah +/- 3,000 + kaki persegi (atas + bawah)
luas tanah +/- 6,000 + kaki persegi

No comments: