Anggaran usia PYO ikut usia manusia ialah dlm anggaran 6 bulan lebih. Ya! Seperti anak2 seusia itu, PYO semakin lasak dan berani. Jika dulu PYO ialah seekor kucing yg amat penakut (terutama dgn bunyi bising atau tetamu asing ... berdesup lari menyorok belakang kerusi, bawah meja, bawah katil, dlm bilik ... mana yg sempat! Hihi ...), sekarang dia lebih berani! Walaupun masih waspada dgn persekitarannya, dn tetamu asing ... dia kini sudah berani 'ventures' @ menerokai kawasan sekitar rumah. Pantang pintu, jendela terbuka ... lesaplah dia!
Paling suka memerhati ayam jiran sebelah, mengejar rama2 dan kupu2 ... kadang2 sang lebah pun dia terjah! Masih tak dapat beza mana yg 'harmless' dan berbisa. Tapi selalunya tak berjaya ... selalu kena main oleh mereka. Berpusing2 dia, lompat sini sana ... Mamalah yg ketawa sorang2 lihat gelagat dia. Kesian pula bila dia pandang Mama macam minta tolong ... haha.
kalau dah dlm posisi begini, tandanya letih sangatlah tu ... hehe |
Dan disebabkan hobi baru ni, PYO sering 'hilang' ... kadang2 berjam2. Puas panggil dan cari ... entah mana lokasi memburu dia. Akhirnya kami pasrah ... PYO dah besar! Mahu bebas ke sini sana .... Letih, lapar ... baliklah dia.
Tadi, setelah puas diluar sana (merata jugalah Mama cari dia, risau sebab dah sayang sangat kat dia ...), PYO pulang sendiri ... basah kuyup dia. Hmmm! Tak sempat mengelak hari hujan gamaknya. Tidak pun terbabas 'landing' dlm lopak air yg para2 burung sering berkumpul, ramai2 dok 'bercanda, mandi manda' .... ngeee
No comments:
Post a Comment