Baru perasan tak tahu betik jenis apa ni? Nampak sangat 'ignorant' pasal bercucuk tanam, ... tapi bila jiran sebelah rumah tanya ... sebab mereka kata tak pernah tengok betik dgn batang daun warna unggu ... baru perasan betik jiran, batang daunnya hijau semua! Mama ni hanya tahu betik ada dua jenis ... yg buahnya bulat dan yg memanjang .... yg pasti ... tahu makan aja!! Hehe ....
Seperti biasa, rujuk dgn 'google' .... ada gambar batang daun warna gelap, tapi buah depa bulat!! Mama punya walaupun masih ada sebulan dua lg baru masak (spt yg 'google' kata lah) ... panjang!! dan yg paling besar dah cecah dlm 11 inci panjangnya!!
Entahlah! Tak tahu nak cakap bagaimana teruja dan gembiranya perasaan bila lihat tanaman yg ditanam sendiri (dgn zero ilmu cucuk tanam), membuahkan hasil sebegini. Memang tak sabar nak lihat hasilnya ... harap2 semua buah2 dan bakal buah (sebab masih ligat berbunga tu ...) seperti dlm gambar di bawah ni, menjadi seperti yg diimpikan.
Siap beri tag nama lagi .... ^_^ |
Dan 'google' kata boleh mula nikmati hasilnya selepas 8 - 9 bulan tanamnya. Dan puncak lebat buah betik ni, antara 9 - 14 bulan usia mereka Mama punya rasanya dah masuk bulan ke 6 .... harap2 bulan besday Mama masaklah sebiji dua ... hadiah hari lahirrr .... InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment