Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

31 July 2013

Roti Daging Berkeju ala Lasagna


Tengahari semalam adik bongsu Mama, Ecu berkias2 betapa sedapnya roti daging cheese yg dia lihat kat satu blog masakan (yg dia lupa namanya ... huhu). Kakak yg baik ni (hihi!) faham sangatlah peel adik yg sorang ni  ... nak suruh buatlah tu!!
Bila lihat bahan2 dlm resipi yg Mama google, perfect! Lebihan telur putih masa buat biskut semperit dahlia paginya, dan roti yg dibeli entah bila, tak bersentuh ... dari membazir, why not cuba resipi tu.
Ada 2 resipi yg Mama berkenan, dr 2 blogger masakan yg femes dan marbeles. Pun ... maap la KNor Secubit Garam dan En Mat Gebu ... terpaksa derhaka sikit ... terpaksa olah ikut citarasa dan apa yg ada dlm fridge hamba (^_^')


 Tu dia eh! Roti Daging Berkeju ala Lasagna  .... 
Resipi asal, jenguklah blog tuan empunya ... yg ni, resipi selepas olahan Mama +/- ikut bahan yg ada. Muaz kata cam lasagna, tapi versi roti!!

Inti:
400 gm daging cincang (Mama guna jenama Saudi)
3 ulas bawang putih - cincang halus
1 labu bawang besar - mayang halus
1 1/2 sudu makan serbuk kari daging
(+ sesikit air, jadikan pes)
2 sudu makan sos tomato
1 biji tomato - potong dadu
lada benggala merah, hijau, kuning secukupnya - potong dadu
garam, gula secukup rasa
minyak utk menumis
2 senduk air - utk empukkan daging

5 - 8 kpg roti sandwich
1 biji telur + 2 biji putih telur
150 ml susu full cream

2 - 3 btg sosej (Mama guna yg perisa lada hitam) - potong nipis2
4 keping keju cheddar
parutan keju mozarella secukupnya
sedikit daun oregano kering

1. Tumis bwg putih, bwg besar hingga wangi dan masukkan pes kari, tumis sekejap.
2. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Kemudian masukkan bahan2 lain dan masak hingga agak kering. Angkat dan sejukkan.
3. Panaskan oven 190 C, alas dulang dgn kertas aluminium dan lengserkan sedikit marjerin (agar mudah nak keluarkan nanti)
4. Pukul telur dan susu hingga sebati.
5. Celup roti kedlm susu dan susun dlm dulang. 
6. Tuang inti dan ratakan. Letakkan 2 kepingan keju cheddar yg dicarik2kan sedikit.
7. Ulang proses 5 dan 6, hingga inti habis.
8. Susun roti dilapisan akhir, letak kepingan sosej dan tuang lebihan susu + telur (jika berbaki). Tabur keju mozarella dan daun oregano.
9. Bakar selama 30 - 45 minit. Angkat dan hidang dgn sos kegemaran atau just makan gitu jer ... 



No comments: