Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

22 July 2013

Air tangan Bonda ...

Bila anak2 yg dok jauh, nun di ibukota ... pulang nak berbuka puasa bersama2
Teringat dulu, Mama pun pernah begitu juga ...
Tiada lain ... melainkan rindu masakan bonda, berbuka dan bersahur bersama2
Ia bagai satu kemestian .... tak kira berapa usia kita
Selagi masih punya ibu bapa ... di desa!
Itu juga bukti bahawa ... betapa magiknya air tangan bonda
Walaupun masaknya hanya sekadar telur dadar, ikan singgang, sambal ikannya ...
Memang berbeza rasanya, dari yg dibeli, dimasak sendiri ... tak pernah bosan, sentiasa rindukan ...
Setiap anak pasti kata  .... masakan bonda mereka 'paling sedap di dunia!'
Dan betapa dipihak bonda pula ... gembira tak terkata
Bila anak2 beritahu nak balik kg. berbuka bersama2  ...
Kerah Ayahnya ... siap siaga segala bahan mentah dan kering,
.... ready nak marathon masaknya
Kalau boleh  ... semua permintaan anak2nya nak dipenuhinya ...
... masak hingga penuh meja ... gitulah perasaannya
Mahu anak2 berbuka, bersupper dan bersahur ... sempurna
Sebab Mama dpt rasa, mereka berbuka dan bersahur .... ikut apa yg ada, yg sempat belinya (kalau masih bersisa), otw balik kerja ...
Makanlah sepuas hati anak2, orderlah apa saja ... pasti Mama akan masaknya ... gembira lihat anak2 berselera!
Air tangan bonda, itulah perencahnya ... lazatnya makanan yg disedia dan masak ... sepenuh rasa curahan kasih sayangnya!
Lalu ... tak usah hairan, tak usah risaukan,
Kelak ... tak kiralah di mana, berapa usia anak2 nanti ... 
Mereka pasti rindukan masakan bonda ... saat berjauhan ... itulah magisnya!!!
Belajarlah memasak wahai kaum Hawa, bakal isteri, bakal bonda ...
Kelak ... air tanganmu akan jadi pengikat kasih rindu ... suami dan anak2 ... di mana jua mereka berada. 
Percayalah!!!

p.s.
- Terima kasih Mok dtg masak dan berbuka bersama kami semalam. Ikan cencaru sumbat dan ketupat sotong Mok ... memang tiada tandingnya ... the best! Forever ...
-  Anum! The ketupat sotong I 'kirim' thro' K.Cik was Mok's ok! Enjoy ...
- setiap anak pasti akan ada signature dish Mama mereka yg paling mereka rindu ... bersedialah utk masak macam2 permintaan mereka yg berbeza (^__^)

1 comment:

Wan Meiji said...

^_^ tqsm mama~