Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

28 July 2013

Ubat Pengasih ...

Hehe! Tajuk N3 yg gempak kan? Lama xbersiaran, Mama pergi berguru dgn bomoh gamaknya ... ye laa ... tiba2 kluar N3 begini!!!
No! No! No! Okay! Mana boleh bomoh2kan orang (esp suami! agar kasih n nampak kita sorang jer ... huhu) Dosa weh!
Sebenarnya Mama nak perturunkan sedikit petua, cara nak kemaskan lagi hubungan kasih sayang antara suami isteri, dgn anak2 ... agar sentiasa dlm suasana Mawaddah (kasih sayang), berlembut hati, mendengar nasihat (esp anak2)!
Wah! Expert nampak! Bukan! .... ni nak share ilmu yg Mama dapat masa zaman kerja dulu2, dari ustaz2, ustazah2 yg pejabat kami jemput seminggu sekali ... tazkira migguan ofis kami.
Ini yg Mama amal setelah sekian lama, n Insya Allah, sampai bila2 (Hah! Pecah rahsia ... hehe). Ekceli banyak lg sebenarnya ... ni bagi yg senang amal disamping dapat pahala ... Insya Allah ganjaran spt yg diniatkan juga ... yg penting ikhlas, kerana sayangkan mereka ... mahu bersama2 dunia dan akhirat ... syurga matlamatnya. Aminn ...
Rahsianya tiada lain .... Zikrullah!!

1) Mengamalkan setiap masa, 5 kalimat yg manafaatnya tidak akan putus selama2nya. Kalimat2 dlm Al-Qur'an yg diberi nama "Al-Baqiyaatus Shalihaat " yg Rasulullah SAW sebut dlm hadis sebagai kalimat2 yg masing2 amat ringan menyebutnya, tapi amat berat timbangannya diakhirat nanti ... ia itu Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallah, La Ilaha Illallah, La haula wa la quwwata Illa billah
... semua itu kalimat2 zikir mengingati Allah SNW ... perbuatan yg teragung dibumi Allah SNW ini, yg terhebat sbgmana Firman Allah SNW dlm surah Al- Ankabut, ayat 45, yg bermaksud:
"Sungguh-sungguh mengingati Allah adalah perbuatan teragung, terhebat dan tertinggi."

2) Mengamalkan Zikrullah Nama2 Allah  ... sebutlah namaNYA, pujilah DIA, fahamilah maksud dan pengertian nama2 Allah yg disebut itu, mohon dan doalah kepadaNYA atas sifat2NYA itu dgn penuh kesedaran, pengertian, kefahaman dan keyakinan. Sesungguhnya DIA Maha Mendengar, lagi Mengetahui! Ketahuilah bahawa menyebut nama Allah itu mempunyai pengaruh dan manafaat yg hebat dan besar sekali dlm pekerjaan yg kita lakukan, dan pula terhadap orang yg telah melakukan kerja itu. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
"Allah mempunyai nama-nama yg baik yg kita disuruh berdoa dengannya. Siapa yg menghafalkannya masuk syurga. "
- hadis riwayat Imam Bukhori, Muslim dan Tirmidzi dari Abu Hurairah r.a.

Zikir Pengasih  ...
"Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Rahman Ya Latiff, Ya Rahim Ya Karim, Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir"
(Yang Hidup Yang Berdiri Sendiri, Yang Pengasih Yang Halus, Yang Penyayang Yang Pemurah, Yang Mulia Yang Perkasa Yang Megah)
Amalkan dlm setiap kerja harian kita menguruskan keluarga spt semasa gosok baju, memasak, membancuh air  ... ketika bersama anak2, suami menonton tv, ulangkaji dsbnya (baca dlm hati dan tiup perlahan2 ke arah mereka tanpa mereka sedari p.s. jgn pula puh kanan puh kiri cam dlm citer P.Ramlee tu  ... hihi). Masa mereka tidur ... bacalah sebanyak mungkin, hembus perlahan ke ubun2 mereka atau hembus pada telapak tgn kita dan letak tangan kita perlahan2 di dada/hati suami/anak2  ... dlm semua perlakuan kita itu, dlm hati doalah, mohonlah pada Allah SNW agar dilembutkan hati mereka, agar mudah menerima nasihat dan menjauhi perkara2 yg mungkar/tidak baik!

p.s. mudahkan?! suami pun boleh amalkan juga ... buatlah yg sama pd isteri dan anak2 ... dgn niat mencari redha Ilahi, agar keluarga penuh Mawaddah dan diberkatiNYA ... agar Rumahku Syurgaku ... kalau dua2 buat, kan lg powernya!
Yg penting, faham dlm beramal dan ikhlas melaksanakannya kerana Allah SNW jua ...

JOM KITA PECUT 10 MALAM TERAKHIR NI  ... (^_^)

No comments: