Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

07 July 2013

Ya Allah, Jadikan kami orang-orang yg disapa Ramadhan ... I

Ramadhan hampir sudah. Perasaan dan semangat menyambut kedatangannya pasti berbeza2  ... tak sama, ikut individu. Pasti jugalah manafaat yg diraih darinya, juga amat2 berbeza, ikut niat dan cara kita memanafaatkanya  ... Ia bulan seribu rahsia. Kita raih apa yg kita usaha  ... pelbagai ganjarannya, baik di dunia apatah lagi di akhirat kelak. Yg berniaga, lumayanlah $$$$ yg masuknya ... yg pecut amal ibadahnya, beruntunglah mereka, yg sia2kan bulan yg mulia ini, no bonus utk mereka ... ruginya. Dan yg paling beruntung ialah mereka2 yg disapa Ramadhan kerana keikhlasan hatinya, hanya kerana Allah SNW semata2, memperlihatkan kebaikan dirinya ...
Rasulullah SAW menunjukkan rasa gembira menyambut kedatangannya,  serta menyampaikanya kepada para sahabat dan umatnya banyak nasihat dan pesanan ketika Ramadhan bakal menjelang ... menguatkan kita, memotivasikan kita, membangkitkan semangat kita  ... sebagai momentum dan permulaan yg baik menyambut bulan yg penuh berkat, rahmat dan keampunan ini ... bulan RAMADHAN.
Marilah kita hayati sebuah riwayat sahabat Salman al-Farisi RA, Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan para sahabat baginda,

"Wahai manusia, telah datang kpd kalian bulan yg agung dan penuh berkat. Di dalamnya terdapat suatu malam yg nilainya (ibadah) lebih baik dari seribu bulan. Allah menjadikan puasa pd siang harinya sbg sebuah kewajipan dan menghidupkan malamnya sbg perbuatan sunnah. Sesiapa yg mendekatkan diri (kpd Allah) dgn satu kebaikan (pd bulan itu), seoalah-olah dia mengerjakan satu ibadah wajib pd bulan yg lain. Siapa yg mengerjakan satu perbuatan wajib, seolah-olah dia mengerjakan 70 kebaikan pd bulan yg lain. Ramadhan adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu balasannya adalah syurga. Ia (juga) bulan tolong-menolong, di mana di dalamnya rezeki seorang mukmin bertambah. Siapa yg memberikan makanan berbuka kpd seorang yg berpuasa (pd bulan itu), maka itu menjafi maghfirah (pengampunan) atas dosa-dosanya, penyelamatnya dari api neraka dan dia memperoleh pahala seperti orang yg berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yg berpuasa sedikit pun."
HR: Baihaqi
,
Kemudian para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, tidak semua drpd kita memiliki makanan utk diberikan sebagai makanan berbuka bagi orang yg berpuasa."
Rasulullah SAW bersabda,

"Allah memberikan pahala tersebut kpd orang yg memberikan makanan berbuka walaupun sebiji khurma, atau seteguk air atau sedikit susu. Ramadhan adalah bulan yg permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah maghfirah (pengampunan) dan akhirnya adala pembebasan drpd api neraka."
HR: Baihaqi dan al-Uqaili

Rujukan: Nasihat Ramadhan Daripada Orang-Orang Soleh, Sulthan Hadi, Kemilau Publika Sdn. Bhd.

No comments: