Ini kisah anak remaja Mama yg beriya2 nak belajar silat dan ilmu kebal ... suatu ketika dulu, selepas berlakunya peristiwa 9/11 ... katanya perlu siapkan diri utk pertahankan diri, keluarga dan negara Mama! Itu hujahnya ... (rasanya takut lebih dr segala ...)
Musykil Mama kerana silat yg dia nak belajar tu ... lain macam namanya, xpernah dengar pun! Berdaftar ke? Risau juga takut terlibat ajaran sesat pula.
Tapi anak dh nekad, dgn kawan baiknya J dan anak jiran belakang rumah ... mereka nak belajar juga. Kalau Amerika serang, siapa nak lawan mereka? Hujah seterusnya dia ...
Syarat nak ilmu kebal, xleh tinggal solat 5 waktu Mama, kan bagus tu. Hujah seterusnya ...
Tapi Mama masih xpercaya ... call sendiri sifu dia bila satu hujung minggu dia tak balik rumah semalamam, di mana dia mengiyakan ada program intensif 2 mlm. Jiran belakang pun sibuk bertanya hal yg serupa ... pergi tanpa beritahu ibubapa ... berbohong pula ... silat apa ka menda ni!!! Mama dan Ayahnya dah mula curiga ...
Pagi esoknya, anak call ... suruh ambil dia kat kg yg jauh dr tempat dia kata pergi belajarnya. Masa kami sampai, dia cam dlm keadaan terpinga2, terkejut dan lemah sekali. Tanpa tanya apa2, kami bawa balik, suruh dia mandi, makan dan rehat! Lepas zohor baru dia bersuara, cerita segala2 ... dah serik dan tak mau join silat ni lg. Lalu kami risik dari sedara mara ... memang kg ni femes tempat belajar ilmu kebal yg banyak menyimpangnya dari ajaran agama, salah guna ayat2 suci Al-Quran pun ya.
Hari tu anak2 remaja Mama belajar (yg lain pun kena tempias ceramah kami .. hihi);
1. Belajar ilmu kebal, yg kata syaratnya adalah solat 5 waktu xleh tinggal ... hingga tembak tak tembus, tikam tak lut, tetak tak luka, tak terbakar dek api ... maknanya solat bukan kerana Allah, tapi kerana syarat nak kebal! Allah terima ka kalau niat tu bukan kerana Dia? Orang kafir yg tak solat pun boleh kebal ... jalan atas bara api, tusuk badan dgn besi tajam, makan kaca dsbnya ... ???
2. Ajal maut ditangan Allah. Yg dicari ... kebal iman, bukan kulit yg xlut senjata kafir, tp iman yg xgoyah oleh segala godaan. Nabi Muhammad SAW pernah luka dimedan pertempuran, 10 sahabat pilihan Rasulullah SAW, Umar Ibn Khattab, Uthman, Ali, Talhah bin 'Ubaidullah ... antaranya, mereka semua mati kena tikam. Apalah guna kebal kulit kalau tidak kebal iman, kebal takwa. Pilihlah nak mati kebal kulit ke kebal takwa!
3. Seksa kebal kulit ni ... pernah satu ketika seorang guru silat dibawa ke hospital kerana serangan darah tinggi. Puas misi cuba nak cucuk lengannya, nak masuk ubat ... tak dapat. Cucuk merata tempat, tak lut! Nyawanya dlm bahaya ... mujurlah doktor sedar dia guru silat, lalu berkata, "Tok ada ilmu kebal ka? Tolong benarkan kami cucuk kulit Tok kalau sayangkan nyawa." Dlm sedar tak sedar, kumat kamitlah Tok baca ayat entahapa ... lepas tu, dapatlahlah misi dan doktor jalankan tugas meraka. Tok tu pun selamat dimasukkan ubatnya, dok dlm wad 2 - 3 mlm juga, dgn wayar berselirat dibadanya. Dibuatnya dia tak sedar masa tu ... guano gamaklah jadinya ... huhu
p.s. ... sebelum terlibat/amal sesuatu yg baru tu ... yg ganjarannya hebat sgt, cam boleh kurus dlm 2 hari, boleh sasa dlm sehari ... hoho, ada udang sebalik batu tu ... berhati2 ya anakku!
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment