Ramadhan tahun ni plan nak banyakkan penambahbaikkan ... bermula dari waktu sahur hingga berbuka dan malamnya ... Itu plan Mama dan Ayahnya. Akhir Ramadhan nanti akan post mortem aktiviti sebulan bulan puasa 1434 Hijrah ni ... kira cam penilaian prestasi jugaklah. Penilaian kami ... penilaian Allah SNW??? Tak perlu fikir ... just do it, seikhlas hati ... bukan nak menunjuk2, bukan kerana orang lain buat, awak pun kena buat, bukan kerana malu kalu tak buat, bukan kerana takut orang kata!!! Nawaitu yg pentingnya ... (berkhutbah pula Mama ni ... hehe)
OK! Semalam, 1st day ... errmmm! Sahur anak2 cornflakes + susu dan burger ayam. Mama dan Ayahnya ... nasi, sup sayur dan ikan goreng. Air suam jer ...
Berbuka?
Buah kurma , kailan goreng masin, ayam golek (yg tunjuk ler), air soya + cincau (Drinho punya, fav Mama), air mangga (Amar), air karot (Muaz) dan air suam (Ayahnya, request dia ... pastu kidnap air Amar, haha). Sederhana ka? Rasanya fail kat ayam golek tu ... RM22 sekor (tahun lepas RM18 - RM20) ... semua barang dah naik rega, same old story ... asal puasa, nak raya ...
p.s. jadi menu sahur pula ayam golek yg tak habisnya ... bisalahkan!
Hmmm ... hari ni Amar request puding gula hangus. Kena buatlah kan ... anak minta. Pastu tgk rakan blogger tayang puding gula hanyut (hihi) dia, lagilah semangat nak buatnya (p.s. fav semua nih!). Hari ni xmau ada yg tunjuk2 ... xmau g bazaar Ramadhan. Bukan apa ... takut tak tahan godaan ... semua benda nak beli!! Hari ni lauk masak sendiri ... tak fikir lagi, tengok apa selera 2 orang tu, balik sekolah nanti ...
p.s. tang amal xyah cerita la noo ... (^_^)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment