Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

05 January 2013

Bila bersedekah ...

Pagi tadi Mama dan Muaz ke kedai buku SMO (Sy. Muda Osman yg femes di Kelate), Pasir Puteh. Mak oii!! Ramai betul orang ... ngalahkan sales kat SOGO ... hehe. Sesaknya macam kat pasar malam Wakaf Che Yeh ... hingar bangarnya pula cam kat pasar ikan. Haha ... bersesak2, berhimpit2, aircon pun tak rasa lagi dah. Layan jelah Muaz menyopping keperluan sekolah dia ... pastu bila time nak bayar, kesemua 4 kaunter bayaran punyalah panjangnya Q ... huhu. Tapi, berbaloilah jugak, sebab beli lebih dari RM50 boleh beli bekas pensil SMO dgn harga 10 sen!! Mama beli 2, ... satu buat Muaz, satu buat Amar ... adill!! Mana nak dapat bekas pensil semurah tu ... 20 sen 2 ...
Setelah selesai, kami pun tunggulah Ayahnya datang amik depan kedai buku tu. Ayahnya cakap lambat sikit, jalan jem!! Tiba2 datanglah 3 orang gadis ke arah kami. Dari raut wajah dan pertuturan, jelas mereka bukan warganegara kita. Agak Mama, mereka dalam lingkungan usia 11 - 18 tahun. Gadis yg paling tua sekali terus menghulurkan sebuah buku Yassin kecil ke arah Mama, tanpa berkata apa2 ... tetapi bila Mama cakap, "Salah ni minta sedekah. Nanti boleh kena tangkap!". Pantas dia menafikan aktivitinya, katanya mereka bukan minta sedekah, tapi jual benda!! Betul juga ...
Kelemahan Mama, susah nak kata NO, nak2 bila lihat wajah mereka penuh mengharap ... kesian pulak! Tapi dlm masa yg sama, kat rumah tu banyak bebenar surat2 Yassin (yg beli, cenderahati perkahwinan, majlis tahlil ....), tak nak dah beli lagi. Tapi kesian dan tidak sampai hati pulak hampakan mereka. Lalu Mama keluarkan RM .... (hehe ... sedekah itu rahsia) dan beri pada dia sambil cakap "sedekah, sedekah" dan tak ambil buku pun Yassin bersaiz buku 555 tu. 
Dalam menunggu Ayahnya datang ... Mama tak lekang perhatikan gelagat 3 gadis tu. Pandai mereka cari lokasi strategik ... memang depan kedai buku tu tempat yg tepat buat aktiviti mereka. Mengejutkan! Rupanya buku Yassin yg kecik comel itu, siapa yg amik ... wajib bayar RM5.00. Ramai yg terkena ... ingat bayar ikut suka. Kalau diberi duit kurang dari RM5, mereka akan minta/ikut, sampai cukup/dapat! Yg dah terambik tu, nak pulang balik,dek kerana banyak mata yg memandang ... malu pulak dikata kedekut. Nak pula yg terambik tu lelaki ... tak macho la, mau saham jatuh menjunam ... takkan 5 hinggit pun nak berkira ... HAHAHA. Muka semacam jer masa kluar RM5, kelat! rela dalam paksa. Yg. menolak pun ramai ... macam2 alasan ... "Dah beli semalam/tadi, dah ada banyak dah, takder duit kecik ... dan yg paling lucu, takder air sembahyang, tak leh sentuh ... huar huar!! Ada juga 2/3 orang yg herdik dan marah mereka ... tapi mereka cam dah lali, tak kisah ... muka selamba jer. Kesian Mama perhatikan mereka bertiga ... rasanya mereka terpaksa buat gitu. Ada yg sedang perhatikan mereka agaknya ... kalau tidak masakan mereka beriya2 berusaha jual buku2 Yassin yg tak sepadan dgn rega RM5 tu ... Entahlah!!
Apapun, Mama tidak nyesal sedekahkan duit pada mereka walau pun tak seberapa. Mama niat kerana Allah ... Mama ikhlas nak sedekah. Memang dah lama Mama pegang 2 perkara ni dlm bab bersedekah ni ...
1) Apa2 yg boleh disedekahkan itu ibarat benih yg kita ada. Rugi tak tanamnya ... Tak tanam benih, mana dapat tuai hasilnya. Sedekah dgn ikhlas ibarat menanam diladang yg pahalanya dapat dituai utk dinikmati dunia lagi, apatah pula diakhirat nanti. Percaya ... bersedekah adalah keberkatan yg berpanjangan.
2) Jgn musykil atau ragu ketika sedekah ... tidak berburuk sangka kalau2peminta tu penipu. Mama ingat pesanan seorang ustaz kat radio suatu masa dahulu. Setiap sedekah yg kita hulur dgn ikhlas itu, sudah dlm pengetahuan dan perkiraan Allah snw. Dah dapat pahala bersedekah .... Apa yg sipeminta itu buat dgn pemberian yg dihulur, itu antara dia dgn Allah snw. ... tidak perlu kita tahu kesudahannya. Urusan kita selesai sebaik sahaja kita hulur sedekah itu. Selesai!! Fullstop!! 


No comments: