Dah seminggu tahun 2013 berlalu ... dan selama itu jugalah Mama rindukan budak 2 orang tu, Muaz dan Amar ... yg bersekolah di PPuteh dan tinggal dgn nenek dan Acu mereka. Terasa cam mereka dok asrama lak ... hujung minggu baru dapat jumpa. Hehe ... huhu ...
Rindu betul keletah mereka berdua ... setiap pagi sblm pergi sekolah dan waktu amik mereka dari sekolah. Rindu dengar cerita2 terutamanya Amar yg pastinya akan melapurkan banyak kisah disekolah ... tanpa diminta. Rindu pokpek pokpeknya ... Muaz! Biasalah orang tgh remaja ... sepatah tanya, sepatah jawab! Memang terasa yg amat ketiadaan mereka berdua. Missing them both very very much!! Juga rindu nak berleter dan marah2 sayang pun ya ... hehe
Pun, bila call mereka, terubat rindu ... seronok dan senyum sorang dengar cerita Amar yg sudah dapat ramai kawan baru disekolah baru ... bagaimana kawan2 barunya minta dia bawa bekal roti dan nuggets dlm bekas yg besar sikit ... haha. Missnya waktu2 sediakan bekal buat Amar bawa ke sekolah ...
Dan paling rindu, time Mama minta pendapat diaorang tentang sesuatu perkara yg kami tonton, baca, lihat ... seronok kerana kadangkala jawapan mereka diluar jangkaan kita/umur mereka ... kdg2 mengejutkan dan advance sgt! Esp. sikecik Amar ... budak2 zaman sekarang, tak leh nak sorok fakta/bohong ... silap haribulan, dia yg ajar kita pulak. Hmm ...
Hari ni bila Mama terbaca satu hadith, dimana Rasulullah SAW bersabda:
"Siapapun yg keluar rumahnya (untuk suatu tujuan), dipintunya ada dua bendera, iaitu bendera di bawah pimpinan malaikat dan bendera di bawah pimpinan syaitan. Apabila seseorang itu keluar untuk tujuan2 yg diredhai Allah, maka dia berada pada bendera malaikat, demikian seterusnya sampai dia pulang ke rumahnya. Apabila dia keluar untk tujuan atau pekerjaan yg dibenci Allah, maka dia berada di bawah bendera syaitan, demikian juga seterusnya sampai dia pulang ke rumahnya." (HR Ahamad dan Thabrani)
Terus teringatkan dua beradik tu. Hmm ... tentu seronok bincangnya dengan Muaz dan Amar. Tak sabar tunggu hujung minggu ni ... balik kampung, jumpa mereka ... nak dengar pendapat mereka. Pasti menarik!
Paling teruja juga nak dengar cerita2 dari Amar, sibongsu Mama ...
p.s. takkan abang2 dan kakaknya jeles kot .... (^_~)
Things that happened in your life, sometimes you want to remember, share and learn from it. This is my way of saying " I've been here ..."
Pages
Labels
Ceritalah
(295)
Me
(192)
diari ibu
(165)
Amar
(77)
Pesanan
(74)
Resipi
(74)
kucing
(73)
Kebun Biasa2
(55)
Rumah Biasa2
(46)
Yg Tersirat/Tersurat
(38)
cerita lama
(21)
Jalan-jalan
(20)
Jodoh
(18)
Cucu
(15)
3R
(14)
Puasa
(11)
Hawa TDS
(10)
Lawak sikit
(9)
PETUA
(7)
Kawan
(6)
Musing
(6)
Raya
(5)
Rumah WM
(5)
Lukislah anakku
(4)
Nature
(4)
ipoh
(4)
Haji
(3)
Migraine and I
(3)
No comments:
Post a Comment