Inilah pemandangan yg sebabkan Amar nak bela rusa ... Mula2 ingatkan anak2 lembu ... Gambar ni Mama amik semasa kami lalui sebuah perkampungan di Pasir Puteh (tak tahu pulak nama kg tu ... kena edisi siasat lain kali!). Gamaknya, anak rusa yg sedang duduk santai tu, kalau boleh cakap, tentu dia cakap, "Ibu, Ayah, Kakak! Tengoklah manusia satu keluarga tu ... cam tak pernah tengok rusa kan!!!"
Eh! Pernah .... banyak kali dah. Tu, kat zoo, kat ladang rusa, kat wetland, dan kat Pej.Haiwan Kota Bharu nun .... tapi, semuanya dlm kurungan! Tapi u ols, bebas sebebas bebasnya ... ha! Tu yg pelik + hairan! Takder kandang, hatta kawat sekalipun. Bebas meragut cam kambing, lembu kat mana2 kampung di sini. Tu yg terasa mcm kat safari pulak. Tu (berapa banyak 'tu' daa ... hehe) yg buat Amar dan Muaz, (Mama dan Ayahnya pun!) teruja nak bela rusa jugak.
"Eloklah ... nanti musim korban, orang korban lembu, kita korban rusa ... hebat, hebat!" - Ayahnya
"Mana boleh! Kesian kat rusa tu." - Amar
"Habis tu, bela buat apa kalau bukan utk makan dagingnya? Sedap buat BBQ nih!" - Mama
"TAK BOLEH!! Adik sayang kat rusa! Adik nak main dgn dia ..." - Amar
"Alaa ... sembelihlah yg bukan Adik punya." - Muaz
"Ayah, Mama ... tak kesian ke kat Mama, Ayah dan adik beradik rusa tu?"
PULAKK!!
Hahaha ... ni lah orang kata, Angan2 Mat Jenin ... bela belum lagi, dah bertekak entah apa2 ... Hehehe
"Adik nak bela jugak!!!"
Tengoklah dik! Ada rezeki, InsyaAllah .... best jugak kan!!!??
No comments:
Post a Comment