Pages

Labels

Ceritalah (295) Me (192) diari ibu (165) Amar (77) Pesanan (74) Resipi (74) kucing (73) Kebun Biasa2 (55) Rumah Biasa2 (46) Yg Tersirat/Tersurat (38) cerita lama (21) Jalan-jalan (20) Jodoh (18) Cucu (15) 3R (14) Puasa (11) Hawa TDS (10) Lawak sikit (9) PETUA (7) Kawan (6) Musing (6) Raya (5) Rumah WM (5) Lukislah anakku (4) Nature (4) ipoh (4) Haji (3) Migraine and I (3)

24 January 2013

Salam Maulidur Rasul 1434H - Azam

Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua  ...
Pada hari yg mulia ini, hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW ... marilah kita sama2 azam utk lebih maklum sirah Nabi Muhammad SAW, kata oghe Kelate ... cakna Sirah Nabi akhir zaman ini ... ambil tahu, hayati dan amalkannya. Sama2 perbanyakkan selawat dan salam kepada junjungan Nabi kita, Muhammad SAW, serta keluarga Baginda ... setiap masa, bukan pada Hari Keputeraannya sahaja. InsyaAllah. Ameen ....
Dan inilah juga sebahagian dari azam ke 2 tahun 2013 Mama, ... cari, tahu dan amal ...
Kalau azam pertama, 'recycle' n 'upgrade', maka yg ke duanya pula, 'refesh' n 'renew' ... Nak 'refresh' n 'renew' setiap kedatangan tarikh/bulan mulia Islam;
... Maal Hijrah, berubah ke arah yg lebih baik!
... Maulidur Rasul, hayati dan amal sirah dan sunnah Rasulullah SAW
... Ramadhan 1434H, perbanyak dan gandakan amalan
... itu antaranya.
Ya .... duniawi juga tak ditinggalkan. InsyaAllah, diberi kesihatan dan rezeki ... Mama ingin belajar buat roti dan pastri, rasa teruja dan seronok bila fikirkannya.
Juga ... ingin sudahkan impian menjahit dan menyulam, yg sudah sekian lama ditinggalkan. Kesian kain2 perca dan benang2 sulaman yg terperap sekian lama dlm simpanan!
Ada banyak lagi impian .... Bucket List Mama ... mudah2an segalanya tercapai ... am taking it slow n steady, one step at a time ... dengan izin NYA jua ... InsyaAllah.

"Wahai orang-orang yg beriman, janganlah kamu mengkhianati
Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati
amanat-amanat yg diamanahkan kepada mu, sedang kamu mengetahui" 
- Al-Anfal:27

Antara pesanan Rasulullah SAW dlm khutbah terakhir Baginda;
..... "Wahai manusia! Dengarlah kata-kata saya dgn cermat dan fikirkanlah.
Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian dua hal yg penting,
yg satu adalah Kitab Allah (Al-Qur'an), dan yg keduanya adalah Sunnah saya.
Apabila kamu taat kepada kedua-duanya, maka kamu tidak akan pernah sesat
selama-lamanya." .....

p.s. masaalah utamanya ialah ... cari masa n bukan alasan ... cari keazaman dan kekuatan ... istiqomah lawan kemalasan .... huhu!

No comments: