Tetapi satu kelainan pula semasa kami menetap di Kepala Batas. Ramai juga kucing2 yg datang 'survey', tapi entah mengapa, mereka tidak mahu 'adopt' kami ... kami pun agak hairan juga. Tapi setiap pagi pasti banyak burung2 pipit singgah di laman kami. Mama terhibur lihat gelagat & celoteh comel mereka. Lalu, Mama lemparkan cebisan2 roti ke laman rumah. Berebut2 mereka makannya. Mama juga sediakan bekas kecil berisi air ...
Rutin Mama itu turut menarik perhatian sepasang burung tiung, yg kemudiannya turut jadi pengunjung tetap laman kami setiap pagi. Lama2 Mama berikan mereka nama, Kiki dan Kaka. Bila Mama panggil dgn nama tu, mereka akan mendekati ... tapi masih 'Jinak2 Merpati'. Bila Mama hulur tangan, mereka menjauhi ... Kadang2 Mama akan panggil mereka dari dlm rumah, belakang pintu kaca ... mereka akan mendekati. Sebaik saja Mama buka pintu perlahan2, mereka cepat2 terbang menjauhi ...
Begitulah hubungan Mama dengan Kiki & Kaka. Hanya melalui tabir pintu kaca ... Biarlah gitu, bisik hati Mama. Kalau kami pindah lagi, Kiki dan Kaka akan tahu cari makan sendiri ... manusia bukan semua boleh dipercayai (perasan .. hehe). Mama tidak tahu samaada Kiki & Kaka mengerti ucapan 'Selamat Tinggal' sehari sebelum kami berpindah ke Kelantan?! Kini, setiap kali terlihat sepasang burung tiung di Pasir mas, Mama pasti rindukan Kiki & Kaka ...
Ianya bermula begini |
Kiki dan Kaka - penyeri pagi2 Mama |
Hello Mama! Mana roti kami? |
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:
"Berbuat ihsan pada setiap roh yg masih hidup terdapat ganjarannya."
(HR al-Bukahri dan Muslim)
No comments:
Post a Comment